Tuesday, October 18, 2011

Perihal Bapa

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum..

Isnin, 17 Oktober 2011

Bertapa sayangnya Allah dekat aku sebab beri aku kesempatan untuk bernafas, menghidup udara segar.

Hari ni aku bangun awal sedikit dari kebiasaan. Biasalah, hari Isnin bangun untuk bersahur. Sudah menjadi kebiasaan pada mana-mana student UIA, setiap isnin dan khamis akan berpuasa sunat. Aku pun tak terkecuali. Memang akan rasa rugi la kalau tak dapat puasa hari isnin dengan khamis.

Awal tak awal sangat la. Semalam aku tidur dalam pukul 12.30 a.m. So, kunci jam pukul 5 pagi. Kira bangun 5 pagi awal jugak la kan.

Entah kenapa pada hari ni aku sangat semangat, luar biasa pulak. Kalau kebiasaannya, lepas solat subuh aku akan sambung tidur. Tapi tidak pula pada hari ini.

Usai solat subuh ditambah dengan bacaan ma’thurat dan surah yassin (hari ni terlebih rajin, buat extra sikit dari hari biasa) aku menjadi sugar bugar. Hehe

Selalunya baca ma’thurat laju-laju, tapi tidak pada hari ini. Lepas selesai dengan bacaan, aku tarik kerusi dan duduk dekat meja study. Buat sedikit pre-reading untuk Macroeconomics. Sebab kelas mula jam 8.30 pagi. Pagi-pagi kalau study memang best kan. Bnyak input boleh masuk.

As usual, setiap pagi aku mesti on radio. Tak kisah la siaran mana pun. Aku hentam je dengar. Aku tak kisah sangat. Kalau iklan ja aku tukar.

Tiba-tiba, aku terstuck di siaran ERA.fm. Time tu ada seorang pemanggil wanita. Ya seorang wanita di talian. Aku tak ingat da whole conversation. Tapi, yang buat aku tersentak hingga menitiskan air mata apabila dia menceritakan perihal bapanya.

Sedih.

Abah. Kasih seorang anak terhadap abahnya. Abah wanita tersebut menghidap penyakit kencing manis. Disebabkan penyakit abah yang kronik. Abah terpaksa memotong kakinya (aku tak sure sebelah atau dua-dua belah).

So, wanita tu amatlah sedih sebab bapanya sudah tidak berkaki. Wanita tu kata, walau apa yang terjadi sekali pun, dia dan adik-beradik yang lain takkan meninggalkan abah mereka.

Mereka akan tetap jaga abah. Apa yang abah nak, kalau boleh mereka adik beradik akan tunaikan walau macam mana sekalipun. Mereka akan bawa abah ke mana saja mereka pergi. Mereka tak nak abah rasa tersisih. Berkali-kali dia ulang cakap yang dia takkan biarkan abahnya kesorangan.

Wanita tersebut bercerita sambil teresak-esak.

Tanpa sedar,aku mendegar tersesak-esak. Hiba. Rindu.

Aku harap, aku dapat juga jaga abah dan abah walau apa pun yang terjadi.

10.30 am.

Lepas saja habis kelas Microeconomics, aku pulang ke bilik. Kelas seterusnya pula pada pukul 2.00 ptg.
Selepas saja solat Dhuha dua rakaat, aku buka laptop. Cadangnya nak update blog, tapi malas pulak time tu. So, aku pun online la facebook.

Buka IIUM online group, tengok latest update on activities.

Tiba-tiba, ada satu video yang menarik perhatian. Aku klik untuk tonton. Tunggu loading beberapa minit dan replay. Ikalan paling sedih. Klik disini kalau nak gugurkan air mata tu.

Sekali lagi, mata terasa panas. Kolam air mata tak dapat dibendung lagi.

Aku rindu abah.

Aku rindu mama. (Homesick)

So, pengajarannya kat sini, hargailah parents kita.

Belajar tidak meninggikan suara bila bercakap.

Belajar ikut cakap ibu dan ayah.

Belajar tidak melawan kata-kata mereka.

Lemah-lembut lah bila berkata-kata, kadang-kadang, kita tak sedar yang kata-kata, perbuatan kita mengguris hati mereka.

Start from today, jadilah anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa..

Seperti biasa...Peringatan untuk diri.




1 comment:

fuad ansari said...

T_T

benar benar.. hargailah selagi mereka masih ada..

semoga ketaatan kepada ibubapa membawa kita ke syurga..