Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Masa Muda

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.



Masa muda.

Bukanlah masanya untuk sentiasa enjoy.

Bukan masa untuk mengumpul dosa.

Bukan masa untuk lihat siapa dapat awek cun.

Bukan masanya untuk melihat pakwe siapa yang paling kacak.

Bukan masa untuk fikir yang kita ni lonely takda awek.

Bukan masa untuk fikir yang kita ni lonely sebab takda pakwe.

Bukan masa untuk kita fikir, fesyen apa yang paling up to date.

Bukan masanya untuk berpeleseran di shopping mall.

Bukan masa untuk lepak di kedai mamak 24 jam 7 hari.

Bukan masanya untuk kita mengusung anak dara orang tanpa ikatan yang halal.

Bukan masa untuk kita menyerahkan segala-galanya kepada lelaki (stranger yet to be a friend).

Bukan masanya untuk menghabiskan duit mak bapak dengan benda yang tak beri manfaat.

Bukan masanya untuk kita merempit.
Bukan masanya untuk kita merokok (yang ni x boleh langsung).

Bukan masa untuk kita hangout 24 hours dengan BFF.

Kita kena faham tujuan hidup. Bila kita sedar yang kita ni hidup hanya sebentar Cuma di dunia ni kita takkan buang masa dengan perkara yang tak berfaedah.

Dulu aku pun punya perasaan yang macam tu. Tapi sejak masuk university, aku baru faham erti hidup. Bila aku faham erti kehidupan, tujuan kehidupan membuattkan aku sentiasa ingat kepada hari kematian.

Aku tak tahu kapan masanya ajal aku. Kita mesti ingat, kematian bukanlah satu pengakhiran bagi kita, malah kematian adalah permulaan bagi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Dunia hanya tempat persinggahan, untuk kita mengumpul segala bekalan. Sama ada bekalan kita tu cukup untuk masuk syurga atau pun neraka (na’uzubillahi min zalik)

Aku cukup kagum dengan Sultan Muhammad al-Fateh. Dia telah Berjaya menawan Konstantinopel semasa dia berumur 22 atau 23 tahun. Just imagine, Konstantinopel tak pernah ditawan sesiapa  semenjak 800 tahun sebelumnya. Sungguh mengagumkan.

So, jangan sia-sia kan masa muda kita. Cari jalan macam mana nak mengisi kekosongan jiwa.

Kekosongan jiwa tidak boleh diisi dengan bercoulple, merempit, main game, dengar music yang tak berfaedah.

Kekosongan jiwa mesti diisi dengan zikrullah, tilawah & hafal quran serta faham akan maksudnya, menghadiri majlis ilmu, usrah dan segala hal yang medekatkan diri kita kepada Allah.

Jiwa ini akan tenang dengan hanya mengingati Allah.

Tanya diri, di mana kita letak Allah di hati kita? No 1 kah? No 2 kah? No 3 kah? Atau yang terakhir?

Thursday, August 11, 2011

Daging batang Pinang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum sahabat sekalian,

Allhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sedar tak sedar, kita sudah melepasi fasa Ramadhan yang pertama. Cuba kita check balik, bagaimana amalan kita dalam masa sepuluh hari ini? Adakah kita betul-betul mengambil peluang ini untuk terus meningkatkan amalan kita? kalau belum lagi, kita kena cepat sebelum terlambat. Semakin hampir denagan penghujung, makin dekatlah diri kita dengan yang ESA. InsyaAllah.

Lately, masa aku agak terhad untuk mengadap  komputer. Nak baca belog pon kena hati-hati la kan. Takut apa yang kita baca di bulan yang mulia ini sia-sia. Sama juga dengan apa yang kita dengar dan ucapkan. Agar ucapan kita semua baik-baik sahaja. Baik untuk kita dan baik jugak untuk semua. InsyaAllah.

Okay, sekarang nak masuk bab berkongsi cerita dan rasa. Rasa ini sudah lama ku pendam. Cewahhh. Hehe. Beberapa minggu yang lepas, ayahku menyuruh aku memasak lauk daging. kata ayahku, daging batang pinang ni kalau tak rebus pun dia dah empuk. So, kalau tak rebus pun tidak mengapa.


sumber: google


Sudah menjadi kebiasaanku untuk rebus daging sebelum memasaknya dahulu. So, aku pun rebus la daging batang pinang yang ayah aku sebut tadi. Masa nak rebus tu teringat pulak pesan alongku dahulu yang kata,

" Masa nak rebus daging tu kena selawat dulu pastu, letak sikit minyak, lepastu kalau nak potong daging kena melawan urat tu, baru daging tak liat." psan alongku

Oh, begituu. kata hati kecilku. Ermm, lepas 45 minit merebus daging, akupun mengambil penapis supaya air dalam daging tu turun. Senang nak hiris sat lagi. Sementara menunggu daging tu sejuk, aku ambil sedikit peluang untuk menyapu sampah dekat hall.

After selesai menyapu, aku pun cuci tangan dan ambil papan pemotong untu menghiris daging tadi. Aku ni cuakk sikit nak potong daging ni takut daiging tu liat pulak dek kerana silap arah. Potong daging jgn ikut urat takut liat pulak nanti susah nak telan.

