Saturday, July 24, 2010

Special: :: Sentuhanmu ::

Salamu'alaik..

"Hello, Assalammualaikum..Abah sihat??"
Alhamdulillah, Sihat..Angah macam mana?? tengah periksa ka??"
"Angah baru ja abih exam ni, mama tak balik lagi ka??"
"Mama ondaway balik, malam baru sampai.."
"Oh, adik tengah buat apa??Angah nak cakap dengan adik."
(Time tu adik tengan tidur so, dia tak nak cakap dengan aku)
"Ni, adik tengah tidoq."Macam mana belajaq?"
"So far okaylah."(jawabku pendek )
"Angah, belajaq elok-elok tau, ingat pesan abah."
(Aku diam jap)
"InsyaAllah..abah, nanti mama balik kim salam kat mama..angah balik 2 hari sebelum raya."
"Okay, belajaq elok-elok na."
Okay Abah..assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."

Perbualan antara anak dan bapanya.. Semua bapa inginkan yang terbaik untuk bapanya..Termasuklah "abah aku" yang sentiasa inginkan yang terbaik dari aku..Sebagai anak aku akan sentiasa berusaha menjadi anak yang terbaik..=)


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Tiba-tiba je aku terkenang memori silam..Aku ada tiga orang adik beradik..along(abang), aku(angah), adik..
Beza aku ngan abang aku tak la jauh sangat, beza tiga tahun je.So,masa kecik2 rapat jugak la tapi bila dah besar, masing2 bawa haluan masing2..Tapi still adelah memori time kecil2..Abah tak penah pun rotan kami adik beradik sebab ktorang baik2 belaka .. ;Dhehe..Tapi, abah tegas..amat mementingkan pelajaran anak2..walaupun kami tak berapa pandai..Abah nak anak2 berjaya sebab abah dulu tak dapat masuk U..Lepas STP, abah terus kerja..Alhamdulillah sebab abah rajin dan tekun abah kekal di tempat kerja tu..Walaupun gaji tak banyak, tapi hidup kami tak pernah la tak makan..Cuma, kami adik beradik tak macam orang lain, orang lain dah ada komputer..kami still takde komputer..orang lain dah pakai handphone yang ade camera tapi kami still bergayut pakai telefon rumah..;p
Abah memang tak memanjakan kami dengan benda2 mewah walaupun kitorang tahu abah mampu bagi..Abah nak kami berusaha..

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu

Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kenangan yang aku rindu sekali masa aku sekolah dulu..Abah bangun seawal 5 pagi..Awalkan?Abah msuk kerja pukul 8 pagi, balik pukul 5 ptg..Ha, time aku sekolah dulu,before masuk asrama, abah akan kejutkan ktorang adik beradik seawal jam 6 pagi.Walaupun masih mengantuk waktu tu, bangun jugak la sebab kalau abah yang kejut dengan serta merta kitorang bangun..Kalau mama yang kejut, alamat tak pergi sekolah la sebab bukan mama bangun lambat tapi kitorang ni manja sangat..Tapi, dengan abah tak pulak kan?aku pun tak tahu kenapa..Setiap pagi abah akan prepare breakfast kat ktorang. Abah masak nasi goreng, buat roti bakar dan macam2lah..memang beruntunglah kami adik beradik.Dan yang paling beruntung dan bertuah adalah Mama..=)
kadang2 aku pikir, tak penat ke abah, bangun pagi masak lagi then pergi kerja..balik kerja pun kadang2 masak lagi untuk kami adik beradik..Kalau nak ikutkan kerja kat office tu pun dah penat..tapi masa dulu2 kecik2 lagi tak pulak aku pikir macam tu..Bila aku dah ada pengalaman bekerja amatlah perit aku rasa..
Time aku lepas Spm dulu aku pernah la kerja kejap selama 5 bulan kat Fast Food restaurant.Masa tu baru lah aku rasa memang perit sangat nak dapatkan duit.macam mana la abah yang dah kerja hampir 25 tahun dapat bertahan..Mama selalu pesan kat along, angah dengan adik.."Bila dah besar n kerja nanti jangan lupa bagi duit kat abah tiap2 bualn,bagi sikit pun takpa,bukan abah nak banyak,"..[Pesanan untuk aku]


Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terdorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga

Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa


One thing yang aku tak lupa ialah abah tak pernah mendesak or nak memaksa kami adik beradik.Abah amat supportive.Masing-masing pilih jalan sendiri.Bersyukur sangat dapat abah yang memahami.=)

 Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Sentuhanmu abah, amat bermakna..Pengorabanan selama ni angah tak akan sia-siakan..Angah nak jadi anak yang solehah..Semoga Abah sentiasa mendoakan kejayaan angah..Insya-Allah..



