Sunday, July 4, 2010

Dalam Hati Ada Taman???


Assalamualaikum...




Mesti korang semua pernah dengar ngan ayat kat atas tu?? pernah la kan??
Beberapa minggu yang lalu aku ade la terbaca satu blog ni dia cakap "dalam hati ada taman" kalau pikir2 balik, "betul ke ada taman dalam hati kita ni??" aku termenung berfikir sendirian..hehe, cam bersastera pulak la kan..

Minggu ni pulak time class Math waktu takzirah(end of session),member aku cakap pasal hati.. hati lagi..
So, ape yang korang tahu pasal hati?..kalau Melayu yang organ dalaman tu pun kita panggil hati tapi kalau Bahasa Inggeris pulak ada dua perkataan sama maksudnya dengan hati iaitu liver dah heart.Liver tu adalah organ manakala heart tu adalah jantung?Eh, jantung dengan hati tak sama kan? Payah betoi kan nak mengtranslate ni.. "Aku bukan budak bahasa";p


Tapi hari ni aku tak nak la cakap pasal hati organ dalaman ke apa, aku just nak remind pasal hati yang tak nampak iaitu "Qalbu" ..Penah tak kita check hati(Qalbu) kita ni sihat ke tak?Ataupun adakah hati kita ni wujud lagi ke tak? Okay, ada 3 cara kita boleh mencari hati kita..Jom cari hati =)


Imam Al-Ghazali pernah berkata, bahawa hati hanya boleh cari di tiga tempat:
1) Carilah hatimu ketika membaca al-Quran, sekiranya tak juga temui,
2)Carilah hatimu ketika mengerjakan solat, sekiranya masih juga tak jumpa,
3) Carilah hatimu ketika sedang duduk bertafakkur mengingati mati, dan masih lagi tak jumpa hati,
Pintalah hati baru daripada Allah sebabnya hati kita tu dah rosak kerana dosa-dosa yang kita lakukan yang menyebabkan hati kita bertambah parah.


Setiap satu kemungkaran dan kemaksiatan yang kita buat akan meninggalkan satu titik hitam bersarang di hati kita. Sebab tu la, banyak sangat masalah sosial yang berlaku macam kes buang bayi. Analoginya macam nilah..


 kisahnye bermula apabila dua orang insan(opposite sex) yang pandang-pandang,tak menjaga pandangan pun merupakan satu dosa,dosa kecil..so,dapat satu titik hitam tu kat hati.


Bila dah pandang, suka-sama suka si romeo pun ajak la si juliet pegi berdating, berdating saje tau tak leh pegang..bawah umur la katekan nanti mak marah..Bila lelaki dan perempuan berdua-duaan, makanya org yang ketiga adalah sape???"syaitan"..so, melekat lagi satu titik hitam...


Selepas sebulan berdating...si romeo pun berkata "julietku, you ni baik sangat la,takkan nak pegang sikit pun tak boleh,bukan ade sape-sape pun kat sini kite dua je lagipun kite kan dah "sebulan" berkapel.." So, dengan izin si Juliet, si romeo pun menggenggam erat jari jemari si Juliet sambil berjalan di taman tasik..hah lagi satu titik hitam singgah...


Masuk bulan keenam bercouple..ni aku tak mau cita scary sket and paling memalukan lah...si Juliet mengadu fening2 n loya,so..tanpa pengetahuan parent si Juliet pun gi klinik nak check la "kot2" something wierd yang akan berlaku..tapi nak weird ape kan, pandai makan pandai la simpan..Bila di sahkan pregnant, si Juliet menyampaikan khabar "GEMBIRA" kepada si Romeo.tapi amat "SEDIH" sekali si Romeo tidak mempedulikan si Juliet...Habih madu sepah dibuang..Isk3..(lupe nak bagi tahu,before tu ade setompok titik hitam melekat di hati)


Ape yang akan berlaku ye lepas ni?Macam mane si Juliet nak bagi tahu parents?sekolah pun tak habis lagi( lupa nak gitaw Si Juliet baru form 4)..Nak gugurkan ker??Takut berdosa pulak(amboi,time buat tak pikir dosa pulak)..Nak buat camnekan kena la pandai cover sampai takde sape pun yang tahu..Sampai la bulan ke-9 memang critical la camne nak branak pun tak tau la..So, tempat selamat!!!"Tandas Awam"..Lepas tu ape jadik?? Terjadilah seperti kes-kes yang korang baca kat surat khabar tu..



Cuba anda bayangkan setitik demi setiik titik hitam telah menodai hati kita..Banyak lagi kemaksiatan yang kita tak sedar kita lakukan...So,renugkan2lah diri kita ni..Bersihkan hati kita dengan melakukan kebaikan, rajin-rajinlah berQiamullail, bergaul dengan sahabat yang soleh dan solehah, meluangkan masa untuk menghadiri ke majlis ilmu, banyakkan berzikir dan banyak lagi amalan-amalan yang boleh membersihkan hati..Semoga segala apa yang kita lakukan tidak memakan diri sendiri..Berusahalah mencari Redha-Nya..

Reminder: Tanda hati dah mati apabila hatinya berasa suka dan bangga melakukan kemaksiatan..=.="





3 comments:

Raji and Yeen said...

pergh ak igt cm xlojik nape la depa snggup wt cmtuh
tapi citer kau tuh mmg cm real..
no wonder larh byk btol kes buang bayi nih =.=
btol2 jgn tnggu hati hitam bru nk bertaubat~

ps: mmg ayat der dlm hati ad taman eh? ak slalu tgk org type cmnih..
tpi igtkan mereka typo dalam hati ada teman ke =.="

Raji and Yeen said...

eh cmmnt ak tdi xsmpai eh? o.O

Lily said...

cter tu takde kena mengena ngan hidup atau pun yang telah meninggal dunia..
kalo betul pun,kebetulan je kot

dalam hati xde taman...tapi ade titik hitam..;D