Showing posts with label hati nurani. Show all posts
Showing posts with label hati nurani. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Dulu Kala

Assalamualaikum wbt.



Dah berbulan-bulan nampaknya blog ni dibiarkan begitu sahaja. Memang dah lama tak bukak blogger. Nak baca blog favourite pun just google. Memang betul tak ada semangat langsung nak update.

But then, semenjak dua menjak ni, aku agak addicted dengan belog namanya Angle Pakai Gucci. Glamour betui la Inche Gabbanna sekarang. Belog dakwah yang penuh santai dan straight to the point. Aku suka cara penulisan beliau. Sungguh pun bila membaca post beliau kita akan gelak guling2 sebab terkena ngan batang hidung sendiri apa yang dimerepekkan beliau. Tetapi dalam masa yang sama berfikir sejenak dan INSAF.

Bila berbicara tentang dakwah, usrah, halaqah, dhaurah, Islam  atau term2 yang  sewaktu dengannya semua akan mula gatal-gatal ghengkung (rengkung). Kalau boleh nak elak sebab Allergic dengan term2 tu. Aku dulu pun begitu. Tapi tidak sekarang. Alhamdulillah. Hidayah datang  sebelum terlambat.

Seingat aku dulu masa di MRSM Kepala Batas, setiap jumaat lepas kelas, kan semua aspura ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. So semua aspuri perlu menghadirkan diri ke surau untuk sesi tazkirah. Dulu sebenarnya aku ni budak baik,. Ehem. Hehehehe. Baik la not so baddddd kann. Tapi. Ada tapi2 pulak..

 Time asrama dulu aku ni tergolong dalam gang otai. Tak da la otai mana pun. Mayb semua gang utagha (utara) sebabnya 99% batch kami orang selanjurrr n KL mai. So, ni tanah kami, kami yang punya!hehe. Gang kami la gang yang selalu ponteng prep. Eh, sebenarnya tak ponteng pun cuma belajar di tempat lain. Kami juga selalu tidak mahu ke surau untuk solat jemaah dengan alasan, kami perempuan tak wajib turun jemaah di surau nanti menimbulkan fitnah. (ceh, ni ayat time jahil dulu) Bagi alasan kat cikgu, “Takpa cikgu, Cik M boleh jadi imam dekat bilik, kami jemaah dibilik saja cikgu.” Seringkali beri alasan macam tu. Cikgu tu siap buat check list kehadiran setiap waktu solat Tu pun stil tak turun sebab AJK kehadiran surau pun gang2 otai jugak. Suruh wakil je yang sign kan. To all juniors please jangan tiru gaya macam ni. Tak baik untuk diri awak2 semua.

Eh, tadi nak sembang pasai tazkirah terover plak cerita pasai gang Otai. Kalau dulu aku malas sangat nak turun surau dengar tazkirah. Lagi-lagi kalau tazkirah tu batch sendiri yang bagi, lagilah tak mau ikut. Kadang2 nak tunjuk protes, kami tidoq time orang bagi tazkirah. Kadang-kadang time usrah dalam bulatan pun buat2 tdoq tak pun sembang dengan yang lain sebab naqibah terlalu baik sangat tak marah pulak. Memang dulu kalau ada usrah ja mesti dalam kepala hotak tu dok pikiaq malas,malas,dan malas. Haih memang teruk betui time tu.

 Sekarang lain, hari-hari aku merindui untuk berada dalam bulatan gumbira untuk berkongsi ilmu dan cerita dengan murabbi. Mesti anda tertanya macam mana aku boleh terjebak dalam usrah dan aktiviti sewaktu dengannya?Mayb kalau ada masa nanti aku akan kongsikan dalam entry yang lain. Aku berkongsi kerana aku ingin kalian merasa apa yang aku rasa. Senyum penuh makna.

Sunday, October 16, 2011

Mistake

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalmualaikum sahabat,




Yahya Ibnu Mu’adh pernah berkata,

“ Aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniakan itu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa tu lagi penting daripada tinggalkan dunia...”

Manusia sering lakukan kesilapan. It’s okay to make mistake. Tapi ni bukan alasan untuk kita keep repeating the same mistakes yang kita pernah buat.

 If kita rasa apa yang kita buat tu salah. Buat kita rasa serba salah, rasa hati ni tak tenang..Just leave it. Buang dan campak jauh-jauh.

“Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit..” –Hlovate

Memang benar, perit. Perit sangat. Bukan mudah nak meninggalkan perbuatan dosa yang kita dah anggap ia bukan dosa. Get what i mean?

Bila perbuatan dosa tu melekat di hati, bila kita rasa bangga dalam melakukan kemaksiatan, itu tanda hati kita dah kotor. Mati.

Bila dah kotor, hitam. Macam mana nak cuci semula? Adakah dengan menggunakan Clorox 4x?

Sudah tentu tidak!

Kalau hendakkan hati yang baru, pohonlah kepada Allah, segeralah bertaubat. Sesungguhnya hati kita Allah yang pegang. Sentiasalah perbaharui taubat kita. Sesungguhnya Allah tu Maha Penyayang, Pengampun, menerima taubat hamba-hambaNya.


Bila hati mengadap Tuhan, baru ku sedar ada kelemahan. Terasa kerdil berbanding yang Esa, terharu  terfikir bertapa Agungnya Tuhan...Tuhanku.. aku tidak layak masuk syurgaMu, namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu...Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku.....