Note2Remember: Berbaktilah kepada kedua orang tua anda..

Saturday, July 17, 2010

Remaja Kini:: Lack of Faith??

Salam..
Alhamdulilliah..Syukur..Okay, this week aku nak share la something dengan korang tentang assignment yang aku tengah buat sekarang untuk subject understanding Islam..Tajuk assignment yang kitaorang:  "How to counter the issue of lack of faith among Contemporary Muslim".. Tajuk dengar macam menarik tapi agak susah la bagi aku nak mentafsir..sedangkan aku pun rase cam terkena batang hidung sendiri pun ade..Lack of Faith??Dalam bahasa melayunya lebih kurang "kurang kepercayaan  atau pun lebih tepat lagi "tak kuat iman"..
Betul ke??


Ok,Firstly define ape itu Iman??
Maksud iman ialah mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan atau anggota.Iman ialah mempercayai Rukun Iman dengan tidak mengesyak dan ragu-ragu, kepercayaan yang tetap yakin tidak bergoncang dan berdolak dalik,tidak ada kesamaran dan keraguan dalam hati dan perasaan. Iman juga dikaitkan dengan akidah iaitu satu ikatan tali yang kuat dan kukuh. (skema buku teks)


Cuba kita check balik iman kita. Adakah kita beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari kiamat, Qada' dan Qadar???? Erm..tepuk dada tanya iman..=)


Dalam banyak-banyak buku yang aku baca (cewah,cam banyak je buku aku baca..;p) ade satu article yang menarik tentang lack of faith, menurut Si penulis, the reason why there are soo many social illness among society is because they are not abiding by religion. In other words, kita tidak mengamalkan Islam dengan betul. Keimanan kita tak tetap dan tak kukuh. kita semua tahu yang Rukun Islam ada 5 manakala Rukun Iman ada 6..Tapi, adakah kita melakukan rukun Islam yang 5 tu?? Kita examine balik diri  kita...adakah solat kita cukup lima waktu??Puasa dalam Ramadhan buat tak??

kalau dah cukup Alhamdulillah...Firman Allah:

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (Surah Al-Ankabut; 45)

Sesungguhnya Solat dapat mencegah kita daripada buat perkara yang tak elok..But still, ade je yang  orang yang solat tapi melakukan maksiat..Sebab ape macam tu yer?? Mungkin dia solat bukan kerana Allah, dan mungkin juga sebab orang lain buat dia pun kena buat nanti orang cakap ape pulak kan..Herm,,sendiri pikir la..Sia-sia je la solat tapi tak tutup aurat, buat maksiat, riak dan sebagainya..
(peringatan untuk diri juga)


Tu baru bab solat..Solat itu tiang agama kalo tak solat, maksudnye, roboh la tiang tu..then bila dah takde tiang ape jadi dengan agama??Agama pun turut roboh..Thats why la remaja sekarang kurang keimanan dan ketakwaan..Sebab basic faith pun tak lepas lagi..Yang melakukan solat pun boleh terjatuh,,ape tah lagi yang tak solat langsung..

Aku bersyukur la sebab parents aku amat menitik beratkan solat walaupun kadang-kadang tuu terlepas jugak..Kesian la kepada sesiapa yang takde basic of faith in Islam..Syukur jugak la, walaupun aku bukan budak sekolah agama, tapi mak bapak aku hantar ke sekolah agama rakyat mase darjah 1 sampai darjah 5 je..Tapi tu pun still goyah lagi..time tu kecik lagi,ikut je ape orang suruh. Bila dah besar,influence member lagi kuat la..Setakat nak baca al-Quran dengan solat tu takde masalah sebab aku praktikkan sampai sekarang..tapi bab2 lain boleh dikatakan Hancur luluh berderai..kalau nak Sflashback zaman aku mude2 remaja dulu memang macam kesian jugak la..Macam orang zaman jahiliyyah zaman dulu kala..Kalau nak cerita memang panjang la..tunggu next entry jela..Bukan nak mengaibkan diri tapi sebagai pengajaran..Tak salah kan??

