Saturday, July 24, 2010

Special: :: Sentuhanmu ::

Salamu'alaik..

"Hello, Assalammualaikum..Abah sihat??"
Alhamdulillah, Sihat..Angah macam mana?? tengah periksa ka??"
"Angah baru ja abih exam ni, mama tak balik lagi ka??"
"Mama ondaway balik, malam baru sampai.."
"Oh, adik tengah buat apa??Angah nak cakap dengan adik."
(Time tu adik tengan tidur so, dia tak nak cakap dengan aku)
"Ni, adik tengah tidoq."Macam mana belajaq?"
"So far okaylah."(jawabku pendek )
"Angah, belajaq elok-elok tau, ingat pesan abah."
(Aku diam jap)
"InsyaAllah..abah, nanti mama balik kim salam kat mama..angah balik 2 hari sebelum raya."
"Okay, belajaq elok-elok na."
Okay Abah..assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."

Perbualan antara anak dan bapanya.. Semua bapa inginkan yang terbaik untuk bapanya..Termasuklah "abah aku" yang sentiasa inginkan yang terbaik dari aku..Sebagai anak aku akan sentiasa berusaha menjadi anak yang terbaik..=)


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Tiba-tiba je aku terkenang memori silam..Aku ada tiga orang adik beradik..along(abang), aku(angah), adik..
Beza aku ngan abang aku tak la jauh sangat, beza tiga tahun je.So,masa kecik2 rapat jugak la tapi bila dah besar, masing2 bawa haluan masing2..Tapi still adelah memori time kecil2..Abah tak penah pun rotan kami adik beradik sebab ktorang baik2 belaka .. ;Dhehe..Tapi, abah tegas..amat mementingkan pelajaran anak2..walaupun kami tak berapa pandai..Abah nak anak2 berjaya sebab abah dulu tak dapat masuk U..Lepas STP, abah terus kerja..Alhamdulillah sebab abah rajin dan tekun abah kekal di tempat kerja tu..Walaupun gaji tak banyak, tapi hidup kami tak pernah la tak makan..Cuma, kami adik beradik tak macam orang lain, orang lain dah ada komputer..kami still takde komputer..orang lain dah pakai handphone yang ade camera tapi kami still bergayut pakai telefon rumah..;p
Abah memang tak memanjakan kami dengan benda2 mewah walaupun kitorang tahu abah mampu bagi..Abah nak kami berusaha..

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu

Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kenangan yang aku rindu sekali masa aku sekolah dulu..Abah bangun seawal 5 pagi..Awalkan?Abah msuk kerja pukul 8 pagi, balik pukul 5 ptg..Ha, time aku sekolah dulu,before masuk asrama, abah akan kejutkan ktorang adik beradik seawal jam 6 pagi.Walaupun masih mengantuk waktu tu, bangun jugak la sebab kalau abah yang kejut dengan serta merta kitorang bangun..Kalau mama yang kejut, alamat tak pergi sekolah la sebab bukan mama bangun lambat tapi kitorang ni manja sangat..Tapi, dengan abah tak pulak kan?aku pun tak tahu kenapa..Setiap pagi abah akan prepare breakfast kat ktorang. Abah masak nasi goreng, buat roti bakar dan macam2lah..memang beruntunglah kami adik beradik.Dan yang paling beruntung dan bertuah adalah Mama..=)
kadang2 aku pikir, tak penat ke abah, bangun pagi masak lagi then pergi kerja..balik kerja pun kadang2 masak lagi untuk kami adik beradik..Kalau nak ikutkan kerja kat office tu pun dah penat..tapi masa dulu2 kecik2 lagi tak pulak aku pikir macam tu..Bila aku dah ada pengalaman bekerja amatlah perit aku rasa..
Time aku lepas Spm dulu aku pernah la kerja kejap selama 5 bulan kat Fast Food restaurant.Masa tu baru lah aku rasa memang perit sangat nak dapatkan duit.macam mana la abah yang dah kerja hampir 25 tahun dapat bertahan..Mama selalu pesan kat along, angah dengan adik.."Bila dah besar n kerja nanti jangan lupa bagi duit kat abah tiap2 bualn,bagi sikit pun takpa,bukan abah nak banyak,"..[Pesanan untuk aku]


Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terdorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga

Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa


One thing yang aku tak lupa ialah abah tak pernah mendesak or nak memaksa kami adik beradik.Abah amat supportive.Masing-masing pilih jalan sendiri.Bersyukur sangat dapat abah yang memahami.=)

 Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Sentuhanmu abah, amat bermakna..Pengorabanan selama ni angah tak akan sia-siakan..Angah nak jadi anak yang solehah..Semoga Abah sentiasa mendoakan kejayaan angah..Insya-Allah..



