Monday, July 25, 2011

Tin Sardin Sumber Inspirasi

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah.

Assalamuaikum,

Hai, apa khabar wahai pembaca yang budiman? Di harap semua dalam keadaan iman yang baik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yamh masih memberi nikmat kesihatan dan udara untuk kita hidup.

Tahulah bahawa Allah tu amat Pemurah kerana memberi kita rezeki dan segala nikmat walaupun kita sering lupa kepadaNya.

Cuma kita sahaja yang kedekut. Seperti aku, aku amat kedekut untuk memberi sedikit masaku untuk mengupdate belog untuk memberi santapan rohani dan minda kepda saudara-saudari yang soleh dan solehah.

Jadi hari ni aku tekad juga untuk memberi secebis buah fikiran untuk anda semua. Memandang minggu lepas aku begitu busy dengan segala aktiviti, ada yang berfaedah dan tidak berfaedah, biarlah segala manfaat yang aku dapat manjadi pemangkin untuk menjadikan aku lebih baik. (*-*)

Hari-hari aktivitiku dihabiskan dengan memasak dan mengemas rumah. Pada suatu hari, abahku menyuruh aku masak ikan sardine yang dalam tin.



 Mungkin memasak sardine adalah menu yang paling senang bagi semua orang akan tetapi ia tidak lah sesenang yang aku sangka bagiku yang begitu kerdil dalam bidang memasak.

Erm, mesti anda pelik kan kenapa aku cakap susah memasak makanan dalam tin kan? Mungkin ada yang akan cakap.

“Eleh, apa susah bukak tin  tu panaskan kuali, masak kemudian hidang?”

Part memasak tu memang lah mudah, tetapi yang menjadi masalah kepada aku adalah langkah yang pertama iaitu membuka tin sardine. =.=’

Kalau tin yang mudah dibuka tak lah susah mana. Tetapi yang susahnya apabila aku terpaksa membuka tin itu dengan menggunakan pembuka tin (can opener).

Sememangnya aku amatlah tidak pandai menggunakan can opener. Memandangkan tiada siapa di rumah, so ku terpaksalah membukanya sendiri. Bermacam cara aku nak dah cuba tetapi apa yang aku dapat? Tin sardine tu nampak makin kemek. Hehe

Satu-demi satu kaedah aku cuba dan akhirnya aku Berjaya juga bukak tin sardine tu. Aku sungguh gembira bukan kepalang lagi.

Aku percaya yang usaha tangga kejayaan, akan tetapi jika usaha tanpa hidayah dari Allah, kita tidak akan Berjaya. Allah yang memberi ilham kepada apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara.

Semua yang terjadi datang daripada Allah. Allah yang memberi hidayah. Allah juga yang memberi inspirasi dan  ilham kepada manusia. Allah juga menciptakan manusia dengan akal supaya manusia berfikir.

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. " (An-Nahl: 68 &69)

Allah telah pun Mengilhamkan lebah supaya mengeluarkan madu untuk kegunaan manusia


Wallahua'lam.

p/s: Hari-hari berfikir, "esok nak pakai baju apa ye pergi kuliah?" =.='




3 comments:

balecan said...

Amboii anak dara sorang niehh....rajen sunguh..weh tin sardin @mak shadah bukak pakai pisau ja..gangster dak?hahaha..weh susah la aku nak update belog skg..Nieh pun aku baca entri hg pakai baledroid

Lily said...

haha.biasa lah wehh..
haha, @mak shadah cam pak aku guna pisau hehe. aku takut nak guna pisau takut pisau terpelanting. hehe. p la lab comp update belog.

fuad ansari said...

mahalnya harga sebuah hidayah.. (",)

bukak tin sardin pun perlu ilham dari Allah.. nampak jelas bahawa manusia tidak boleh riak dan bangga diri.. (",)