So, aku rase the basis yang kita patut tau adalah solat..nak berubah tak boleh nak speed2..kena slowly2.. sterp by step..kalo speed nanti  kena kejutan elektrik habih rentung..tak sempat pulak nak betaubat.Nak jadi baik depan orang memang senang tapi nak jadi baik depan Allah lagi senang.=)

P/s:Duduk saja2, cuba fikirkan kenapa Allah mencipta manusia dan makhluk2 lain..Kalau dah fikir gtau jawapan yer..{Berfkir pun dah dapat pahala}



Saturday, July 10, 2010

Malas adalah Teman Kegagalan

BismillahirRahmanirRahim....
Alhamdullilah..Syukur..
Since minggu ni macam busy sket dengan assignment dan classes,kelas tahsin dan berbagai-bagai meeting, ditambah pulak dengan exam midsem yang makin hampir(lagi dua hari je kot) rase macam tak sempat pulak nak bersantai-santai macam dulo2..~


Ya,aku akui sem ni memang amat hectic lagi sesak sebab semua benda nak disegerakan..tapi walau  ape pun, aku cuba jugak sedaya-upaya mencoret di atas page yang miskin lagi dhaif...okay, this week aku nak share la something dengan you all semua..


Tempat yang paling dibanggakan di dunia
adalah yang mempunyai penerangan 
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
adalah buku


Kami menganjurkan kepada anda untuk menekuni pekerjaan anda yang benar. Kemudian, janganlah anda berpangku tanagn kerana bosan, malas, dan tunduk pada kelalaian. Tetapi tunaikanlah tugas anda, dirikanlah solat, bacalah al-Quran dan buku-buku yang berfaedah, dan dengarkanlah kaset-kaset yang bermanfaat. Duduklah bersama para tertangga dan teman-teman nada. Diskusikan kepada mereka hal-hal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pada saat itu engkau akan menemukan kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraaan. janganlah sesekali kamu menyerah lepada kekosongan, kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak akan dapat dihilangkan kecuali denagn menyibukkan diri dengan pekerjaan.

Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat, keran ia adalah penyebab kesedihan. Khusunya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan oleh perempuan, seperti melihat sesuatu yang yang diharamkan, mempamerkan kecantikan, berkhalwat dengan bukan mahram, melaknat, mencaci dan mengumpat atau mengingkari hak-hak suami(bagi yang dah  berkahwin). Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh perempuan kecuali perempuan yang mendpat rahmat Allah. Takutkah engkau denagn Rahmat Allah. Beraqwalah kepadaNya, keran taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu dan keredhaanNya atas hati tulusmu..

~Diambil daripada buku hasil tulisan Dr, 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni~


Bacalah!
Bacalah dengan nama Allah..


Kamu adalah, apa yang kamu baca..Buku apa yang kamu baca pada hari ini menggambarkan kamu pada hari mendatang.Renung-renungkanlah..=)


P/s: Recommended books to read:- Harun Yahya-The Nightmare of Disbelief..



Sunday, July 4, 2010

Dalam Hati Ada Taman???


Assalamualaikum...




Mesti korang semua pernah dengar ngan ayat kat atas tu?? pernah la kan??
Beberapa minggu yang lalu aku ade la terbaca satu blog ni dia cakap "dalam hati ada taman" kalau pikir2 balik, "betul ke ada taman dalam hati kita ni??" aku termenung berfikir sendirian..hehe, cam bersastera pulak la kan..

