Friday, September 17, 2010

Update Raya~

Assalamualaikum...
Macam da lame tak update...
Memandangkan baru seminggu raya masih tak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Okay,
 entry kali ni bukan nak cakap pasal how i spent my raya or what..
Tapi kan aku ade something la nak luahkan denga apa yang aku tengok dan lihat..Lihat dan tengok bagaimana tu???? Mestilah dengan menggunakan kedua pancaindera anugerah Illahi..Cewah..

Raya tahun ni agak meriah la sebab semua saudara mara berkumpul.. Penuh jugak la rumah aku bila semua family dah berkumpul.. Dari yang veteran sampailah yang era cicit2 berkumpul.. Aku tak nak la cerita pasal veteran2..Tapi yang menarik perhatian aku ialah kanak2..adik2 yang kecil2 ni..

Bila aku tengok budak-budak, aku teringat zaman kanak-kanak aku..tapi aku takde la ingat semua benda..
Bila aku tengok budak-budak ni bukan main buas(nakal)..
Aku mule fikir, "macam tu ke aku muda2 dulu??"..
Setahu aku, xdela buas macam budak2 sekarang..
Kalo dulu, main diam2, bila pergi rumah orang mak suruh duduk diam2..
Tapi, budak2 sekarang aku sendiri tak paham..mak bapak sekarang macam tak pandai nak control anak..
Hyperactive sangat..nak marah takut parents dorang terasa..so, simpan jelah kn..

Aku suke budak2 tapi bile budak tu duk diam2 je..bile dah nakal rase nak cubit2 je.hehe..
tapi anak2 org,xkan nak kutei kalo anak sendiri lain la kan...
Point kat sini, aku nak cakap aku BAIK!!hehe..xdelah..
Point aku kat sini aku nak cakap yang, sebagai parents, kita mestilah didik anak2 kita dari dorang budak2 lagi..bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...
budak2 ni kalo kita cakap elok2 senang je dorang nak follow..
Masalah sekarang ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak-anak..
biaq ja apa anak depa nak buat...

So, konklusinya di sini...Every parents should be well prepared if they wanna be a good parents..Teringat aku tentang hadis Jibril a.s bila si pemuda bertanya kepada Rasulullah "Khabarkan kepadaku tanda-tanda hari kiamat", dan kemudian Rasulullah pun menjawab "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri........." and it was true. Kalau kita tengok sekarang pon ramai anak-anak durhaka sekarang ni..Lupa asal-usul, tak hormat parents dan sebagainya..Kat sini aku nak menyeru diri aku sendiri dan rakan-rakan supaya menjadi anak soleh dan solehah,,,,InsyaAllah...






p/s: "Apabila anak adam meninggal dunia maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh"





Friday, September 3, 2010

Ramadhan....Pemergianmu ditangisi..

BismillahirRahmanirRahim

Dalam sibuk menyiapkan assignment untuk minggu terakhir ni, sedar tak sedar makin hampir kita dengan bulan Syawal. Datangnya Syawal menyebabkan aku risau n sedih nak tinggalkan Ramadhan, bulan yang cukup diberkahi..Rasa macam semalam baru sahaja buat terawikh untuk malam pertama...Tapi sekarang dah pun 24 Ramadhan..Cepatkan masa berlalu..

Okay, memandangkan dah 24 hari kita berpuasa tinggal lagi 6 hari je lagi..Pasti ade yang sibuk2 nak buat kuih raye, siapkan langsir baru (bg mak2), dan sibuk nak kemas rumah..Nak raye la katekan..Tulah budaye or dah jadi amalan masyarakat melayu kite. Tapi bagi yang memahami erti keberkatan bulan Ramadhan. Time-time macam ni mereka sibuk mencari malam yang amat special yang tak boleh dapat pada malam-malam lain iaitu malam Lailatul Qadar. Semua org tahu ape itu malam Lailatul Qadar kan??Bagi yang tak tahu, aku nk bg serba sedikit info yang aku tahu...

Tanda-Tanda Lailatul Qadar
Diterangkan dalam semua hadis, antara tanda-tandanya ialah:
  • Udara pada malam itu amat nyaman dan tidak panas dan tidak terlalu sejuk
  • Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik
  • Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang menderang
Jom kita sama-sama semarakkan Ibadah Pada Akhir Ramadhan

- Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah (qiyam, tahjud, solat sunat taubat dan hajat)
- Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadat menghidupkan malam-malam tersubut (Kalau yang jauh di prerantauan tu kejut-kejutlah housemate, dormate ke, nak buat baik xkan sorang-sorang kan??)
- Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil
- Berusaha sungguh-sungguh aga dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampukan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"
- Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hri terakhir dalam bulan Ramadhan."
- Membayar zakat harta, zakat fitrah dan zakat pendapatan
- Memperbanyakkan sedeqah


So, ape lagi...jangan lepaskan peluang sepuluh malam terakhir..Kutip seberapa banyak pahala yang anda mahu..Jangan bertangguh untuk buat kebaikkan..Salam Ramadhan..=)