Note2Remember: Berbaktilah kepada kedua orang tua anda..

Saturday, July 17, 2010

Remaja Kini:: Lack of Faith??

Salam..
Alhamdulilliah..Syukur..Okay, this week aku nak share la something dengan korang tentang assignment yang aku tengah buat sekarang untuk subject understanding Islam..Tajuk assignment yang kitaorang:  "How to counter the issue of lack of faith among Contemporary Muslim".. Tajuk dengar macam menarik tapi agak susah la bagi aku nak mentafsir..sedangkan aku pun rase cam terkena batang hidung sendiri pun ade..Lack of Faith??Dalam bahasa melayunya lebih kurang "kurang kepercayaan  atau pun lebih tepat lagi "tak kuat iman"..
Betul ke??


Ok,Firstly define ape itu Iman??
Maksud iman ialah mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan atau anggota.Iman ialah mempercayai Rukun Iman dengan tidak mengesyak dan ragu-ragu, kepercayaan yang tetap yakin tidak bergoncang dan berdolak dalik,tidak ada kesamaran dan keraguan dalam hati dan perasaan. Iman juga dikaitkan dengan akidah iaitu satu ikatan tali yang kuat dan kukuh. (skema buku teks)


Cuba kita check balik iman kita. Adakah kita beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari kiamat, Qada' dan Qadar???? Erm..tepuk dada tanya iman..=)


Dalam banyak-banyak buku yang aku baca (cewah,cam banyak je buku aku baca..;p) ade satu article yang menarik tentang lack of faith, menurut Si penulis, the reason why there are soo many social illness among society is because they are not abiding by religion. In other words, kita tidak mengamalkan Islam dengan betul. Keimanan kita tak tetap dan tak kukuh. kita semua tahu yang Rukun Islam ada 5 manakala Rukun Iman ada 6..Tapi, adakah kita melakukan rukun Islam yang 5 tu?? Kita examine balik diri  kita...adakah solat kita cukup lima waktu??Puasa dalam Ramadhan buat tak??

kalau dah cukup Alhamdulillah...Firman Allah:

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (Surah Al-Ankabut; 45)

Sesungguhnya Solat dapat mencegah kita daripada buat perkara yang tak elok..But still, ade je yang  orang yang solat tapi melakukan maksiat..Sebab ape macam tu yer?? Mungkin dia solat bukan kerana Allah, dan mungkin juga sebab orang lain buat dia pun kena buat nanti orang cakap ape pulak kan..Herm,,sendiri pikir la..Sia-sia je la solat tapi tak tutup aurat, buat maksiat, riak dan sebagainya..
(peringatan untuk diri juga)


Tu baru bab solat..Solat itu tiang agama kalo tak solat, maksudnye, roboh la tiang tu..then bila dah takde tiang ape jadi dengan agama??Agama pun turut roboh..Thats why la remaja sekarang kurang keimanan dan ketakwaan..Sebab basic faith pun tak lepas lagi..Yang melakukan solat pun boleh terjatuh,,ape tah lagi yang tak solat langsung..

Aku bersyukur la sebab parents aku amat menitik beratkan solat walaupun kadang-kadang tuu terlepas jugak..Kesian la kepada sesiapa yang takde basic of faith in Islam..Syukur jugak la, walaupun aku bukan budak sekolah agama, tapi mak bapak aku hantar ke sekolah agama rakyat mase darjah 1 sampai darjah 5 je..Tapi tu pun still goyah lagi..time tu kecik lagi,ikut je ape orang suruh. Bila dah besar,influence member lagi kuat la..Setakat nak baca al-Quran dengan solat tu takde masalah sebab aku praktikkan sampai sekarang..tapi bab2 lain boleh dikatakan Hancur luluh berderai..kalau nak Sflashback zaman aku mude2 remaja dulu memang macam kesian jugak la..Macam orang zaman jahiliyyah zaman dulu kala..Kalau nak cerita memang panjang la..tunggu next entry jela..Bukan nak mengaibkan diri tapi sebagai pengajaran..Tak salah kan??

