Friday, September 3, 2010

Ramadhan....Pemergianmu ditangisi..

BismillahirRahmanirRahim

Dalam sibuk menyiapkan assignment untuk minggu terakhir ni, sedar tak sedar makin hampir kita dengan bulan Syawal. Datangnya Syawal menyebabkan aku risau n sedih nak tinggalkan Ramadhan, bulan yang cukup diberkahi..Rasa macam semalam baru sahaja buat terawikh untuk malam pertama...Tapi sekarang dah pun 24 Ramadhan..Cepatkan masa berlalu..

Okay, memandangkan dah 24 hari kita berpuasa tinggal lagi 6 hari je lagi..Pasti ade yang sibuk2 nak buat kuih raye, siapkan langsir baru (bg mak2), dan sibuk nak kemas rumah..Nak raye la katekan..Tulah budaye or dah jadi amalan masyarakat melayu kite. Tapi bagi yang memahami erti keberkatan bulan Ramadhan. Time-time macam ni mereka sibuk mencari malam yang amat special yang tak boleh dapat pada malam-malam lain iaitu malam Lailatul Qadar. Semua org tahu ape itu malam Lailatul Qadar kan??Bagi yang tak tahu, aku nk bg serba sedikit info yang aku tahu...

Tanda-Tanda Lailatul Qadar
Diterangkan dalam semua hadis, antara tanda-tandanya ialah:
  • Udara pada malam itu amat nyaman dan tidak panas dan tidak terlalu sejuk
  • Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik
  • Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang menderang
Jom kita sama-sama semarakkan Ibadah Pada Akhir Ramadhan

- Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah (qiyam, tahjud, solat sunat taubat dan hajat)
- Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadat menghidupkan malam-malam tersubut (Kalau yang jauh di prerantauan tu kejut-kejutlah housemate, dormate ke, nak buat baik xkan sorang-sorang kan??)
- Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil
- Berusaha sungguh-sungguh aga dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampukan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"
- Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hri terakhir dalam bulan Ramadhan."
- Membayar zakat harta, zakat fitrah dan zakat pendapatan
- Memperbanyakkan sedeqah


So, ape lagi...jangan lepaskan peluang sepuluh malam terakhir..Kutip seberapa banyak pahala yang anda mahu..Jangan bertangguh untuk buat kebaikkan..Salam Ramadhan..=)


3 comments:

Fakhrur Razi berkata said...

ruginya sape yg xberusaha mengejar malam Lailatul Qadar
bukan slalu kita diberi bonus yg terlebih ganda cmnih ;D
kdg2 cm terbalik pun ad ak tgk
malam2 10 awal mesjid kemain pnuh lgik
malam 10 terakhir nih plop yg makin lesu o.O"
paper pun selamat beramal dan semoga kita tergolong dlm golongan yg dapat beramal pada malam Lailatul Qadar
wAllahualam..

Fakhrur Razi berkata said...

dpt ke eh kte beramal pda malam lailatul qadar ramadan yg lepas ;D
btw salam aidilfitri

amira said...

hehe..wallahua'alam la kan..
kalo dapat pun xkan nak gtau org kan..hehe..btw,
selamat hari Raya!!