Monday, April 18, 2011

Hantu Kak Limah Punya Pasai

Assalamualaikum.Salam Sejahtera untuk ada semua.


Alhamdulillah, final exam dah habis, so sekarang tengah cuti sem 3 minggu dan ahad pagi baru sampai rumah. Apa plan cuti nih? Bagi aku cuti sem ni sangat singkat, so kena lah menghabiskan sebaik mungkin. Habih exam je hari tu terdengar lah suara-suara sumbang dari senior bilik aku yang cerita, katanya member2 depa pi buat maraton 3 movie dekat GSC sana. Bagi aku yang bukan lah peminat movie ni, rasa cam membazir je. haha. tapi lain orang lain pandang lah.

Aku akui memang aku jarang sangat-sangat tengok movie or filem. Kalau duk rumah pun aku selalu layan channel Hallmark@Diva ja. Sebab movie2 kat sana, lebih kpada kehidupan. Sangat berisi dan bermotivasi compare to drama2 swasta Malaysia. Aku nak cakap pasal drama swasta, tapi aku nak cakap pasal Filem " Hantu Kak Limah balik rumah". Sorry aku memang agak ketinggalan, berbulan-bulan jugak movie ni ada dalam drive aku tapi tak tertengok pun. Fenomena HKLBR ni memang dasyat kan sampai dekat FB pun berjangkit-jangkit. Aku pun naik heran awat orang suka sangat. Yang Along aku pon dok cakap yang dia dah tgk ulang sampai 8 kali. Wah, apa yang best sangat tu? SO, semalam adik aku ajak tengok la.


Pastu aku pon tengok lah, sampai tertidur aku dibuatnya. Bukan cerita ni tak best. Tapi entah la apa yang seronok sangat aku pon tak tau. Apa yang aku nak highlight kat sini pengajaran yang akudapat dalam cerita ni. Firstly, kita sebagai manusia, lagi2 sebagai seorang muslim, kenalah amik taw hal2 jiran tertangga. Bukan nak jaga tepi kain orang, tapi ambil berat lah sesama jirann kita. Secondly, jangan percaya hantu! Nilah dia kan orang kita, sikit2 hantu. Percaya benda-benda tahyul lagi karut. Percaya hantu sampai kita lupa yang Allah bersama kita. Aku jugak heran kenapa filem kita banyak cerita hantu. Adakah dengan cerita hantu boleh buat masyarakat maju ataupun boleh bagi kita insaf?? Makin tak faham. ahaih. Cuba fikir, adik2 kita yang kecik tu takut nak pi toilet sebab takut hantu. Kecik2 lagi fikiran dah di cemar.

Aku berharap sangat kalau lah ada producer filem yang boleh kluarkan filem yang bermoral sikit dari hantu. Cerita hantu kak limah ni bukan tak bermoral. Ada moralnya. Tapi kalau iman kita kuat,kita dapat lihat dari segi persektif yang berbeza. Bukanlah dialog-dialog yang ' best' tu menjadi ikutan. Tapi nilai-nilai yang cuba disampaikan oleh script writer mesti tersemat di minda kita. Gelak bagai nak rak, tapi satu benda pon tak dapat tak cukup berfaedah la. Sambil2 berhibur, pastikan something beneficial yang kita dapat.



ps: Menonton dengan minda yang terbuka

Friday, April 8, 2011

Cakap pasal RIba' Lagi!

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah sebab still lagi diberi peluang oleh Allah menunaikan solat Subuh dan menghirup udara yang segar lagi nyaman. Dalam usaha tak mau lena balik lepas subuh, so aku decide nak update blog ini.


Alhamdulillah baru je lepas dua paper untuk final exam, ada 4 paper lagi menanti minggu hadapan. Ok, enough bout study. Kalau ampa tengok la kan, kenapa dunia kita ni kurang aman? Maksud aku banyak penjayah, penyamun, penyagak, rasuah sana sini, perompak, pemintak sedekah. Erkkk, pemintak sedekah pun penyamun ke? Eh, bukan. Mereka itu mangsa. Dan banyak lagi penjenayah dalam dunia ni. Yang anak sanggup bunuh ibu sendiri, sanggup bunuh bapa sindiri, sanggup pukul atok yang x berupaya, memakan harta anak yatim. Semuanya seebab apa?? Sebab duit semata-mata. Hanya untuk helaian-helaian kertas yang sebenarnya tak da nilai pun! Ampa semua sanggup ka tengok penumpahan darah di sebab kan hanya kerana duit kertas yang dicipta out of nothing? Seseungguhnya kita tertipu.! Aku bukan nak provoke, just nak bagi taw hakikat dia. But stiill aku juga masih menggunakan duit kertas yang sebenarnya tak dak nilai pun.


