Saturday, October 22, 2011

Masa Muda

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.



Masa muda.

Bukanlah masanya untuk sentiasa enjoy.

Bukan masa untuk mengumpul dosa.

Bukan masa untuk lihat siapa dapat awek cun.

Bukan masanya untuk melihat pakwe siapa yang paling kacak.

Bukan masa untuk fikir yang kita ni lonely takda awek.

Bukan masa untuk fikir yang kita ni lonely sebab takda pakwe.

Bukan masa untuk kita fikir, fesyen apa yang paling up to date.

Bukan masanya untuk berpeleseran di shopping mall.

Bukan masa untuk lepak di kedai mamak 24 jam 7 hari.

Bukan masanya untuk kita mengusung anak dara orang tanpa ikatan yang halal.

Bukan masa untuk kita menyerahkan segala-galanya kepada lelaki (stranger yet to be a friend).

Bukan masanya untuk menghabiskan duit mak bapak dengan benda yang tak beri manfaat.

Bukan masanya untuk kita merempit.
Bukan masanya untuk kita merokok (yang ni x boleh langsung).

Bukan masa untuk kita hangout 24 hours dengan BFF.

Kita kena faham tujuan hidup. Bila kita sedar yang kita ni hidup hanya sebentar Cuma di dunia ni kita takkan buang masa dengan perkara yang tak berfaedah.

Dulu aku pun punya perasaan yang macam tu. Tapi sejak masuk university, aku baru faham erti hidup. Bila aku faham erti kehidupan, tujuan kehidupan membuattkan aku sentiasa ingat kepada hari kematian.

Aku tak tahu kapan masanya ajal aku. Kita mesti ingat, kematian bukanlah satu pengakhiran bagi kita, malah kematian adalah permulaan bagi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Dunia hanya tempat persinggahan, untuk kita mengumpul segala bekalan. Sama ada bekalan kita tu cukup untuk masuk syurga atau pun neraka (na’uzubillahi min zalik)

Aku cukup kagum dengan Sultan Muhammad al-Fateh. Dia telah Berjaya menawan Konstantinopel semasa dia berumur 22 atau 23 tahun. Just imagine, Konstantinopel tak pernah ditawan sesiapa  semenjak 800 tahun sebelumnya. Sungguh mengagumkan.

So, jangan sia-sia kan masa muda kita. Cari jalan macam mana nak mengisi kekosongan jiwa.

Kekosongan jiwa tidak boleh diisi dengan bercoulple, merempit, main game, dengar music yang tak berfaedah.

Kekosongan jiwa mesti diisi dengan zikrullah, tilawah & hafal quran serta faham akan maksudnya, menghadiri majlis ilmu, usrah dan segala hal yang medekatkan diri kita kepada Allah.

Jiwa ini akan tenang dengan hanya mengingati Allah.

Tanya diri, di mana kita letak Allah di hati kita? No 1 kah? No 2 kah? No 3 kah? Atau yang terakhir?

Tuesday, October 18, 2011

Perihal Bapa

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum..

Isnin, 17 Oktober 2011

Bertapa sayangnya Allah dekat aku sebab beri aku kesempatan untuk bernafas, menghidup udara segar.

Hari ni aku bangun awal sedikit dari kebiasaan. Biasalah, hari Isnin bangun untuk bersahur. Sudah menjadi kebiasaan pada mana-mana student UIA, setiap isnin dan khamis akan berpuasa sunat. Aku pun tak terkecuali. Memang akan rasa rugi la kalau tak dapat puasa hari isnin dengan khamis.

Awal tak awal sangat la. Semalam aku tidur dalam pukul 12.30 a.m. So, kunci jam pukul 5 pagi. Kira bangun 5 pagi awal jugak la kan.

Entah kenapa pada hari ni aku sangat semangat, luar biasa pulak. Kalau kebiasaannya, lepas solat subuh aku akan sambung tidur. Tapi tidak pula pada hari ini.

Usai solat subuh ditambah dengan bacaan ma’thurat dan surah yassin (hari ni terlebih rajin, buat extra sikit dari hari biasa) aku menjadi sugar bugar. Hehe

Selalunya baca ma’thurat laju-laju, tapi tidak pada hari ini. Lepas selesai dengan bacaan, aku tarik kerusi dan duduk dekat meja study. Buat sedikit pre-reading untuk Macroeconomics. Sebab kelas mula jam 8.30 pagi. Pagi-pagi kalau study memang best kan. Bnyak input boleh masuk.

