Sunday, October 16, 2011

Mistake

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalmualaikum sahabat,




Yahya Ibnu Mu’adh pernah berkata,

“ Aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniakan itu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa tu lagi penting daripada tinggalkan dunia...”

Manusia sering lakukan kesilapan. It’s okay to make mistake. Tapi ni bukan alasan untuk kita keep repeating the same mistakes yang kita pernah buat.

 If kita rasa apa yang kita buat tu salah. Buat kita rasa serba salah, rasa hati ni tak tenang..Just leave it. Buang dan campak jauh-jauh.

“Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit..” –Hlovate

Memang benar, perit. Perit sangat. Bukan mudah nak meninggalkan perbuatan dosa yang kita dah anggap ia bukan dosa. Get what i mean?

Bila perbuatan dosa tu melekat di hati, bila kita rasa bangga dalam melakukan kemaksiatan, itu tanda hati kita dah kotor. Mati.

Bila dah kotor, hitam. Macam mana nak cuci semula? Adakah dengan menggunakan Clorox 4x?

Sudah tentu tidak!

Kalau hendakkan hati yang baru, pohonlah kepada Allah, segeralah bertaubat. Sesungguhnya hati kita Allah yang pegang. Sentiasalah perbaharui taubat kita. Sesungguhnya Allah tu Maha Penyayang, Pengampun, menerima taubat hamba-hambaNya.


Bila hati mengadap Tuhan, baru ku sedar ada kelemahan. Terasa kerdil berbanding yang Esa, terharu  terfikir bertapa Agungnya Tuhan...Tuhanku.. aku tidak layak masuk syurgaMu, namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu...Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku.....



1 comment:

fuad ansari said...

teringat kata2 seorang ustaz:

hari ini, kita bukan mahu berbicara tentang sakitnya fizikal, tapi kita mahu berbicara tentang sakitnya iman.. kerana sakitnya iman lebih merbahaya dari sakitnya fizikal..