So, aku rase the basis yang kita patut tau adalah solat..nak berubah tak boleh nak speed2..kena slowly2.. sterp by step..kalo speed nanti  kena kejutan elektrik habih rentung..tak sempat pulak nak betaubat.Nak jadi baik depan orang memang senang tapi nak jadi baik depan Allah lagi senang.=)

P/s:Duduk saja2, cuba fikirkan kenapa Allah mencipta manusia dan makhluk2 lain..Kalau dah fikir gtau jawapan yer..{Berfkir pun dah dapat pahala}



Saturday, July 10, 2010

Malas adalah Teman Kegagalan

BismillahirRahmanirRahim....
Alhamdullilah..Syukur..
Since minggu ni macam busy sket dengan assignment dan classes,kelas tahsin dan berbagai-bagai meeting, ditambah pulak dengan exam midsem yang makin hampir(lagi dua hari je kot) rase macam tak sempat pulak nak bersantai-santai macam dulo2..~


Ya,aku akui sem ni memang amat hectic lagi sesak sebab semua benda nak disegerakan..tapi walau  ape pun, aku cuba jugak sedaya-upaya mencoret di atas page yang miskin lagi dhaif...okay, this week aku nak share la something dengan you all semua..


Tempat yang paling dibanggakan di dunia
adalah yang mempunyai penerangan 
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
adalah buku


Kami menganjurkan kepada anda untuk menekuni pekerjaan anda yang benar. Kemudian, janganlah anda berpangku tanagn kerana bosan, malas, dan tunduk pada kelalaian. Tetapi tunaikanlah tugas anda, dirikanlah solat, bacalah al-Quran dan buku-buku yang berfaedah, dan dengarkanlah kaset-kaset yang bermanfaat. Duduklah bersama para tertangga dan teman-teman nada. Diskusikan kepada mereka hal-hal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pada saat itu engkau akan menemukan kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraaan. janganlah sesekali kamu menyerah lepada kekosongan, kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak akan dapat dihilangkan kecuali denagn menyibukkan diri dengan pekerjaan.

Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat, keran ia adalah penyebab kesedihan. Khusunya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan oleh perempuan, seperti melihat sesuatu yang yang diharamkan, mempamerkan kecantikan, berkhalwat dengan bukan mahram, melaknat, mencaci dan mengumpat atau mengingkari hak-hak suami(bagi yang dah  berkahwin). Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh perempuan kecuali perempuan yang mendpat rahmat Allah. Takutkah engkau denagn Rahmat Allah. Beraqwalah kepadaNya, keran taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu dan keredhaanNya atas hati tulusmu..

~Diambil daripada buku hasil tulisan Dr, 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni~


Bacalah!
Bacalah dengan nama Allah..


Kamu adalah, apa yang kamu baca..Buku apa yang kamu baca pada hari ini menggambarkan kamu pada hari mendatang.Renung-renungkanlah..=)


P/s: Recommended books to read:- Harun Yahya-The Nightmare of Disbelief..



Sunday, July 4, 2010

Dalam Hati Ada Taman???


Assalamualaikum...




Mesti korang semua pernah dengar ngan ayat kat atas tu?? pernah la kan??
Beberapa minggu yang lalu aku ade la terbaca satu blog ni dia cakap "dalam hati ada taman" kalau pikir2 balik, "betul ke ada taman dalam hati kita ni??" aku termenung berfikir sendirian..hehe, cam bersastera pulak la kan..

Minggu ni pulak time class Math waktu takzirah(end of session),member aku cakap pasal hati.. hati lagi..
So, ape yang korang tahu pasal hati?..kalau Melayu yang organ dalaman tu pun kita panggil hati tapi kalau Bahasa Inggeris pulak ada dua perkataan sama maksudnya dengan hati iaitu liver dah heart.Liver tu adalah organ manakala heart tu adalah jantung?Eh, jantung dengan hati tak sama kan? Payah betoi kan nak mengtranslate ni.. "Aku bukan budak bahasa";p


Tapi hari ni aku tak nak la cakap pasal hati organ dalaman ke apa, aku just nak remind pasal hati yang tak nampak iaitu "Qalbu" ..Penah tak kita check hati(Qalbu) kita ni sihat ke tak?Ataupun adakah hati kita ni wujud lagi ke tak? Okay, ada 3 cara kita boleh mencari hati kita..Jom cari hati =)


Imam Al-Ghazali pernah berkata, bahawa hati hanya boleh cari di tiga tempat:
1) Carilah hatimu ketika membaca al-Quran, sekiranya tak juga temui,
2)Carilah hatimu ketika mengerjakan solat, sekiranya masih juga tak jumpa,
3) Carilah hatimu ketika sedang duduk bertafakkur mengingati mati, dan masih lagi tak jumpa hati,
Pintalah hati baru daripada Allah sebabnya hati kita tu dah rosak kerana dosa-dosa yang kita lakukan yang menyebabkan hati kita bertambah parah.


