Monday, November 29, 2010

Lagu kita : Jahat

Salam...
Dah lame tak jenguk2 blog ni..bersepah je aku tengok..
Cuti dua bulan di rumah apa pon tak buat melainkan online..
Dalam duk online tu tak update jugak blog ni..
Dah cuti dua bulan ni duk rumah je kao tak pon pegi tolong mama di kantin sekolah.

Selama dua bulan ni barulah boleh dengar radio..
Sebab kalo kat kolej tu tak dengar radio pon sebab earphone hilang..
Duk umah ni slalu gak dengar radio bilamana nak buat housechores..
Yelahkan hiburan semasa bekerja, kat rumah sapa pun takda..
jogetlah kat dapur sorang2..haha
Nak buat breakdance pon takda sapa nak larang..;p

Da lam duk dengar radio,tiba2 telinga ni tertangkap bunyi2 org duk cakap jahat2..haha
Pelik betul ek lagu2 sekarang ni..
Yang menjadi persoalan sangat kenapa pilih perkataan "Jahat" dalam banyak2 kosa kata yang kita ada?
hairan sungguhla..Bukankah perkatan jahat itu membawa maksud negative??? (tapi taktau la kalo sekarang maksud dia dah lain sebab aku dah lama tak masuk kelas BM)

Cuba fikir balik lapisan umur mana yang duk dengaq lagu ni??
Just imagine budak umo 3 or 4 tahun pon dah pandai nyanyi lagu tuh. disebabkan muziknye yang catchy..
Aku bukan la sorang insan seni yang pandai nak komen hal2 berkaitan dgn seni..
Aku orang biasa je, takda ilmu tentang tu pon..
Cuma bila dengar sekali memang tak sedap la telinga den ni dongar..
Perkataan boleh mempengaruhi perlakuan seseorang..
Imagine la tiap2 hari dok cakap jahat2..
Esok besaq jadi macam tu tak tau la kan..Wallahu'alam..

Word can affect our body kalo you all nak tau..
Our body kan 65-90% made up of water...Kalo nk explain secara scientific aku tak pandai la
sebab bukan bidang aku pon..Just general knowledge..
Water molecule boleh berubah mengikut environment..Benda ni aku dengar time Statistic pnya lecture..

WATER CRYSTAL
Time mase kat foundation dulu la Madam Rahimah selalu cerita pasal water molucule 
yang boleh berbentuk seperti crystal yang cantik..Mesti semua pernah dengarkan?
Saintis membuat kajian mengenai molucule water ..

     
a water crystal formed by saying a prayer of gratitude to the water.                   
water crystal that hears someone say Hitler to it.                
water structure formed amid heavy metal music                 
Ni la antara hasil kajian saintis yang bernama Dr Masaru Emoto...
Cuba bayangkan macm mana molecule water  boleh berubahh..
Sekarang ni aku duk bayang water structure dalam badan aku bila dengar lagu heavy metal..haha
dan satu perkara lagi yang Madam Rahimah cakap yang aku ingat.." jangan terkejut la bila air laut pun boleh marah sebab manusia"..huhu
Mana taknya hari2 duk tgk uda dan dara berasmaradana...
Fikir-Fikirkanlah...


p/s: bilamana Tsunami melanda ingat2 la post ni..Fikir dalam2..Wsalam

Sunday, October 3, 2010

Baru Ku Sedar

Salam...
Macam dah bersawang plak blog ni...
Busy sangat dengan exam plus raya..nak update pun malas..
Sudah beberapa hari berada di rumah..Cuti dah la dua bulan..Lama jugak tu kan..
Tak tau nak buat apa..So duk rumah jela...


Macam dah lama tak balik rumah.. Raya hari tu balik jugak tapi tak lama, tak sempat nak gi melawat member2 lama..
Petang semalam dapat call dari jiran sebelah rumah lama..Cik Ani namanya..
Anak beliau tu best friend aku..dah lame gak tak jumpa...
Okay, back to cerita Cik Ani..Cik Ani call sebab nak bagitau yang jiran kami Cik Ida dah tenat..
So, aku yang dah lama tak balik rumah terkejut jugak..Macam terbayang-bayang je wajah mak cik tu dengan uniform nurse dia.. Dulu2 masa kecik2 selalu jugak pi main kat rumah dia dengan anak2 dia.. Tu cerita enam tahun dulu.

