Thursday, March 31, 2011

Aku hanya orang biasa.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.

Dalam kesibukkan dan kekalutan untuk menghadapi final exam, tak menghalang aku nak mengupdate blog.
Time tak busy tak nak update, time2 busy ni la tangan ni gatai nk update.

Tak mau bnyak merapu. Ini entry yang serius. Aku sebenaqnya lama dah dok perhati dan memikir. Tapi hari ni aku memang betul-betul nak spill. Sebabnya aku baru khatam buku Fiqh for economist. Apa yang buat aku betul-betul tersentuh (bukan terharu na) topic pasal Riba'. Semua orang tahu yang Allah haramkan RIBA'.

Baru aku sedaq yang selama ni aku hidup semua base on Riba'. Jangan lah cakap kalau anda2 semua tak terlibat dengan Riba. Di sebabkan ekonomi kita ni tak base on Islamic, jadinya kita punya sistem ekonomi sekarang base on Riba'. Percaya atau tidak anda mesti percaya!

Apa beza Islamic economy dengan Riba' base economy? Pertama sekali, kalau dalam ekonomi islam, kita tukar duit dengan barang. Contohnya kita nak beli barang tu, kita bayar guna duit kan? Tapi kalau dalam sistem ekonomi riba ni, kita tukar duit untuk dapatkan duit kemudian. Paham x? Kalau tak paham kita tengok ciri-ciri yang kedua pulak. Yang keduanya, dalam ekonomi islam ni nak wujudkan society ke arah pelabur dan usahawan yang berjaya. Akan tetapi, dalam ekonomi berasakan riba, ia hanya mencipta society penghutang dan pemuitang.Tengok lah sekarang berapa ramai penghutang yang nak lari dari bayar hutang?

Thirdly, kalau dalam islamic economy system, kita salurkan dana untuk aset yang sebenar tetapi riba' base economy ni berasasakan duit tiruan @ fiat money. Alah, duit kertas yang kita guna sekarang. Tu lah fiat money nya. Duit kertas yang dicetak. Bila adanya inflasi, duit yang kita ada seperti tak bernilai. Kuasa membeli kita pun berkurang.

REMAJA KITA SEKARANG


Bila aku baca pasal ni for the purpose of exam saja tak cukup. Aku rasa dah menjadi tanggungjawab aku untuk merubah dunia (wah, besaq cita2 ang mira). Angan-angan saja tak cukup okay, kena ada usaha. Bila-fikir-fikir balik aku agak kesal dengan sikap segelintir remaja, pemuda dan pemudi. Aku jarang berblogging tapi aku kadang-kadang bukak jugak la and looking for new entry. Mostly apa yang aku perhatikan entry-entry dorang memang takda faedah. Memang la bak kata hotfm, berblog ni ada freedom of speech tapi kan kadang-kadang ayat yang depa guna tu tak bijak lansung plus tak mencerminkan adab dan budaya ketimuran.


Lagi satu, aku rasa ni bukan lah masa nak cerita hal peribadi semata-mata sebab kita ada lagi tanggungjawab kat luaq sana tu. Tanggungjawab yang lagi berat sebagai future leader. Kebanyakkan blogger yang aku nampak kan nak famous je lebih. maksud aku entry takdelah best setakat duk camwhore kat depan webcam then wat pose cute sikit traffic naik lak. mesti owner of that blog tu senyum sampai ke telinga. lagi satu yang jadi trend sekarang blogger yang suka buat tutorial kat belog dia. Bukan tak boleh, boleh saja. Tapi kalau semua duk pakat sibuk nak buat tutorial. Pantang orang puji sikit, berjela-jela la episod tutorial dia yang tak sudah. 


Ini bukan entry nak mengutuk ke apa, kebanyakkan orang dah taksub sangat dengan akitivity berblogging ni sampai tak tau apa jadi kat luaq sana. Dah jadi tak perihatin dengan apa yang berlaku dalam negara. Mengabaikan solat. Aurat tak jaga. Perkataan pun tak jaga. Sedarlah, sekarang kita tak boleh lagi nak main-main. Please take things seriously. Perihatin sikit dengan keadaan semasa. Perihatin dengan apa yang terjadi kat luar sana terutama nasib saudara Islam kita.


*jadilah umat yang perihatin

3 comments:

Raji and Yeen said...

Betul2
bab2 begini sepatutnya diexposed utk kita bakal pemimpin dunia..

dlu mak aku amik Maybank Islamic punya pelaburan phtu dia ad pergi satu bengkel tentang pelaburan cara Islam
malangnya Maybank Islamic termasuk dlm list yg menggunakan duit melaburkan err jap ap ttaw cmner nk cerita >.<

tapi disebabkan hal tu terpaksa bayar juga nilai yg agk mahal utk berhenti melabur di situ lagi...
take that as a lesson
sbb kdg2 kita hanya mengambil jalan mudah percaya dgn sesuatu sistem yg ditetapkan di Malaysia dgn nama Islam.

mcm Kad kredit juga kan?
termasuk Riba base economy kan tu?
Once kita anggapnya sebagai beban

Lily said...

yep. betul tu. kadang2 yang guna islamic kat belakang tu belum tentu 100% islamc. Sebab maqasid syariah tak capai and still mana2 loan bank islamic pun still membebankan si peminjam. Ada ka pinjaman yang tak membebankan?

Islam base on justice. bukannya monopoly. Nak bolot semua kekayaan. Sebab tulah adanya zakat, sedekah untuk menolong sesama manusia tapi sekarang keadilan tak tercapai sebb yang kaya makin kaya. yang miskin bertambah miskin.

sungguh ssedih sebab pemimpin tak nampak benda ni. Sebab depa tak rasa susah.

balecan said...

bank apak aku macam mana mira??aku pon tatau sangat pasal nieh..tapi aku ada belajaq gak sem lepas..apa nama koventional kot nam dia..

hahha..hg kata belog aku ka mira??tacing tau aku!
hahaha