Setiap satu kemungkaran dan kemaksiatan yang kita buat akan meninggalkan satu titik hitam bersarang di hati kita. Sebab tu la, banyak sangat masalah sosial yang berlaku macam kes buang bayi. Analoginya macam nilah..


 kisahnye bermula apabila dua orang insan(opposite sex) yang pandang-pandang,tak menjaga pandangan pun merupakan satu dosa,dosa kecil..so,dapat satu titik hitam tu kat hati.


Bila dah pandang, suka-sama suka si romeo pun ajak la si juliet pegi berdating, berdating saje tau tak leh pegang..bawah umur la katekan nanti mak marah..Bila lelaki dan perempuan berdua-duaan, makanya org yang ketiga adalah sape???"syaitan"..so, melekat lagi satu titik hitam...


Selepas sebulan berdating...si romeo pun berkata "julietku, you ni baik sangat la,takkan nak pegang sikit pun tak boleh,bukan ade sape-sape pun kat sini kite dua je lagipun kite kan dah "sebulan" berkapel.." So, dengan izin si Juliet, si romeo pun menggenggam erat jari jemari si Juliet sambil berjalan di taman tasik..hah lagi satu titik hitam singgah...


Masuk bulan keenam bercouple..ni aku tak mau cita scary sket and paling memalukan lah...si Juliet mengadu fening2 n loya,so..tanpa pengetahuan parent si Juliet pun gi klinik nak check la "kot2" something wierd yang akan berlaku..tapi nak weird ape kan, pandai makan pandai la simpan..Bila di sahkan pregnant, si Juliet menyampaikan khabar "GEMBIRA" kepada si Romeo.tapi amat "SEDIH" sekali si Romeo tidak mempedulikan si Juliet...Habih madu sepah dibuang..Isk3..(lupe nak bagi tahu,before tu ade setompok titik hitam melekat di hati)


Ape yang akan berlaku ye lepas ni?Macam mane si Juliet nak bagi tahu parents?sekolah pun tak habis lagi( lupa nak gitaw Si Juliet baru form 4)..Nak gugurkan ker??Takut berdosa pulak(amboi,time buat tak pikir dosa pulak)..Nak buat camnekan kena la pandai cover sampai takde sape pun yang tahu..Sampai la bulan ke-9 memang critical la camne nak branak pun tak tau la..So, tempat selamat!!!"Tandas Awam"..Lepas tu ape jadik?? Terjadilah seperti kes-kes yang korang baca kat surat khabar tu..



Cuba anda bayangkan setitik demi setiik titik hitam telah menodai hati kita..Banyak lagi kemaksiatan yang kita tak sedar kita lakukan...So,renugkan2lah diri kita ni..Bersihkan hati kita dengan melakukan kebaikan, rajin-rajinlah berQiamullail, bergaul dengan sahabat yang soleh dan solehah, meluangkan masa untuk menghadiri ke majlis ilmu, banyakkan berzikir dan banyak lagi amalan-amalan yang boleh membersihkan hati..Semoga segala apa yang kita lakukan tidak memakan diri sendiri..Berusahalah mencari Redha-Nya..

Reminder: Tanda hati dah mati apabila hatinya berasa suka dan bangga melakukan kemaksiatan..=.="





Sunday, June 27, 2010

Jika Terakhir Hidupku~

BismillahirRahmanirRahim...Segala puji bagi Allah kerana masih memberiku udara yang segar untuk terus bernafas dan seterusnya menikmati nikmat di dunia ini...

okay, hari ni aku nak share, lagu yang aku sedang dengar..tajuk;- Jika Terakhir Buatku by Saujana

Ok..if korang dah dengar or dah download bagusla...Sekarang aku nak share skit la pasal ape yang aku rase bila dengar lagu ni..