Lepas dapat call tu terus aku bagitau Mama and Abah.. 
Memandangkan petang ni nak pegi beraya kat rumah sepupu... We all pegi hospital nak melawat Cik Ida..
Mase sampai kat kawasan hospital terkejut jugak sebab ramai sangat..
Ramai orang yang datang melawat maybe sebab weekend kot..
Masuk je wad perempuan memang ramai yang sakit..
Bila aku tengok Cik Ida sedang menderita terlentar di atas katil...
Baru aku sedar yang bila-bila masa je Allah boleh cabut nyawa kita..
Tak kira la kita ni muda ke tua, even kita sihat sekalipun..

Bila da melawat org sakit ni, sedikit sebanyak dapat beri keinsafan kepda kita yang sedang sihat..
Kepada Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali..


Friday, September 17, 2010

Update Raya~

Assalamualaikum...
Macam da lame tak update...
Memandangkan baru seminggu raya masih tak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Okay,
 entry kali ni bukan nak cakap pasal how i spent my raya or what..
Tapi kan aku ade something la nak luahkan denga apa yang aku tengok dan lihat..Lihat dan tengok bagaimana tu???? Mestilah dengan menggunakan kedua pancaindera anugerah Illahi..Cewah..

Raya tahun ni agak meriah la sebab semua saudara mara berkumpul.. Penuh jugak la rumah aku bila semua family dah berkumpul.. Dari yang veteran sampailah yang era cicit2 berkumpul.. Aku tak nak la cerita pasal veteran2..Tapi yang menarik perhatian aku ialah kanak2..adik2 yang kecil2 ni..

Bila aku tengok budak-budak, aku teringat zaman kanak-kanak aku..tapi aku takde la ingat semua benda..
Bila aku tengok budak-budak ni bukan main buas(nakal)..
Aku mule fikir, "macam tu ke aku muda2 dulu??"..
Setahu aku, xdela buas macam budak2 sekarang..
Kalo dulu, main diam2, bila pergi rumah orang mak suruh duduk diam2..
Tapi, budak2 sekarang aku sendiri tak paham..mak bapak sekarang macam tak pandai nak control anak..
Hyperactive sangat..nak marah takut parents dorang terasa..so, simpan jelah kn..

Aku suke budak2 tapi bile budak tu duk diam2 je..bile dah nakal rase nak cubit2 je.hehe..
tapi anak2 org,xkan nak kutei kalo anak sendiri lain la kan...
Point kat sini, aku nak cakap aku BAIK!!hehe..xdelah..
Point aku kat sini aku nak cakap yang, sebagai parents, kita mestilah didik anak2 kita dari dorang budak2 lagi..bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...
budak2 ni kalo kita cakap elok2 senang je dorang nak follow..
Masalah sekarang ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak-anak..
biaq ja apa anak depa nak buat...

So, konklusinya di sini...Every parents should be well prepared if they wanna be a good parents..Teringat aku tentang hadis Jibril a.s bila si pemuda bertanya kepada Rasulullah "Khabarkan kepadaku tanda-tanda hari kiamat", dan kemudian Rasulullah pun menjawab "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri........." and it was true. Kalau kita tengok sekarang pon ramai anak-anak durhaka sekarang ni..Lupa asal-usul, tak hormat parents dan sebagainya..Kat sini aku nak menyeru diri aku sendiri dan rakan-rakan supaya menjadi anak soleh dan solehah,,,,InsyaAllah...






p/s: "Apabila anak adam meninggal dunia maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh"





Friday, September 3, 2010

Ramadhan....Pemergianmu ditangisi..

BismillahirRahmanirRahim

Dalam sibuk menyiapkan assignment untuk minggu terakhir ni, sedar tak sedar makin hampir kita dengan bulan Syawal. Datangnya Syawal menyebabkan aku risau n sedih nak tinggalkan Ramadhan, bulan yang cukup diberkahi..Rasa macam semalam baru sahaja buat terawikh untuk malam pertama...Tapi sekarang dah pun 24 Ramadhan..Cepatkan masa berlalu..

Okay, memandangkan dah 24 hari kita berpuasa tinggal lagi 6 hari je lagi..Pasti ade yang sibuk2 nak buat kuih raye, siapkan langsir baru (bg mak2), dan sibuk nak kemas rumah..Nak raye la katekan..Tulah budaye or dah jadi amalan masyarakat melayu kite. Tapi bagi yang memahami erti keberkatan bulan Ramadhan. Time-time macam ni mereka sibuk mencari malam yang amat special yang tak boleh dapat pada malam-malam lain iaitu malam Lailatul Qadar. Semua org tahu ape itu malam Lailatul Qadar kan??Bagi yang tak tahu, aku nk bg serba sedikit info yang aku tahu...

