Thursday, August 11, 2011

Daging batang Pinang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum sahabat sekalian,

Allhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sedar tak sedar, kita sudah melepasi fasa Ramadhan yang pertama. Cuba kita check balik, bagaimana amalan kita dalam masa sepuluh hari ini? Adakah kita betul-betul mengambil peluang ini untuk terus meningkatkan amalan kita? kalau belum lagi, kita kena cepat sebelum terlambat. Semakin hampir denagan penghujung, makin dekatlah diri kita dengan yang ESA. InsyaAllah.

Lately, masa aku agak terhad untuk mengadap  komputer. Nak baca belog pon kena hati-hati la kan. Takut apa yang kita baca di bulan yang mulia ini sia-sia. Sama juga dengan apa yang kita dengar dan ucapkan. Agar ucapan kita semua baik-baik sahaja. Baik untuk kita dan baik jugak untuk semua. InsyaAllah.

Okay, sekarang nak masuk bab berkongsi cerita dan rasa. Rasa ini sudah lama ku pendam. Cewahhh. Hehe. Beberapa minggu yang lepas, ayahku menyuruh aku memasak lauk daging. kata ayahku, daging batang pinang ni kalau tak rebus pun dia dah empuk. So, kalau tak rebus pun tidak mengapa.


sumber: google


Sudah menjadi kebiasaanku untuk rebus daging sebelum memasaknya dahulu. So, aku pun rebus la daging batang pinang yang ayah aku sebut tadi. Masa nak rebus tu teringat pulak pesan alongku dahulu yang kata,

" Masa nak rebus daging tu kena selawat dulu pastu, letak sikit minyak, lepastu kalau nak potong daging kena melawan urat tu, baru daging tak liat." psan alongku

Oh, begituu. kata hati kecilku. Ermm, lepas 45 minit merebus daging, akupun mengambil penapis supaya air dalam daging tu turun. Senang nak hiris sat lagi. Sementara menunggu daging tu sejuk, aku ambil sedikit peluang untuk menyapu sampah dekat hall.

After selesai menyapu, aku pun cuci tangan dan ambil papan pemotong untu menghiris daging tadi. Aku ni cuakk sikit nak potong daging ni takut daiging tu liat pulak dek kerana silap arah. Potong daging jgn ikut urat takut liat pulak nanti susah nak telan.

Tiba-tiba aku terfikir yang hidup kita ni macam daging jugak. Tak boleh nak diikutkan arus sangat. kadang-kadang tu kena jugak berpijak di bumi yang nyata, kena dan mesti ikut hukum Allah. Bukan boleh main amik apa saja yang kita rasa elok. Everything yang kita buat mesti bepandukan Al-Quran dan Sunnah.

Macam juga kita tengok fesyen muslimah sekarang. Bukan boleh diikutkan arus moden sangat. Semangat sangat nak berfesyen sampai lupa perintah Allah iaitu menutup aurat. Bukan semua benda yang kita boleh ikut. kadang-kadang tu kena jugak melawan arah sebab takut kita tergeliat di tengah jalan. Takut juga tersungkur di tengah2 syariat Islam.

Thats true yang negara kita maju dan moden dengan teknologi yang canggih macam negara-negara barat. Tapi kalau difikirkan balik, kalau negara maju sekali pun, but saddly morality masyarat menjadi pertaruhan. Di mana majunya kita?Fikirk2kanlah. Tak semstinya ada jentara berteknologi itu moden. Tak semetinya sekolah gunapakai ICT as a full bantuan pembelajaran tu boleh memajukan sistem pendidikan.




Kita tak akan maju dan moden selagi tidak adanya ISLAM sebagai panduan hidup kita. Islam Ad-Din ~Way of Life...

Note: Selamat beribadah..