As usual, setiap pagi aku mesti on radio. Tak kisah la siaran mana pun. Aku hentam je dengar. Aku tak kisah sangat. Kalau iklan ja aku tukar.

Tiba-tiba, aku terstuck di siaran ERA.fm. Time tu ada seorang pemanggil wanita. Ya seorang wanita di talian. Aku tak ingat da whole conversation. Tapi, yang buat aku tersentak hingga menitiskan air mata apabila dia menceritakan perihal bapanya.

Sedih.

Abah. Kasih seorang anak terhadap abahnya. Abah wanita tersebut menghidap penyakit kencing manis. Disebabkan penyakit abah yang kronik. Abah terpaksa memotong kakinya (aku tak sure sebelah atau dua-dua belah).

So, wanita tu amatlah sedih sebab bapanya sudah tidak berkaki. Wanita tu kata, walau apa yang terjadi sekali pun, dia dan adik-beradik yang lain takkan meninggalkan abah mereka.

Mereka akan tetap jaga abah. Apa yang abah nak, kalau boleh mereka adik beradik akan tunaikan walau macam mana sekalipun. Mereka akan bawa abah ke mana saja mereka pergi. Mereka tak nak abah rasa tersisih. Berkali-kali dia ulang cakap yang dia takkan biarkan abahnya kesorangan.

Wanita tersebut bercerita sambil teresak-esak.

Tanpa sedar,aku mendegar tersesak-esak. Hiba. Rindu.

Aku harap, aku dapat juga jaga abah dan abah walau apa pun yang terjadi.

10.30 am.

Lepas saja habis kelas Microeconomics, aku pulang ke bilik. Kelas seterusnya pula pada pukul 2.00 ptg.
Selepas saja solat Dhuha dua rakaat, aku buka laptop. Cadangnya nak update blog, tapi malas pulak time tu. So, aku pun online la facebook.

Buka IIUM online group, tengok latest update on activities.

Tiba-tiba, ada satu video yang menarik perhatian. Aku klik untuk tonton. Tunggu loading beberapa minit dan replay. Ikalan paling sedih. Klik disini kalau nak gugurkan air mata tu.

Sekali lagi, mata terasa panas. Kolam air mata tak dapat dibendung lagi.

Aku rindu abah.

Aku rindu mama. (Homesick)

So, pengajarannya kat sini, hargailah parents kita.

Belajar tidak meninggikan suara bila bercakap.

Belajar ikut cakap ibu dan ayah.

Belajar tidak melawan kata-kata mereka.

Lemah-lembut lah bila berkata-kata, kadang-kadang, kita tak sedar yang kata-kata, perbuatan kita mengguris hati mereka.

Start from today, jadilah anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa..

Seperti biasa...Peringatan untuk diri.




Sunday, October 16, 2011

Mistake

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalmualaikum sahabat,




Yahya Ibnu Mu’adh pernah berkata,

“ Aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniakan itu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa tu lagi penting daripada tinggalkan dunia...”

Manusia sering lakukan kesilapan. It’s okay to make mistake. Tapi ni bukan alasan untuk kita keep repeating the same mistakes yang kita pernah buat.

 If kita rasa apa yang kita buat tu salah. Buat kita rasa serba salah, rasa hati ni tak tenang..Just leave it. Buang dan campak jauh-jauh.

“Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit..” –Hlovate

Memang benar, perit. Perit sangat. Bukan mudah nak meninggalkan perbuatan dosa yang kita dah anggap ia bukan dosa. Get what i mean?

Bila perbuatan dosa tu melekat di hati, bila kita rasa bangga dalam melakukan kemaksiatan, itu tanda hati kita dah kotor. Mati.

Bila dah kotor, hitam. Macam mana nak cuci semula? Adakah dengan menggunakan Clorox 4x?

Sudah tentu tidak!

Kalau hendakkan hati yang baru, pohonlah kepada Allah, segeralah bertaubat. Sesungguhnya hati kita Allah yang pegang. Sentiasalah perbaharui taubat kita. Sesungguhnya Allah tu Maha Penyayang, Pengampun, menerima taubat hamba-hambaNya.


Bila hati mengadap Tuhan, baru ku sedar ada kelemahan. Terasa kerdil berbanding yang Esa, terharu  terfikir bertapa Agungnya Tuhan...Tuhanku.. aku tidak layak masuk syurgaMu, namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu...Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku.....



Friday, October 7, 2011

Stress

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Pengasih.


