Wednesday, July 6, 2011

Kata yang susah Diucap


Dengan Nama Allah  Maha Penyayang, Maha Pengasih.

Assalamualaikum,

  
Harapnya Iman tak "BUSY" juga

            Kesibukkan aku di rumah menyebabkan keterbatasan aku untuk menjenguk blog ni. Walaupun selalu sahaja bukak dashboard tapi jari-jemariku seakan-akan susah untuk menekan new post. Sibuk tu takde la sibuk sangat. Cuti sem ni aku ingat nak duk rumah saja, praktis macam mana nak jadi suri rumah sepenuh masa.:) 

            Time ni la masa untuk aku belajar memasak dan mengemas rumah. Kalau di asrama memang susah nak memasak. Mencuba pelbagai menu dan resepi yang aku kutip di laman sesawang. Bak kata orang guru yang terbaik adalah diri sendiri. Memang betul pun, aku belajar memasak melalui diri sendiri. Just berpandukan resepi dan semakin hari aku rasa skill memasak bertambah okay. Kadang-kadang tu aku rujuk jugak dengan mama and abah.

            Kalau hari ni aku rasa masakan aku tak menjadi or kurang perisa, aku akan berusaha untuk perbaiki pada keesokkannya. So, hari demi hari aku rasa aku dah pandai memasak. Kepada anak dara di luar sana, jangan cakap anda tidak pandai memasak selagi ampa semua belum mencuba. Kalo tak try macam mana nak tau kan? Belum cuba belum taw! Hehe

            Panjang pulak muqadimah aku kan? Sebenarnya aku nak cerita pasai ucapan ‘Terima Kasih’. Baru-baru ni aku ada dengar berita di radio yang menyatakan ada menteri kita yang complain. Depa cakap yang belia kita ni tak pandai nak ucap terima kasih setelah diberi bantuan. Betoi ke tu?

            Kalau mengikut pengalaman aku sendiri, masa aku muda-muda dulu, aku memang susah sangat nak ucap kata-kata keramat ni, iaitu “TERIMA KASIH”. Seriously memang susah. Bukan sebab aku ego. Tapi sebab aku malu. What malu?haha. Aku memang pemalu dulu-dulu.

            Kadang-kadang aku malu nak ucap terima kasih dekat jiran sebelah yang dah tumpangkan aku ke sekolah. Bila nak sebut je, macam tak lepas dari kerongkong ni. Hehe. Kalau sebut pun tak keluar suara. Boleh nampak mimic mulut tu.

            Tapikan, ada satu insiden ni yang membuatkan aku berubah dan menjadikan perkataan ‘TERIMA KASIH’ tu amat bermakna. Masa tu aku darjah enam. Aku ingat lagi macam mana kami sekelas di denda sebab tak ucap terima kasih.



            Masih terbayang-bayang lagi peristiwa di mata aku. Dalam kelas Bahasa Inggeris, yang diajar oleh Teacher Adlin. Masa tu, teacher Adlin nak pulangkan kertas periksa English. Lepas di dah bagi kat semua. Tiba-tiba je teacher Adlin suruh sapa yang tak ‘say thank you’ berdiri. Ada beberapa orang je yang duduk. Aku, of course la masuk dalam kalangan yang berdiri sebab malu nak ucap terima kasih walaupun aku ucap dalam hati. :p

            Bila tengok hampir satu kelas berdiri, terus teacher Adlin keluar kelas. Nampak macam merajuk or menangis. Aku pun tak tahu. Semua orang blur. Masa tu pun, semua cikgu nak merajuk dekat kelas kami. Cikgu sains, cikgu matematik semua nak emo dengan kami. Huhu. Sedih jugak lah kami. So, lepas Teacher Adlin keluar kelas, semua pun sepakat ke bilik guru nak pi pujuk teacher Adlin. Sampai semua menangis-nangis. Kami smpai melutut pun teacher still buat tak tau.

            Then dia suruh we all semua balik kelas. Selepas kejadian tu, semua orang akan ucap ‘TERIMA KASIH’ apabila diberi bantuan. Peristiwa tu banyak mengajar kami semua. Kalau nak difikirkan balik macam kami di phsyco pon ada jugak. Mana lah idaknye, time tu pun semua orang pun stress nak amik UPSR, dengan cikgu tak masuk kelas n tak endah kan kami.

            Walaubagaimanapun, kami nak ucap terima kasih. Kami tau cikgu buat macam tu sebab sayangkan kami. Mahu kami menjadi pelajar yang bersahsiah tinggi bila keluar sekolah nanti. Alhamdulillah,insiden tu jugak menyebabkan kami semua berusaha dan hasilnya, keputusan UPSR time batch kami agak membanggakan =)

            Sampai ke hari ni aku ingat peristiwa tu. Dan impaknya kepada aku sampai sekarang. Bila terima bantuan saja, mulut ni akan ringan untuk mengucapkan ayat keramat. Dah tak segan nak ucap terima kasih. Terima kasih Cikgu.


    
Terima Kasih Guru. Jasamu di kenang ;)








Ps: Berapa kali dalam sehari kita cakap TERIMA KASIH dekat ALLAH yang beri kita nikmat hidup?? *Think

6 comments:

fuad ansari said...

TERIMA KASIH Lily kerana sudi berkongsi pengalaman..(",)

sifu im said...

wahh..bagus la korang..cikgu merajuk, korang masih g pujuk..cam aku ngn member2 dlu, klu cikgu frust ngn perangai ktorang, lagi la ktorg wt perangai..hehe

tapi alhamdulillah..guru redha ilmu diorang..sbb dengan redha diorang la, ktorg x jadi budak jahat

liyana said...

hmm..thinks

niena shopping2u said...

thanks ye, pngalaman yg menarik..
msa sy skolah dlu rsa cam seronok sgt klo ckgu tak masuk kelas, pdahal cikgu tu merajuk ngan kte.. isk.. klo ckgu merajuk lgi seronok.. hem... teruk btul perangai.. suka singgah sni :D

balecan said...

aku ingat dah bersawang dah belog nieh!!aktif juga akhirnya!

haha...hg masak apa tulip oii??kokies ke??nak gak try resepi hg masak tuu..haha

pergghh..masa upsr tu..mmang patot la cikgu2 merajuk dengan kelas ampa..kelas ampa kan kelas 1st..so suma belagak la kan..tak macam aku dok blakang kelas hg..haha..tapi aku cakap terima kasih time kena rotan ja..haha

Lily said...

@fuad ansar: Sama-sama kasih :)

@Sifu Im: Yeah, keredhaan cikgu amat penting. Cikgu emo semua tu sebab depa nak kita jadi manusia yang berguna :)


@liyana: yes, think. :)

@niena shoppind2u : Terima kasih sebab singgah. Saat paling best mmang bila cikgu tak masuk kelas pun. Cuma time tu nak dekat exam, kam amat perlukan tunjuk ajar cikgu.


@balecan: Kalau aku rajin, aku hapdate la. hehe. aku masak biasa2 ja la. eh, hg bukan masuk 6 Mutiara ka dulu?hg pernah tumpang sekejapkan?Hehe. budak pndai memang suka besar kepala kot? Aku pun bila dapat rotan dari cikgu Fouzi meman kena ckp terima kasih la :P