Minggu ni pulak time class Math waktu takzirah(end of session),member aku cakap pasal hati.. hati lagi..
So, ape yang korang tahu pasal hati?..kalau Melayu yang organ dalaman tu pun kita panggil hati tapi kalau Bahasa Inggeris pulak ada dua perkataan sama maksudnya dengan hati iaitu liver dah heart.Liver tu adalah organ manakala heart tu adalah jantung?Eh, jantung dengan hati tak sama kan? Payah betoi kan nak mengtranslate ni.. "Aku bukan budak bahasa";p


Tapi hari ni aku tak nak la cakap pasal hati organ dalaman ke apa, aku just nak remind pasal hati yang tak nampak iaitu "Qalbu" ..Penah tak kita check hati(Qalbu) kita ni sihat ke tak?Ataupun adakah hati kita ni wujud lagi ke tak? Okay, ada 3 cara kita boleh mencari hati kita..Jom cari hati =)


Imam Al-Ghazali pernah berkata, bahawa hati hanya boleh cari di tiga tempat:
1) Carilah hatimu ketika membaca al-Quran, sekiranya tak juga temui,
2)Carilah hatimu ketika mengerjakan solat, sekiranya masih juga tak jumpa,
3) Carilah hatimu ketika sedang duduk bertafakkur mengingati mati, dan masih lagi tak jumpa hati,
Pintalah hati baru daripada Allah sebabnya hati kita tu dah rosak kerana dosa-dosa yang kita lakukan yang menyebabkan hati kita bertambah parah.


Setiap satu kemungkaran dan kemaksiatan yang kita buat akan meninggalkan satu titik hitam bersarang di hati kita. Sebab tu la, banyak sangat masalah sosial yang berlaku macam kes buang bayi. Analoginya macam nilah..


 kisahnye bermula apabila dua orang insan(opposite sex) yang pandang-pandang,tak menjaga pandangan pun merupakan satu dosa,dosa kecil..so,dapat satu titik hitam tu kat hati.


Bila dah pandang, suka-sama suka si romeo pun ajak la si juliet pegi berdating, berdating saje tau tak leh pegang..bawah umur la katekan nanti mak marah..Bila lelaki dan perempuan berdua-duaan, makanya org yang ketiga adalah sape???"syaitan"..so, melekat lagi satu titik hitam...


Selepas sebulan berdating...si romeo pun berkata "julietku, you ni baik sangat la,takkan nak pegang sikit pun tak boleh,bukan ade sape-sape pun kat sini kite dua je lagipun kite kan dah "sebulan" berkapel.." So, dengan izin si Juliet, si romeo pun menggenggam erat jari jemari si Juliet sambil berjalan di taman tasik..hah lagi satu titik hitam singgah...


Masuk bulan keenam bercouple..ni aku tak mau cita scary sket and paling memalukan lah...si Juliet mengadu fening2 n loya,so..tanpa pengetahuan parent si Juliet pun gi klinik nak check la "kot2" something wierd yang akan berlaku..tapi nak weird ape kan, pandai makan pandai la simpan..Bila di sahkan pregnant, si Juliet menyampaikan khabar "GEMBIRA" kepada si Romeo.tapi amat "SEDIH" sekali si Romeo tidak mempedulikan si Juliet...Habih madu sepah dibuang..Isk3..(lupe nak bagi tahu,before tu ade setompok titik hitam melekat di hati)


Ape yang akan berlaku ye lepas ni?Macam mane si Juliet nak bagi tahu parents?sekolah pun tak habis lagi( lupa nak gitaw Si Juliet baru form 4)..Nak gugurkan ker??Takut berdosa pulak(amboi,time buat tak pikir dosa pulak)..Nak buat camnekan kena la pandai cover sampai takde sape pun yang tahu..Sampai la bulan ke-9 memang critical la camne nak branak pun tak tau la..So, tempat selamat!!!"Tandas Awam"..Lepas tu ape jadik?? Terjadilah seperti kes-kes yang korang baca kat surat khabar tu..



Cuba anda bayangkan setitik demi setiik titik hitam telah menodai hati kita..Banyak lagi kemaksiatan yang kita tak sedar kita lakukan...So,renugkan2lah diri kita ni..Bersihkan hati kita dengan melakukan kebaikan, rajin-rajinlah berQiamullail, bergaul dengan sahabat yang soleh dan solehah, meluangkan masa untuk menghadiri ke majlis ilmu, banyakkan berzikir dan banyak lagi amalan-amalan yang boleh membersihkan hati..Semoga segala apa yang kita lakukan tidak memakan diri sendiri..Berusahalah mencari Redha-Nya..

Reminder: Tanda hati dah mati apabila hatinya berasa suka dan bangga melakukan kemaksiatan..=.="