Saturday, July 24, 2010

Special: :: Sentuhanmu ::

Salamu'alaik..

"Hello, Assalammualaikum..Abah sihat??"
Alhamdulillah, Sihat..Angah macam mana?? tengah periksa ka??"
"Angah baru ja abih exam ni, mama tak balik lagi ka??"
"Mama ondaway balik, malam baru sampai.."
"Oh, adik tengah buat apa??Angah nak cakap dengan adik."
(Time tu adik tengan tidur so, dia tak nak cakap dengan aku)
"Ni, adik tengah tidoq."Macam mana belajaq?"
"So far okaylah."(jawabku pendek )
"Angah, belajaq elok-elok tau, ingat pesan abah."
(Aku diam jap)
"InsyaAllah..abah, nanti mama balik kim salam kat mama..angah balik 2 hari sebelum raya."
"Okay, belajaq elok-elok na."
Okay Abah..assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."

Perbualan antara anak dan bapanya.. Semua bapa inginkan yang terbaik untuk bapanya..Termasuklah "abah aku" yang sentiasa inginkan yang terbaik dari aku..Sebagai anak aku akan sentiasa berusaha menjadi anak yang terbaik..=)


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Tiba-tiba je aku terkenang memori silam..Aku ada tiga orang adik beradik..along(abang), aku(angah), adik..
Beza aku ngan abang aku tak la jauh sangat, beza tiga tahun je.So,masa kecik2 rapat jugak la tapi bila dah besar, masing2 bawa haluan masing2..Tapi still adelah memori time kecil2..Abah tak penah pun rotan kami adik beradik sebab ktorang baik2 belaka .. ;Dhehe..Tapi, abah tegas..amat mementingkan pelajaran anak2..walaupun kami tak berapa pandai..Abah nak anak2 berjaya sebab abah dulu tak dapat masuk U..Lepas STP, abah terus kerja..Alhamdulillah sebab abah rajin dan tekun abah kekal di tempat kerja tu..Walaupun gaji tak banyak, tapi hidup kami tak pernah la tak makan..Cuma, kami adik beradik tak macam orang lain, orang lain dah ada komputer..kami still takde komputer..orang lain dah pakai handphone yang ade camera tapi kami still bergayut pakai telefon rumah..;p
Abah memang tak memanjakan kami dengan benda2 mewah walaupun kitorang tahu abah mampu bagi..Abah nak kami berusaha..

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu

Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kenangan yang aku rindu sekali masa aku sekolah dulu..Abah bangun seawal 5 pagi..Awalkan?Abah msuk kerja pukul 8 pagi, balik pukul 5 ptg..Ha, time aku sekolah dulu,before masuk asrama, abah akan kejutkan ktorang adik beradik seawal jam 6 pagi.Walaupun masih mengantuk waktu tu, bangun jugak la sebab kalau abah yang kejut dengan serta merta kitorang bangun..Kalau mama yang kejut, alamat tak pergi sekolah la sebab bukan mama bangun lambat tapi kitorang ni manja sangat..Tapi, dengan abah tak pulak kan?aku pun tak tahu kenapa..Setiap pagi abah akan prepare breakfast kat ktorang. Abah masak nasi goreng, buat roti bakar dan macam2lah..memang beruntunglah kami adik beradik.Dan yang paling beruntung dan bertuah adalah Mama..=)
kadang2 aku pikir, tak penat ke abah, bangun pagi masak lagi then pergi kerja..balik kerja pun kadang2 masak lagi untuk kami adik beradik..Kalau nak ikutkan kerja kat office tu pun dah penat..tapi masa dulu2 kecik2 lagi tak pulak aku pikir macam tu..Bila aku dah ada pengalaman bekerja amatlah perit aku rasa..
Time aku lepas Spm dulu aku pernah la kerja kejap selama 5 bulan kat Fast Food restaurant.Masa tu baru lah aku rasa memang perit sangat nak dapatkan duit.macam mana la abah yang dah kerja hampir 25 tahun dapat bertahan..Mama selalu pesan kat along, angah dengan adik.."Bila dah besar n kerja nanti jangan lupa bagi duit kat abah tiap2 bualn,bagi sikit pun takpa,bukan abah nak banyak,"..[Pesanan untuk aku]


Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terdorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga

Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa


One thing yang aku tak lupa ialah abah tak pernah mendesak or nak memaksa kami adik beradik.Abah amat supportive.Masing-masing pilih jalan sendiri.Bersyukur sangat dapat abah yang memahami.=)

 Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Sentuhanmu abah, amat bermakna..Pengorabanan selama ni angah tak akan sia-siakan..Angah nak jadi anak yang solehah..Semoga Abah sentiasa mendoakan kejayaan angah..Insya-Allah..



Note2Remember: Berbaktilah kepada kedua orang tua anda..

2 comments:

amirfazwan said...

blajaq elok2 noh...
=)

Fakhrur Razi berkata said...

terbaik la..
hahaha i can see how he inspired u ;D
mmg hebat kalau dpt abah yg cmtuh~
ayah aku slalu gak mmasak
walaupun xla hebat mane tpi bersyukur la :D