Monday, November 29, 2010

Lagu kita : Jahat

Salam...
Dah lame tak jenguk2 blog ni..bersepah je aku tengok..
Cuti dua bulan di rumah apa pon tak buat melainkan online..
Dalam duk online tu tak update jugak blog ni..
Dah cuti dua bulan ni duk rumah je kao tak pon pegi tolong mama di kantin sekolah.

Selama dua bulan ni barulah boleh dengar radio..
Sebab kalo kat kolej tu tak dengar radio pon sebab earphone hilang..
Duk umah ni slalu gak dengar radio bilamana nak buat housechores..
Yelahkan hiburan semasa bekerja, kat rumah sapa pun takda..
jogetlah kat dapur sorang2..haha
Nak buat breakdance pon takda sapa nak larang..;p

Da lam duk dengar radio,tiba2 telinga ni tertangkap bunyi2 org duk cakap jahat2..haha
Pelik betul ek lagu2 sekarang ni..
Yang menjadi persoalan sangat kenapa pilih perkataan "Jahat" dalam banyak2 kosa kata yang kita ada?
hairan sungguhla..Bukankah perkatan jahat itu membawa maksud negative??? (tapi taktau la kalo sekarang maksud dia dah lain sebab aku dah lama tak masuk kelas BM)

Cuba fikir balik lapisan umur mana yang duk dengaq lagu ni??
Just imagine budak umo 3 or 4 tahun pon dah pandai nyanyi lagu tuh. disebabkan muziknye yang catchy..
Aku bukan la sorang insan seni yang pandai nak komen hal2 berkaitan dgn seni..
Aku orang biasa je, takda ilmu tentang tu pon..
Cuma bila dengar sekali memang tak sedap la telinga den ni dongar..
Perkataan boleh mempengaruhi perlakuan seseorang..
Imagine la tiap2 hari dok cakap jahat2..
Esok besaq jadi macam tu tak tau la kan..Wallahu'alam..

Word can affect our body kalo you all nak tau..
Our body kan 65-90% made up of water...Kalo nk explain secara scientific aku tak pandai la
sebab bukan bidang aku pon..Just general knowledge..
Water molecule boleh berubah mengikut environment..Benda ni aku dengar time Statistic pnya lecture..

WATER CRYSTAL
Time mase kat foundation dulu la Madam Rahimah selalu cerita pasal water molucule 
yang boleh berbentuk seperti crystal yang cantik..Mesti semua pernah dengarkan?
Saintis membuat kajian mengenai molucule water ..

     
a water crystal formed by saying a prayer of gratitude to the water.                   
water crystal that hears someone say Hitler to it.                
water structure formed amid heavy metal music                 
Ni la antara hasil kajian saintis yang bernama Dr Masaru Emoto...
Cuba bayangkan macm mana molecule water  boleh berubahh..
Sekarang ni aku duk bayang water structure dalam badan aku bila dengar lagu heavy metal..haha
dan satu perkara lagi yang Madam Rahimah cakap yang aku ingat.." jangan terkejut la bila air laut pun boleh marah sebab manusia"..huhu
Mana taknya hari2 duk tgk uda dan dara berasmaradana...
Fikir-Fikirkanlah...


p/s: bilamana Tsunami melanda ingat2 la post ni..Fikir dalam2..Wsalam