Ihsan daripada Google


Bertapa senangnya lah Bank Negara tu cetak duit kan. Kita duk bertungkus lumus kerja, perah keringat semua tenaga, last2 gaji masuk dengan menggunkan duit yang senang2 dicetak oleh bank. I'm still wonder how they do this. Well, aku pun masih cetek lagi ilmu berkenaan fiat money ni. Still dalam proses pembelajaran. Nak belajar balik syariah berkenaan muamalat dan tak lupa juga sistem kenvensional yang ternyata membebankan.


Okay, aku masih lagi mood exam ni. Hehe. Aku sebenarnya nak cerita sikit sebab apa Allah haram kan Riba'. Soalan ni ada dalam syllybus. But sadly, tak masuk dalam exam paper pun. Tapi tak pa, aku just nak share ja apa yang aku paham. Tajuk dia Effect on Riba'. Tapi aku dengan sukanya nak panggil 'Domino Effect of Riba'" Sebab effectnya bukan kena kat sorang, tapi terbawak-bawak sampai effect orang sekeliling. Tak ke kesian tu?


Google



Cerita Domino Effect of Riba' ni mula dia macam ni. Ada la seorang pak cik ni, nak pinjam duit untuk kegunaan harian. Okay, pak cik ni pun p pinjam kat Mr. X. Mr. X ni seorang Entreprenuer yang kaya raya, banyak asset tapi sungguh pun begitu dia takdak la sampai nak bukak Bank. So, Mr. X yang pemurah sangat ni pi la bagi pinjam kat pak cik tadi RM 500 untuk pak cik tadi guna beli barang keperluan. Akan tetapi, sebagai pulangan, pak cik tadi kena la bayar kat Mr.X RM 600 dalam jangka masa yang ditentukan. Ni yang aku pelik ni, awat pinjam RM 500 kena bayaq balik RM 600? Patutnya pinjam RM 500 bayaq pun dengan harga yang sama lah. Alasan yang diberikan adalah, harga barang semakin hari semakin naik, RM 500 hari ni tak sama dengan RM 500 tahun depan. So, pak cik kena bayar lah lebih!


Pak cik tadi pun amik duit tuk p beli barang2 dapur nak bagi anak bini makan, nak buat macam mana, gaji dia sikit tak mampu nak tanggung 10 orang anak kat rumah tu. Hari-hari makan nasi dengan air masak je. (aduih, sedih aku dengaq) Excess RM100 tu kita consider as riba' atau nama lainnya Interest ataupun nama arabnya Riba' al-Fadl. Berbalik kepada MR.X tadi, dia tak payah la nak buat business or pelaburan sebab, dengan senangnya RM 100 dalam tangan, tak perlu nak p susah-susah carik duit. Ambil untung dari pinjam barang pun dah cukup. So, automatically dia tak buat business dah. Sebabnya kalau nak melabur kena tanggung risiko, tapi kalau bagi pinjam duit dekat orang dengan 'charge' lebih, tak yah la nak tanggung risiko kan? betul tak? So, risiko ni berpindah milik ke pak cik, si peminjam tadi. Dia kena pastikan hutangnya dilangsaikan dalam masa tertentu.


Effect riba' juga bukan kepada orang saja, tetapi kepada ekonomi negara. Macam mana tu? Kita tengok orang kaya tadi dah tak buat business dan tak melabur, bila dia tak menjalankan aktiviti tersebut, secara tak langsung, dia telah mengurangkan produktivity negara. Sumbangan untuk ekonomi negara makin berkurangan sebab mereka lebih fokus untuk mendapatkan duit hasil Riba'. Makin kaya lah depa kan. Duit dapat balik. Yang pak cik tadi membanting tulang, pastu kena bajet la nak bayar hutang, yang selalu belanja pun tak cukup, nak korek mana pulak nak bayar hutang ni!! Takkan nak p pinjam lagi? Sebab tu la wujudnya istilah yang makin miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya raya! Semua ni sebab Riba' dan system mereka la. Sekali lagi aku ulang, bukan nak provoke, just need you to think a lil bit 'bout this matter.


Efek Riba' ini juga, menyebabkan eksploitasi dan kemiskinan (poverty). Selain itu, permusuhan antara orang atas dengan bawahan pun boleh berlaku seterusnya menyebabkan krisis ekonomi dan masalah sosial. Masalah sosial yang banyak berlaku seperti merompak, mencuri, menyamun, meragut dan sewaktu dengannya. Bukan nak cakap masalah ni timbul totally disebabkan Riba tapi mostly yang berlaku sebab duit, sebab hutang dan sebagainya. Sebab tu la Allah mengharamkan Riba' sebab Allah sayangkan kita, tak maw beban kan kita. So, sebagai seruan, marilah mengaji! Menuntut ilmu, mengkaji tapi bukan metafsir dengan kepala lutut.It Sounds harsh isn't it? Tapi betul la, memang kita kekurangan ilmuan. Its easy to said than done! Cakap berkepul-kepul pun tak guna selagi kaki, tangan kita tak gerak. Sama jugalah seorang nak lawan majority. Nak mengubah benda-benda macam ni bukan boleh seorang saja yang nak ubah, tapi kita semua kenalah bersatu. 

sumber: Buku teks Fiqh

p/s: Islam itu sempurna. Every single things that Allah prohibits, there are wisdoms behind there. Learn with eyes, mind and heart open!