oh tuhan..
hambaMu  ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu

Pernah tak korang rase keliru dengan diri sendiri?Maksudnye macam korang ni baik la dulu pastu disebabkan ade benda yang mempengaruhi, korang dah jauh dari jalan yang betul,jalan tu cam bengkok sikit la..tapi still boleh lagi nak distraightkan..Sebagai contohnya, Cinta or Couple...Kalau cakap pasal cinta or couple2 ni semua orang laju kan??Betul tak??Sebab aku pun same!hehe...tapi memang Fitrah la perasaan Cinta kepada seseorang, perasaan suka or like ni memang tak boleh nak elak la kan..tapi, ade gak tapi2 kan...Cinta yang Suci hanya untuk Al-Kholiq...Selepasnya Cinta kepada Rasul, Seterusnya cinta kepada ibu bapa..Cinta selain Allah,Rasul dan ibu bapa merupakan stage cinta yang paling rendah melainkan kalau anda sudah bernikah!!Tulah, kita ni sering lupa dan mudah sangat lupa untuk mengingati Allah..Sikit2 ingat makwe or pakwe..nak makan,tidur,pakai baju,buat kerja asyik ingat pakwee je, bila masa nak ingat Allah???Allah tak pernah melupakn hambaNya..So, sebagai HAMBA kita lagi lah tak boleh lupakan Allah..So,pasni nak buat ape2 je ingat Allah ye!!!=)


oh Tuhan..
HidayahMu pernah hadir
hingga kering mata airku menitis
Namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara



Erm..cakap pasal Hidayah pulak!Bukan Nur Hidayah or Nurul Hidayah ye..Hidayah or straight path,guidance from Allah..If korang nak tau Hidayah ni ade 4 jenis..Tapi lupe la pulak ape jenis2 dia..Yang aku still ingat Hidayah through Ad-Din,iaitu Islam.. ok, ade tak member2 korang yang tak menutip aurat contohnye cam tak pakai tudung??Aku pernah la tanya sorang awek ni,(nama dirahsiakan)
"Wah,cunnye you pakai tudung! taknak pakai constant ke?? sweet je  I tengok!(time tu die kna pakai tudung sebab bapak die suruh). "I bukan taknak pakai, tapi tunggulah, mayb tak dapat Hidayah lagi kot." Then aku pun diam, tak cakap ape dah..Just cakap dalam hati je..;p.. Wah! Dia tunggu Hidayah jatuh dari langit ke?? Ish3..Kalo hidayah tak turun macam mane??huhu..Kalo tak sempat pulak macam mane??Kesian kan.. Allah bersifat Al-Wahhab,Yang Maha Memberi..Allah tak pernah jemu untuk memberi, sama ada kita terima or tak terpulanglanglah..=)


Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup 
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
Dan sujud mengabdi padamu-




Untuk verse yang ni pulak amat mendalam la maksudnye.. Pernah tak korang fikir,sebelum tidur especially, 'adakah lagi subuh esok untukku bernafas??'..Agak scary la..tapi yang pasti Mati itu pasti.. Aku rasa
 takut sangat kalau Allah tarik nyawa aku..Sebab ape?? Sebab aku rasa amalan tak cukup lagi.. Ibadah aku macam mane pulak?Solat aku??kalau nak dikira memang boleh di kira dengan jari la..thats why la penting kita mengingati mati..Bila kita ingat mati, automatically kita akan ingat Allah..Bila ingat Allah mestila kita akan sujud mengabdikan diri kepada-Nya..Insya-Allah..Mudah-mudahan segala amalan dan ibadah diterima Allah..

Berikanlah ku kesempatan
menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
yang sengaja melupankanMu
Hadirkan damai
sebelum di hujung nafasku..
Oh Tuhan..
berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan Redha-Mu
Izinkan daku mengulangi 
janji-janji yang baru
Taubat Nasuha setulus untuk-Mu..
oh Tuhan


Rahmat kasih-Mu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba



Semoga Allah memberikan kita kesempatan untuk menebus kesalahan dan Dosa..bagaimana yer?Dengan bertaubat...Firman allah:




" Dialah Allah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan perbuatan-perbuatan yang jelek (dosa): (Surah: Assuya ayat 25)                                                                                                          
Senang je kan allah nak ampunkan dosa hambaNya?Tapi dengan syarat,1. hendaklah Ikhlas semata-mata kerana Allah Swt..2. Menyesal dengan perbuatan yang dilakukan..3. Meninggalkan maksiat yang telah dilakukan sebelum ni.. 4. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.. 5. Istighfar,memohon keampunan..6. Memenuhi hak bagi orang yang berhak..





7. Waktu diterimanya taubat itu dilakukan di saat hidupnya, sebelum tiba ajalnya. Sabda Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam : “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi, hasan).

