Friday, April 8, 2011

Cakap pasal RIba' Lagi!

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah sebab still lagi diberi peluang oleh Allah menunaikan solat Subuh dan menghirup udara yang segar lagi nyaman. Dalam usaha tak mau lena balik lepas subuh, so aku decide nak update blog ini.


Alhamdulillah baru je lepas dua paper untuk final exam, ada 4 paper lagi menanti minggu hadapan. Ok, enough bout study. Kalau ampa tengok la kan, kenapa dunia kita ni kurang aman? Maksud aku banyak penjayah, penyamun, penyagak, rasuah sana sini, perompak, pemintak sedekah. Erkkk, pemintak sedekah pun penyamun ke? Eh, bukan. Mereka itu mangsa. Dan banyak lagi penjenayah dalam dunia ni. Yang anak sanggup bunuh ibu sendiri, sanggup bunuh bapa sindiri, sanggup pukul atok yang x berupaya, memakan harta anak yatim. Semuanya seebab apa?? Sebab duit semata-mata. Hanya untuk helaian-helaian kertas yang sebenarnya tak da nilai pun! Ampa semua sanggup ka tengok penumpahan darah di sebab kan hanya kerana duit kertas yang dicipta out of nothing? Seseungguhnya kita tertipu.! Aku bukan nak provoke, just nak bagi taw hakikat dia. But stiill aku juga masih menggunakan duit kertas yang sebenarnya tak dak nilai pun.


Ihsan daripada Google


Bertapa senangnya lah Bank Negara tu cetak duit kan. Kita duk bertungkus lumus kerja, perah keringat semua tenaga, last2 gaji masuk dengan menggunkan duit yang senang2 dicetak oleh bank. I'm still wonder how they do this. Well, aku pun masih cetek lagi ilmu berkenaan fiat money ni. Still dalam proses pembelajaran. Nak belajar balik syariah berkenaan muamalat dan tak lupa juga sistem kenvensional yang ternyata membebankan.


Okay, aku masih lagi mood exam ni. Hehe. Aku sebenarnya nak cerita sikit sebab apa Allah haram kan Riba'. Soalan ni ada dalam syllybus. But sadly, tak masuk dalam exam paper pun. Tapi tak pa, aku just nak share ja apa yang aku paham. Tajuk dia Effect on Riba'. Tapi aku dengan sukanya nak panggil 'Domino Effect of Riba'" Sebab effectnya bukan kena kat sorang, tapi terbawak-bawak sampai effect orang sekeliling. Tak ke kesian tu?


Google



Cerita Domino Effect of Riba' ni mula dia macam ni. Ada la seorang pak cik ni, nak pinjam duit untuk kegunaan harian. Okay, pak cik ni pun p pinjam kat Mr. X. Mr. X ni seorang Entreprenuer yang kaya raya, banyak asset tapi sungguh pun begitu dia takdak la sampai nak bukak Bank. So, Mr. X yang pemurah sangat ni pi la bagi pinjam kat pak cik tadi RM 500 untuk pak cik tadi guna beli barang keperluan. Akan tetapi, sebagai pulangan, pak cik tadi kena la bayar kat Mr.X RM 600 dalam jangka masa yang ditentukan. Ni yang aku pelik ni, awat pinjam RM 500 kena bayaq balik RM 600? Patutnya pinjam RM 500 bayaq pun dengan harga yang sama lah. Alasan yang diberikan adalah, harga barang semakin hari semakin naik, RM 500 hari ni tak sama dengan RM 500 tahun depan. So, pak cik kena bayar lah lebih!


Pak cik tadi pun amik duit tuk p beli barang2 dapur nak bagi anak bini makan, nak buat macam mana, gaji dia sikit tak mampu nak tanggung 10 orang anak kat rumah tu. Hari-hari makan nasi dengan air masak je. (aduih, sedih aku dengaq) Excess RM100 tu kita consider as riba' atau nama lainnya Interest ataupun nama arabnya Riba' al-Fadl. Berbalik kepada MR.X tadi, dia tak payah la nak buat business or pelaburan sebab, dengan senangnya RM 100 dalam tangan, tak perlu nak p susah-susah carik duit. Ambil untung dari pinjam barang pun dah cukup. So, automatically dia tak buat business dah. Sebabnya kalau nak melabur kena tanggung risiko, tapi kalau bagi pinjam duit dekat orang dengan 'charge' lebih, tak yah la nak tanggung risiko kan? betul tak? So, risiko ni berpindah milik ke pak cik, si peminjam tadi. Dia kena pastikan hutangnya dilangsaikan dalam masa tertentu.


Effect riba' juga bukan kepada orang saja, tetapi kepada ekonomi negara. Macam mana tu? Kita tengok orang kaya tadi dah tak buat business dan tak melabur, bila dia tak menjalankan aktiviti tersebut, secara tak langsung, dia telah mengurangkan produktivity negara. Sumbangan untuk ekonomi negara makin berkurangan sebab mereka lebih fokus untuk mendapatkan duit hasil Riba'. Makin kaya lah depa kan. Duit dapat balik. Yang pak cik tadi membanting tulang, pastu kena bajet la nak bayar hutang, yang selalu belanja pun tak cukup, nak korek mana pulak nak bayar hutang ni!! Takkan nak p pinjam lagi? Sebab tu la wujudnya istilah yang makin miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya raya! Semua ni sebab Riba' dan system mereka la. Sekali lagi aku ulang, bukan nak provoke, just need you to think a lil bit 'bout this matter.


Efek Riba' ini juga, menyebabkan eksploitasi dan kemiskinan (poverty). Selain itu, permusuhan antara orang atas dengan bawahan pun boleh berlaku seterusnya menyebabkan krisis ekonomi dan masalah sosial. Masalah sosial yang banyak berlaku seperti merompak, mencuri, menyamun, meragut dan sewaktu dengannya. Bukan nak cakap masalah ni timbul totally disebabkan Riba tapi mostly yang berlaku sebab duit, sebab hutang dan sebagainya. Sebab tu la Allah mengharamkan Riba' sebab Allah sayangkan kita, tak maw beban kan kita. So, sebagai seruan, marilah mengaji! Menuntut ilmu, mengkaji tapi bukan metafsir dengan kepala lutut.It Sounds harsh isn't it? Tapi betul la, memang kita kekurangan ilmuan. Its easy to said than done! Cakap berkepul-kepul pun tak guna selagi kaki, tangan kita tak gerak. Sama jugalah seorang nak lawan majority. Nak mengubah benda-benda macam ni bukan boleh seorang saja yang nak ubah, tapi kita semua kenalah bersatu. 

sumber: Buku teks Fiqh

p/s: Islam itu sempurna. Every single things that Allah prohibits, there are wisdoms behind there. Learn with eyes, mind and heart open!




1 comment:

Raji and Yeen said...

yeah we have to do something to change this kind of economic..
org atas sedap masuk duit walhal org dibawah bekerja bertungkus lumus mndapatkan duit