Tiba-tiba aku terfikir yang hidup kita ni macam daging jugak. Tak boleh nak diikutkan arus sangat. kadang-kadang tu kena jugak berpijak di bumi yang nyata, kena dan mesti ikut hukum Allah. Bukan boleh main amik apa saja yang kita rasa elok. Everything yang kita buat mesti bepandukan Al-Quran dan Sunnah.

Macam juga kita tengok fesyen muslimah sekarang. Bukan boleh diikutkan arus moden sangat. Semangat sangat nak berfesyen sampai lupa perintah Allah iaitu menutup aurat. Bukan semua benda yang kita boleh ikut. kadang-kadang tu kena jugak melawan arah sebab takut kita tergeliat di tengah jalan. Takut juga tersungkur di tengah2 syariat Islam.

Thats true yang negara kita maju dan moden dengan teknologi yang canggih macam negara-negara barat. Tapi kalau difikirkan balik, kalau negara maju sekali pun, but saddly morality masyarat menjadi pertaruhan. Di mana majunya kita?Fikirk2kanlah. Tak semstinya ada jentara berteknologi itu moden. Tak semetinya sekolah gunapakai ICT as a full bantuan pembelajaran tu boleh memajukan sistem pendidikan.




Kita tak akan maju dan moden selagi tidak adanya ISLAM sebagai panduan hidup kita. Islam Ad-Din ~Way of Life...

Note: Selamat beribadah..




Saturday, August 14, 2010

Adakah aku yang melawan Arus??




-BismillahirRahmanirRahim-
Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana masih berkesempatan menjadi tematu Ramdhan pada tahun ini..
Sememangnya bulan Ramadhan amat dinantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia..Time ni la kita perlu lakukan amal ibadat yang lebih..tau x sebab apa kena lebih??Sebab di bulan Ramdhan nilah Allah tawarkan pahala yang berlipat ganda kepada setiap amalan yang kita lakukan sama ada amlan wajib mahupun amlan sunat..Kalo u all nak tau, amalan sunat yang kita lakukan Allah tawarkan pahalanya sama dengan pahala amalan wajib...So, apelagi jadilah orang yang tamak kumpul pahala..Bukan untuk orang lain, untuk diri kita jugak kan..=)


Enough for the Muqadimah..Lets now we move on with da main purpose of this post..tak tau a macam mana nak explain..

kalo dulu, aku sangat upTodate la pasal hiburan ni..korang cakap jela lagu ape yang korang dengar especially lagu barat..Aku akan khatam dari A sampai Z.. Semua lagi hanya di hujung "mulut"..
Tapi sekarang, if korang tanya aku apa2 lagu..aku dah tak tahu..Sorry guys..Bukan apa kadang-kadang lagu tu memang la best dengar, release tension "kononya" tapi kalo kita hayati balik lagu tu something wrong somewhere..Means that maksud lagu tu sendiri macam tak kena kan?Korang dengar n pikir la sendiri..

Tu satu part..Another part is sedih bila ada 'orang' yang cakap aku ni poyo. Sebab ape ye aku poyo? Mungkin da way i dress..Poyo ke kalo pakai tudung bidang besar?? (walaupun xla besar aku rase, besar sikit je dari dulu)....
Memang la dulu pakaian aku macam tuuttttt..Tapi please la respect bila orang nak start berubah ke arah kebaikan. Memang aku sedih la kalo ade orang cakap macam tu lagi-lagi kawan baik sendiri. Memang la dulu kalo nak ikut kan ''dia" lagi baik dari aku..kalo dulu aku pakai short sleeves 'dia' akan pakai long sleeve sekali stokin tangan plus stokin kaki..
tapi sekarang aku tak tau ape dah jadi.Its like macam aku yang melawan arus..Bile tengok member2 lama aku dulu yang like 'alim' type bile dah masuk dunia baru which mean "campus life" dorang totally dah berubah. Ada yang jadi lebih baik..Dan ade pula yang macam dah terumbang-ambing. Bila dengar cerita macam ni aku rasa amat sedih. At da same time aku amat bersykur kerana Allah campakkan aku ke dunia yang aku tak nak sangat sebelum ni..

Allah berfirman:

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah:126)



Kalo dulu aku rase kenapa la aku dapat uia sedangkan aku nak sangat masuk uitm. And dulu aku ingat kalau masuk uia kena la pakai tudung labuh, jadi baik-baik. Tak boleh cakap dengan laki pastu tak boleh la paki baju yang sendat-sendat dah. Tapi kalau pikir-pikir balik, Alhamdulillah la aku dapat tarbiyah di tempat yang betul. Aku dapat adapt dengan environment dia. and luckly aku tak salah pilih kawan. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan. Bila fikir balik, kalo aku masuk UiTM ape yang akan terjadi?? Wallahua'alam..

Aku nak berubah, bukan untuk orang lain..Untuk diri aku sendiri. Semua berlaku adalah kerana Allah, bukan untuk orang lain..Aku nak jadi skema, mengikut skema Allah dan Rasul..=)



pesanan untuk bulan Ramadahan:
Jangan tinggal sahur kerana ada keberkatan di dalamnya..