Sebagai kesimpulan, rajin-rajin la dengar lagu nasyid!!Hehe..Ustazah aku cakap, "Say Yes to Good Thing" n "Say No to Bad Thing"..Ape yang Good dan ape yang bad??To simplicity, take music as example..good song Vs bad song..Good song: Nasyeed(Absolutely) and all song that remembering us to Allah.. Bad song: Jiwang karat song n sewaktu dengannye..Eventhough lagu arab sekali pun, memang la dia guna bahase arab, dengar cam baik kan??Tapi, certain2 song cam lagu Arm diab tu tak elok sebab dia mengagungkan cinta manusia..So, its up to you la nak diiferentiate lagu baik n lagu yang x baik..kalo nak elobarate pasal lagu memang tak habis..tengok la kalo rajin aku buat pasal entry pasal lagu..How words can affects our body n mind..Insya-Allah..

p/s:Gives Thanks to Allah..=)


Friday, June 18, 2010

Understanding Islam: It is compulsory and I'm not from religious school

Assalamualaikum....

Dah lame tak menulis ni..tetibe rasa janggal la pulak..Ok, ape yang korang paham tentang tajuk di atas?
first of all, understanding islam adalah subject atau pun course yang perlu di ambil oleh setiap student.kire macam subject pendidikan islam kat sekolah dulu-dulu la..kat semua uni pon adekan subjek yang berkaitan ngan rohani dan jasmani,code untuk subject tersebut adalah FIM1113 kalo x silap(kalo silap maaf la ye). Erm.' It is compulsory' pula bermaksud "ia adalah suatu keperluan",another word means wajib la. I'm not from religion school pula bermaksud saya bukan dari sekolah agama.

Ceritanya macam ni, memandangkan semster ni adalah semester terakhir aku untuk foundation,aku ade 5 subjects mesti dicompletekan.One of the subjects is Understanding Islam, yang menariknye subject ni diajar oleh Ustazah Farhah,ustazah yang pakai niqab.First time masuk ktorang macam cuak jugak la..Beliau selalu suruh student tanya soalan, memandangkan kitorang ni jenis yang tak suka tanya soalan(termasuk la aku).
So,ustazah pon tanya soalan yang  membuatkan aku fikir banyak kali and terdsedar dari khalayalan.


Conversation between ustazah n students,
Ustazah: As you dun hav any question to ask me,I have question for you.   Why all of you have to take this course(Understanding islam)?

Student 1: To understand more about Islam..

Student 2: Because it is compulsory.

Student 3: Because it is compulsory and i'm not from religious school.

Majority of us answered "it is cumpulsory and I'm not from religious school" including me..hehe..
memang pendek akal betul..

Ustazah: Masya Allah. I know its requirement for you,but you know what,,why you have to take this course    because we are Muslim.All of us are muslim.Do you want if your freind, Ah Chong know better bout  your religion ?We should feel ashamed if non-muslim ask us about Islam and we can't give better  explaination about Islam.

Huhu..semua pon terdiam la time tuh..(speechless)..betul gak ape yang ustazah cakap,memang aku sangat2 setuju la dengan beliau..kalo nak ikutkan sekarang ni susah la nak cari org yang betul mempraktikkan Islam dengan betul..Islam secara Fitrah,sebab lahir-lahir je Islam ,nenek moyang kita Islam, sampai je kat generasi kita Islam dah semakin pudar dah..Hilang langsung.mana tak nye nama Salmah panggil Sally rambut pun dah karat..kan elok kalo Salmah tu di kekal kan,,Sedap-sedap parents kita bagi name,maksud pun baik..sudahnye di tukar lak konon urban la sangat..Sorry lah aku bukannye nak mengumpat ke ape, this is reality orang zaman sekarang..

            Okay,konklusinya ape yang aku nak cakap or nak beritahu kat sini, sebagai orang Islam kita kena ambil tahu dan perihatin tentang agama sendiri. Ilmu agama ni kalo nak dipelajari memang takkan habis.. Makin banyak kita belajar, sebenarnye makin banyak perkara yang kita tak tahu... Its not too late for us to change ourselves..Its better to be late than never and sometimes it is better to not to be late... So, sama-sama lah kita perbetulkan akidah dan iman kita demi Redha Allah.Insya Allah..wsaalam


P/s: Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Rahmah (nenek aku).. yang telah pergi  menemui Illahi pada 18 Jun 2010.Semoga Ruhnya di cucuri Rahmat..