Assalamualaikum,



“Accountants always work under PRESSURE..”

Yes, Pressure. Tu quote lecturer aku masa kelas intermediate accounting. Bagi aku, bila kita work with pressure, hasilnya amatlah memuaskan. Tekanan kadang-kadang boleh memotivasikan kita tapi kadang-kadang ia boleh membuatkan kita demotivated, depress dan tak happy.

So, as Accountant-wanna-be, I love work under pressure. Love pressure very much..MUah3

Aku kat sini bukanlah sebagai seorang counsellor nak cakap pasal motivasi atau nak bagi motivasi. Cuma kadang-kadang life as a student membuatkan rambut banyak gugur. Hehe..

Selalu je dengaq member kiri kanan duk merungut stress la, tension la sebab bnyak sangat kuiz, assignment, presentation.

Pada aku, biasalah kan, hidup sebagai seorang student. Memang ada rasa pahit, perit, susah but u cannot give up. Macam Lecturer IT aku, Sir Ahmed Hassan cakap yang stress semua tu adalah nature dalam menuntut ilmu. Memang la pada mula kita rasa susah dan payah. In the end, amatlah berbaloi. Bila kita dah grad nanti, kita ni amatlah valuable in the society. So, why we should bother in giving up as we have the opportunity to gain knowledge?

Ilmu sangatlah penting. Dalam Al-Quran kareem pun Allah tegaskan kepentingan menuntut ilmu. Ilmu yang bermanfaat memang tak akan terhapus even kita dah mati.

So, kepada kawan-kawan, janganlah berputus asa dalam mencari ilmu. Stress, tension, pressure tu biasalah. Take it in a positive way. Selalu lah berdoa setiap hari supaya Allah permudahkan segala urusan kita dalam menuntut ilmu, supaya kita mudah faham dan ingat. Mudah-mudahan. InsyaAllah..




P/s: Kalau ada masalah, tak tahu kepada siapa nak mengadu, Allah sentiasa ada untuk kamu.. Always remember that..:D

Saturday, October 1, 2011

A New Starts

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Assalamualaikum.



Arghhhh...Rindunya hendak menulis semula. Apa Khabar semua? Harap-harap kalian sihat sejahtera di bawah lindungan Allah SWT. Berharap juga, kondisi iman kalian di tahap yang baik-baik dari semasa ke semasa. Sentiasalah update iman selain daripada mengupdate blog ye rakan-rakan.

Sudah berbulan-bulan belog ini tidak diupdate. Bukannya tak ada buah tangan, Cuma keadaan kurang mengizinkan. Tapi, mulai saat ini, aku kena la rajin update belog sebab aku punya semangat yang baru dalam penulisan ni.

Aku mahu, apa yang aku rasa, kalian juga dapat rasakan. Apa yang aku ada, kalian juga ada. Tak semua orang bertuah. Tak semua orang dapat rasa Hidayah yang Allah beri. Sebab Hidayah tu milik Allah. Hanya Allah yang beri Hidayah kepada sesiapa yang Allah hendak dan kepada sesiapa yang Mahu akan Hidayah tersebut.

Kalau sekarang kita rasa kita ni baik, perbaiki lah diri supaya jadi lebih baik.

Kalau sekarang ni kita rasa kita tak baik, perbaikilah diri supaya jadi yang baik.

Kita semua tahu yang manusia ni berubah. Perubahan yang macam mana tu kitalah yang menentukan. Tapi tak mahulah perubahan kita ni dari yang baik jadi kepada tak baik. Ye dak?

Well, bila cakap pasal perubahan, mostly apa yang kita nampak, manusia akan berubah setelah musibah menimpanya. Betul atau tak, tanya diri ni. Bila happy kita ingat Allah tak? Ke Ingat Allah hanya bila berada dalam kesusahan? Jawab dalam hati.

Sebenarnya, segala kesusahan dan musibah adalah dari Allah untuk mengajar dan mendidik diri ini untuk lebih bersabar. Untuk lebih tabah. Percayalah semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Teringat aku kepada satu quote, aku tak ingat sapa yang cakap tapi aku dapat quote ni dari Madam Mazwati. Bunyinya lebih kurang ginilah, “ When you remember Allah, you are happy, and you are in upset when you forgetting HIM.” Memang benarlah, dengan mengingati Allah jiwa akan tenang.

It’s a fresh start. A new begins. I want to be a good muslimah who will benefit not only herself but also others. I am trying to fully utilised what I owned. Till we meet again. InsyaAllah. :D