Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Daging batang Pinang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum sahabat sekalian,

Allhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sedar tak sedar, kita sudah melepasi fasa Ramadhan yang pertama. Cuba kita check balik, bagaimana amalan kita dalam masa sepuluh hari ini? Adakah kita betul-betul mengambil peluang ini untuk terus meningkatkan amalan kita? kalau belum lagi, kita kena cepat sebelum terlambat. Semakin hampir denagan penghujung, makin dekatlah diri kita dengan yang ESA. InsyaAllah.

Lately, masa aku agak terhad untuk mengadap  komputer. Nak baca belog pon kena hati-hati la kan. Takut apa yang kita baca di bulan yang mulia ini sia-sia. Sama juga dengan apa yang kita dengar dan ucapkan. Agar ucapan kita semua baik-baik sahaja. Baik untuk kita dan baik jugak untuk semua. InsyaAllah.

Okay, sekarang nak masuk bab berkongsi cerita dan rasa. Rasa ini sudah lama ku pendam. Cewahhh. Hehe. Beberapa minggu yang lepas, ayahku menyuruh aku memasak lauk daging. kata ayahku, daging batang pinang ni kalau tak rebus pun dia dah empuk. So, kalau tak rebus pun tidak mengapa.


sumber: google


Sudah menjadi kebiasaanku untuk rebus daging sebelum memasaknya dahulu. So, aku pun rebus la daging batang pinang yang ayah aku sebut tadi. Masa nak rebus tu teringat pulak pesan alongku dahulu yang kata,

" Masa nak rebus daging tu kena selawat dulu pastu, letak sikit minyak, lepastu kalau nak potong daging kena melawan urat tu, baru daging tak liat." psan alongku

Oh, begituu. kata hati kecilku. Ermm, lepas 45 minit merebus daging, akupun mengambil penapis supaya air dalam daging tu turun. Senang nak hiris sat lagi. Sementara menunggu daging tu sejuk, aku ambil sedikit peluang untuk menyapu sampah dekat hall.

After selesai menyapu, aku pun cuci tangan dan ambil papan pemotong untu menghiris daging tadi. Aku ni cuakk sikit nak potong daging ni takut daiging tu liat pulak dek kerana silap arah. Potong daging jgn ikut urat takut liat pulak nanti susah nak telan.

Tiba-tiba aku terfikir yang hidup kita ni macam daging jugak. Tak boleh nak diikutkan arus sangat. kadang-kadang tu kena jugak berpijak di bumi yang nyata, kena dan mesti ikut hukum Allah. Bukan boleh main amik apa saja yang kita rasa elok. Everything yang kita buat mesti bepandukan Al-Quran dan Sunnah.

Macam juga kita tengok fesyen muslimah sekarang. Bukan boleh diikutkan arus moden sangat. Semangat sangat nak berfesyen sampai lupa perintah Allah iaitu menutup aurat. Bukan semua benda yang kita boleh ikut. kadang-kadang tu kena jugak melawan arah sebab takut kita tergeliat di tengah jalan. Takut juga tersungkur di tengah2 syariat Islam.

Thats true yang negara kita maju dan moden dengan teknologi yang canggih macam negara-negara barat. Tapi kalau difikirkan balik, kalau negara maju sekali pun, but saddly morality masyarat menjadi pertaruhan. Di mana majunya kita?Fikirk2kanlah. Tak semstinya ada jentara berteknologi itu moden. Tak semetinya sekolah gunapakai ICT as a full bantuan pembelajaran tu boleh memajukan sistem pendidikan.




Kita tak akan maju dan moden selagi tidak adanya ISLAM sebagai panduan hidup kita. Islam Ad-Din ~Way of Life...

Note: Selamat beribadah..




Friday, June 18, 2010

Understanding Islam: It is compulsory and I'm not from religious school

Assalamualaikum....

Dah lame tak menulis ni..tetibe rasa janggal la pulak..Ok, ape yang korang paham tentang tajuk di atas?
first of all, understanding islam adalah subject atau pun course yang perlu di ambil oleh setiap student.kire macam subject pendidikan islam kat sekolah dulu-dulu la..kat semua uni pon adekan subjek yang berkaitan ngan rohani dan jasmani,code untuk subject tersebut adalah FIM1113 kalo x silap(kalo silap maaf la ye). Erm.' It is compulsory' pula bermaksud "ia adalah suatu keperluan",another word means wajib la. I'm not from religion school pula bermaksud saya bukan dari sekolah agama.

Ceritanya macam ni, memandangkan semster ni adalah semester terakhir aku untuk foundation,aku ade 5 subjects mesti dicompletekan.One of the subjects is Understanding Islam, yang menariknye subject ni diajar oleh Ustazah Farhah,ustazah yang pakai niqab.First time masuk ktorang macam cuak jugak la..Beliau selalu suruh student tanya soalan, memandangkan kitorang ni jenis yang tak suka tanya soalan(termasuk la aku).
So,ustazah pon tanya soalan yang  membuatkan aku fikir banyak kali and terdsedar dari khalayalan.


Conversation between ustazah n students,
Ustazah: As you dun hav any question to ask me,I have question for you.   Why all of you have to take this course(Understanding islam)?

Student 1: To understand more about Islam..

Student 2: Because it is compulsory.

Student 3: Because it is compulsory and i'm not from religious school.

Majority of us answered "it is cumpulsory and I'm not from religious school" including me..hehe..
memang pendek akal betul..

Ustazah: Masya Allah. I know its requirement for you,but you know what,,why you have to take this course    because we are Muslim.All of us are muslim.Do you want if your freind, Ah Chong know better bout  your religion ?We should feel ashamed if non-muslim ask us about Islam and we can't give better  explaination about Islam.

Huhu..semua pon terdiam la time tuh..(speechless)..betul gak ape yang ustazah cakap,memang aku sangat2 setuju la dengan beliau..kalo nak ikutkan sekarang ni susah la nak cari org yang betul mempraktikkan Islam dengan betul..Islam secara Fitrah,sebab lahir-lahir je Islam ,nenek moyang kita Islam, sampai je kat generasi kita Islam dah semakin pudar dah..Hilang langsung.mana tak nye nama Salmah panggil Sally rambut pun dah karat..kan elok kalo Salmah tu di kekal kan,,Sedap-sedap parents kita bagi name,maksud pun baik..sudahnye di tukar lak konon urban la sangat..Sorry lah aku bukannye nak mengumpat ke ape, this is reality orang zaman sekarang..

            Okay,konklusinya ape yang aku nak cakap or nak beritahu kat sini, sebagai orang Islam kita kena ambil tahu dan perihatin tentang agama sendiri. Ilmu agama ni kalo nak dipelajari memang takkan habis.. Makin banyak kita belajar, sebenarnye makin banyak perkara yang kita tak tahu... Its not too late for us to change ourselves..Its better to be late than never and sometimes it is better to not to be late... So, sama-sama lah kita perbetulkan akidah dan iman kita demi Redha Allah.Insya Allah..wsaalam


P/s: Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Rahmah (nenek aku).. yang telah pergi  menemui Illahi pada 18 Jun 2010.Semoga Ruhnya di cucuri Rahmat..