Tanda-Tanda Lailatul Qadar
Diterangkan dalam semua hadis, antara tanda-tandanya ialah:
  • Udara pada malam itu amat nyaman dan tidak panas dan tidak terlalu sejuk
  • Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik
  • Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang menderang
Jom kita sama-sama semarakkan Ibadah Pada Akhir Ramadhan

- Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah (qiyam, tahjud, solat sunat taubat dan hajat)
- Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadat menghidupkan malam-malam tersubut (Kalau yang jauh di prerantauan tu kejut-kejutlah housemate, dormate ke, nak buat baik xkan sorang-sorang kan??)
- Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil
- Berusaha sungguh-sungguh aga dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampukan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"
- Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hri terakhir dalam bulan Ramadhan."
- Membayar zakat harta, zakat fitrah dan zakat pendapatan
- Memperbanyakkan sedeqah


So, ape lagi...jangan lepaskan peluang sepuluh malam terakhir..Kutip seberapa banyak pahala yang anda mahu..Jangan bertangguh untuk buat kebaikkan..Salam Ramadhan..=)


Sunday, August 22, 2010

kadang-kadang aku fikir;

BismillahiAr-RahmanirAr-Rahim
 


Kadang-kadang aku terfikir.....
Kenapa Allah ciptakan Jinn dan Manusia serta makhluk Allah yang lain ???

Allah hanya menciptakan jinn dan manusia adalah untuk menyembah Allah SWT sahaja.


Kadang-kadang aku terfikir.....
Kenapa aku perlu ke sekolah??????

Sekolah itu adalah tempat untuk menutut ilmu. Kita perlu ke sekolah untuk menutut ilmu..

Kadang-kadang aku terfikir.....
Kenapa aku perlu belajar Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Ekonomi, Perakaunan???

Aku kena belajar, supaya jadi orang yang pandai, hebat dan nanti bila besar leh jadi accountant, doctor, engineer dan lain-lain...........

Kadang-kadang aku terfikir.......
Kenapa perlu kerja besar-besar, jadi orang terkenal, berpangkat sedangkan bukankah semua manusia di sisi Allah adalah sama??cuma beriman atau tak je??

Kadang-kadang aku terfikir........
Kenapa aku perlu di beban dengan assignment yang tak pernah habis sehingga mengabaikan tugas aku sebagai seorang daie???

Kadang-kadang aku terfikir.....
Kenapa bila aku belajar Ekonomi, Perakaunan, Matematik, Komputer, tak ada satu pun nama Allah tercatat dalam buku teks tu??

Kadang-kadang aku terfikir.......
Kenapa aku akan rasa sedih bila aku gagal dalam peperiksaan????

Kegagalan dan kejayaan adalah ujian dari Allah untuk test kita sama ada kita bersyukur atau sebaliknya...

Kadang-kadang aku terfikir.......
Kenapa orang yang kaya makin kaya, orang yang miskin akan jadi lagi miskin?????

Ini semua kerja penjajah yang mewujudkan sistem pecah dan perintah, status menjadi keutamaan.


Banyak lagi perkara yang bermain difikiran..Kadang-kadang kita perlu berfikir tentang kehidupan di dunia yang sementara ini supaya kita sedar siapa diri kita sebenar. Umur kita bukan lah akan berkurangan, malah makin bertambah. Ingat, setiap setahun usia kita bertambah, maknanya makin dekat dengan kematian. Mengingat mati itu wajib supaya kita lebih tekun beribadat kepada Allah S.W.T. Janganlah kita mensia-siakan hidup kita dengan perkara yang la-gha.. Tinggalkan keseronokkan dunia, kerana di akhirat anda akan menangis.. Life is not a vacation, we are traveler in this world and again, Life in the Hearafter is our real Abode..

Saturday, August 14, 2010

Adakah aku yang melawan Arus??