Thursday, March 31, 2011

Aku hanya orang biasa.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.

Dalam kesibukkan dan kekalutan untuk menghadapi final exam, tak menghalang aku nak mengupdate blog.
Time tak busy tak nak update, time2 busy ni la tangan ni gatai nk update.

Tak mau bnyak merapu. Ini entry yang serius. Aku sebenaqnya lama dah dok perhati dan memikir. Tapi hari ni aku memang betul-betul nak spill. Sebabnya aku baru khatam buku Fiqh for economist. Apa yang buat aku betul-betul tersentuh (bukan terharu na) topic pasal Riba'. Semua orang tahu yang Allah haramkan RIBA'.

Baru aku sedaq yang selama ni aku hidup semua base on Riba'. Jangan lah cakap kalau anda2 semua tak terlibat dengan Riba. Di sebabkan ekonomi kita ni tak base on Islamic, jadinya kita punya sistem ekonomi sekarang base on Riba'. Percaya atau tidak anda mesti percaya!

Apa beza Islamic economy dengan Riba' base economy? Pertama sekali, kalau dalam ekonomi islam, kita tukar duit dengan barang. Contohnya kita nak beli barang tu, kita bayar guna duit kan? Tapi kalau dalam sistem ekonomi riba ni, kita tukar duit untuk dapatkan duit kemudian. Paham x? Kalau tak paham kita tengok ciri-ciri yang kedua pulak. Yang keduanya, dalam ekonomi islam ni nak wujudkan society ke arah pelabur dan usahawan yang berjaya. Akan tetapi, dalam ekonomi berasakan riba, ia hanya mencipta society penghutang dan pemuitang.Tengok lah sekarang berapa ramai penghutang yang nak lari dari bayar hutang?

Thirdly, kalau dalam islamic economy system, kita salurkan dana untuk aset yang sebenar tetapi riba' base economy ni berasasakan duit tiruan @ fiat money. Alah, duit kertas yang kita guna sekarang. Tu lah fiat money nya. Duit kertas yang dicetak. Bila adanya inflasi, duit yang kita ada seperti tak bernilai. Kuasa membeli kita pun berkurang.

REMAJA KITA SEKARANG


Bila aku baca pasal ni for the purpose of exam saja tak cukup. Aku rasa dah menjadi tanggungjawab aku untuk merubah dunia (wah, besaq cita2 ang mira). Angan-angan saja tak cukup okay, kena ada usaha. Bila-fikir-fikir balik aku agak kesal dengan sikap segelintir remaja, pemuda dan pemudi. Aku jarang berblogging tapi aku kadang-kadang bukak jugak la and looking for new entry. Mostly apa yang aku perhatikan entry-entry dorang memang takda faedah. Memang la bak kata hotfm, berblog ni ada freedom of speech tapi kan kadang-kadang ayat yang depa guna tu tak bijak lansung plus tak mencerminkan adab dan budaya ketimuran.


Lagi satu, aku rasa ni bukan lah masa nak cerita hal peribadi semata-mata sebab kita ada lagi tanggungjawab kat luaq sana tu. Tanggungjawab yang lagi berat sebagai future leader. Kebanyakkan blogger yang aku nampak kan nak famous je lebih. maksud aku entry takdelah best setakat duk camwhore kat depan webcam then wat pose cute sikit traffic naik lak. mesti owner of that blog tu senyum sampai ke telinga. lagi satu yang jadi trend sekarang blogger yang suka buat tutorial kat belog dia. Bukan tak boleh, boleh saja. Tapi kalau semua duk pakat sibuk nak buat tutorial. Pantang orang puji sikit, berjela-jela la episod tutorial dia yang tak sudah. 


Ini bukan entry nak mengutuk ke apa, kebanyakkan orang dah taksub sangat dengan akitivity berblogging ni sampai tak tau apa jadi kat luaq sana. Dah jadi tak perihatin dengan apa yang berlaku dalam negara. Mengabaikan solat. Aurat tak jaga. Perkataan pun tak jaga. Sedarlah, sekarang kita tak boleh lagi nak main-main. Please take things seriously. Perihatin sikit dengan keadaan semasa. Perihatin dengan apa yang terjadi kat luar sana terutama nasib saudara Islam kita.


