Saturday, October 22, 2011

Masa Muda

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.



Masa muda.

Bukanlah masanya untuk sentiasa enjoy.

Bukan masa untuk mengumpul dosa.

Bukan masa untuk lihat siapa dapat awek cun.

Bukan masanya untuk melihat pakwe siapa yang paling kacak.

Bukan masa untuk fikir yang kita ni lonely takda awek.

Bukan masa untuk fikir yang kita ni lonely sebab takda pakwe.

Bukan masa untuk kita fikir, fesyen apa yang paling up to date.

Bukan masanya untuk berpeleseran di shopping mall.

Bukan masa untuk lepak di kedai mamak 24 jam 7 hari.

Bukan masanya untuk kita mengusung anak dara orang tanpa ikatan yang halal.

Bukan masa untuk kita menyerahkan segala-galanya kepada lelaki (stranger yet to be a friend).

Bukan masanya untuk menghabiskan duit mak bapak dengan benda yang tak beri manfaat.

Bukan masanya untuk kita merempit.
Bukan masanya untuk kita merokok (yang ni x boleh langsung).

Bukan masa untuk kita hangout 24 hours dengan BFF.

Kita kena faham tujuan hidup. Bila kita sedar yang kita ni hidup hanya sebentar Cuma di dunia ni kita takkan buang masa dengan perkara yang tak berfaedah.

Dulu aku pun punya perasaan yang macam tu. Tapi sejak masuk university, aku baru faham erti hidup. Bila aku faham erti kehidupan, tujuan kehidupan membuattkan aku sentiasa ingat kepada hari kematian.

Aku tak tahu kapan masanya ajal aku. Kita mesti ingat, kematian bukanlah satu pengakhiran bagi kita, malah kematian adalah permulaan bagi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Dunia hanya tempat persinggahan, untuk kita mengumpul segala bekalan. Sama ada bekalan kita tu cukup untuk masuk syurga atau pun neraka (na’uzubillahi min zalik)

Aku cukup kagum dengan Sultan Muhammad al-Fateh. Dia telah Berjaya menawan Konstantinopel semasa dia berumur 22 atau 23 tahun. Just imagine, Konstantinopel tak pernah ditawan sesiapa  semenjak 800 tahun sebelumnya. Sungguh mengagumkan.

So, jangan sia-sia kan masa muda kita. Cari jalan macam mana nak mengisi kekosongan jiwa.

Kekosongan jiwa tidak boleh diisi dengan bercoulple, merempit, main game, dengar music yang tak berfaedah.

Kekosongan jiwa mesti diisi dengan zikrullah, tilawah & hafal quran serta faham akan maksudnya, menghadiri majlis ilmu, usrah dan segala hal yang medekatkan diri kita kepada Allah.

Jiwa ini akan tenang dengan hanya mengingati Allah.

Tanya diri, di mana kita letak Allah di hati kita? No 1 kah? No 2 kah? No 3 kah? Atau yang terakhir?

1 comment:

fuad ansari said...

beruntnglah orang2 muda yg menggunakan masa muda mereka dengan menghampirkan diri kepada Allah.. (ujian jugak tu, sbb masa muda kelihatan masa paling seronok utk bersuka ria..)