-BismillahirRahmanirRahim-
Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana masih berkesempatan menjadi tematu Ramdhan pada tahun ini..
Sememangnya bulan Ramadhan amat dinantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia..Time ni la kita perlu lakukan amal ibadat yang lebih..tau x sebab apa kena lebih??Sebab di bulan Ramdhan nilah Allah tawarkan pahala yang berlipat ganda kepada setiap amalan yang kita lakukan sama ada amlan wajib mahupun amlan sunat..Kalo u all nak tau, amalan sunat yang kita lakukan Allah tawarkan pahalanya sama dengan pahala amalan wajib...So, apelagi jadilah orang yang tamak kumpul pahala..Bukan untuk orang lain, untuk diri kita jugak kan..=)


Enough for the Muqadimah..Lets now we move on with da main purpose of this post..tak tau a macam mana nak explain..

kalo dulu, aku sangat upTodate la pasal hiburan ni..korang cakap jela lagu ape yang korang dengar especially lagu barat..Aku akan khatam dari A sampai Z.. Semua lagi hanya di hujung "mulut"..
Tapi sekarang, if korang tanya aku apa2 lagu..aku dah tak tahu..Sorry guys..Bukan apa kadang-kadang lagu tu memang la best dengar, release tension "kononya" tapi kalo kita hayati balik lagu tu something wrong somewhere..Means that maksud lagu tu sendiri macam tak kena kan?Korang dengar n pikir la sendiri..

Tu satu part..Another part is sedih bila ada 'orang' yang cakap aku ni poyo. Sebab ape ye aku poyo? Mungkin da way i dress..Poyo ke kalo pakai tudung bidang besar?? (walaupun xla besar aku rase, besar sikit je dari dulu)....
Memang la dulu pakaian aku macam tuuttttt..Tapi please la respect bila orang nak start berubah ke arah kebaikan. Memang aku sedih la kalo ade orang cakap macam tu lagi-lagi kawan baik sendiri. Memang la dulu kalo nak ikut kan ''dia" lagi baik dari aku..kalo dulu aku pakai short sleeves 'dia' akan pakai long sleeve sekali stokin tangan plus stokin kaki..
tapi sekarang aku tak tau ape dah jadi.Its like macam aku yang melawan arus..Bile tengok member2 lama aku dulu yang like 'alim' type bile dah masuk dunia baru which mean "campus life" dorang totally dah berubah. Ada yang jadi lebih baik..Dan ade pula yang macam dah terumbang-ambing. Bila dengar cerita macam ni aku rasa amat sedih. At da same time aku amat bersykur kerana Allah campakkan aku ke dunia yang aku tak nak sangat sebelum ni..

Allah berfirman:

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah:126)



Kalo dulu aku rase kenapa la aku dapat uia sedangkan aku nak sangat masuk uitm. And dulu aku ingat kalau masuk uia kena la pakai tudung labuh, jadi baik-baik. Tak boleh cakap dengan laki pastu tak boleh la paki baju yang sendat-sendat dah. Tapi kalau pikir-pikir balik, Alhamdulillah la aku dapat tarbiyah di tempat yang betul. Aku dapat adapt dengan environment dia. and luckly aku tak salah pilih kawan. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan. Bila fikir balik, kalo aku masuk UiTM ape yang akan terjadi?? Wallahua'alam..

Aku nak berubah, bukan untuk orang lain..Untuk diri aku sendiri. Semua berlaku adalah kerana Allah, bukan untuk orang lain..Aku nak jadi skema, mengikut skema Allah dan Rasul..=)



pesanan untuk bulan Ramadahan:
Jangan tinggal sahur kerana ada keberkatan di dalamnya..

Friday, August 6, 2010

Bila aku malas~

Salam...
-Mood malas-
Maaf, last week aku tak update..
minggu ni terasa malas pulak sebab banyak aktiviti dan assingment tertangguh..
just nak share sket tuk renungan...

"Seangkuh & Sehebat mana pun kita...namun, ke Sejadah jua DAHI kita sujud..."

"Seindah & Semahal mana pakaiana kita... Secarik KAIN dan secebis KAPAS jua membaluti kita.."

"Sebesar & Seindah mana RUMAH kita.... Sekujur badan yang dalam GELITA jua tempat tinggal kita...."

"Seramai mana kawan kita & Sebanyak mana DUIT kita tetapi...Kita tetap KESEORANGAN...!!!"

Di sana, AMAL IBADAT jadi teman kita ...

"Secantik mana rupa kita... TULANG PUTIH jua yang akan tinggal..."

Hidup kat dunia ni memang best, macam2 ada..Memang seronok..Tapi kita mesti ingat RUMAH yang kekal bukan di dunia ni..Di Akhirat sana~..Wallahua'lam..