*jadilah umat yang perihatin

Tuesday, January 18, 2011

MPS-Marginal Propensity to Save

Salamala'laik..
Hai2 semua..
Baru hari ni ada sedikit kelapangan Allah berikan aku untuk post new entry. Sementara menunggu kelas Business Math pukul 2 petang satgi.
Dalam perjalanan nak balik mahallah, ondaway nak pegi cafeteria, tiba-tiba aku terfikir pasal makan?
Pelik bukan?haha. Sebenarnya aku terfikir macam mana orang yang tak mampu nak mampu maksudnya di sini takde duit nak beli makanan. Even sebutir beras sekalipun.

Bila aku tengok sisa-sisa makanan yang tak habis kat atas meja tu* aku rasa sebak. ;'(
Orang lain punyalah susah nak dapat makanan tapi dorang boleh pulakkan tak habiskan makanan tu. Kalo ye pun tak sedap or dah kenyang, try jugakla habiskan. Kalo aku member kepada si pemakan yang tak habis tu* nak je aku beletiaq.haha. Tapi apakan daya takkan nak sound direct kot, lagipun tak kenal. Kalau dulu aku selalu ingatkan a.k.a beletiaq kat roomate aku kalo ada yang makan tak habis. Mayb dorang tak rasa macam mana susahnya nak dapatkan duit.



Membazir tukan amalan syaitan. So, janganlah suka membazir. Baik dari segi apa pun. 
Mesti korang peranah dengar kan "Orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin" or in other word, "The rich become richer and the poor become poorer". Ni semua benda yang dicipta oleh org barat sendiri. Konsep ekonomi barat iaitu kapitalist yang mewujudkan jurang perbezaan kuasa ekonomi antara kaum yang mana mereka mengamalkan "private ownership". yang kaya jelah dapat ownership yang miskin hanya jadi pekrja bawahan. Tengok sajalah ekonomi di Malaysia.

Aku baru teringat ada satu formula ekonomi yang aku belajar iaitu Marginal Propensity to Save. Dalam bahasa melayu aku tak tau la, tapi try google translate la.;D Untuk golongan yang miskin MPS dorang adalah satu.Nak tau mcm mna ia jadi satu?Cuba bayangkan, kalo orang yang sudah kaya, dapat extra income RM100, so mestilah dorng tak gunakan duit tu, malah dorang akan simpan semua lebihan pendapatan mereka di bank. So, makin kayalah kan?

Bagaimana pula dengan yang miskin??Marginal propensity meraka sama dengan 0.Yup kosong. Sebagai contoh, mereka yang tak mampu ni dapat lebihan pendapatn RM100, sudah semestinya la mereka menggunakan keseluruhan duit RM100 tu untuk membeli barang keperluan. So, takdapat nak simpan sebabtu la MPS=0

Jadi, nak habaq kat sini, memang yang kaya akan bertambah kaya akan tetapi bg yang miskin akan tidak cukup sentiasa. Wlaubagaimanapun, sebagai umat Islam, kita hendaklah bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan. rezeki tu semua dari Allah. Dan kepada yang mewah, jangan lupa kepada yang miskin, sesungguhnya sedekah,zakat adalah ibadah yang dapat menyucikan diri dan dosa-dosa kita. Semoga Allah Redha dengan apa yang kita lakukan. Wallahua'lam.

p/s: Syukur, selesai gak satu entry. Nak gi kelas..=)

Monday, November 29, 2010

Lagu kita : Jahat

Salam...
Dah lame tak jenguk2 blog ni..bersepah je aku tengok..
Cuti dua bulan di rumah apa pon tak buat melainkan online..
Dalam duk online tu tak update jugak blog ni..
Dah cuti dua bulan ni duk rumah je kao tak pon pegi tolong mama di kantin sekolah.

Selama dua bulan ni barulah boleh dengar radio..
Sebab kalo kat kolej tu tak dengar radio pon sebab earphone hilang..
Duk umah ni slalu gak dengar radio bilamana nak buat housechores..
Yelahkan hiburan semasa bekerja, kat rumah sapa pun takda..
jogetlah kat dapur sorang2..haha
Nak buat breakdance pon takda sapa nak larang..;p

Da lam duk dengar radio,tiba2 telinga ni tertangkap bunyi2 org duk cakap jahat2..haha
Pelik betul ek lagu2 sekarang ni..
Yang menjadi persoalan sangat kenapa pilih perkataan "Jahat" dalam banyak2 kosa kata yang kita ada?
hairan sungguhla..Bukankah perkatan jahat itu membawa maksud negative??? (tapi taktau la kalo sekarang maksud dia dah lain sebab aku dah lama tak masuk kelas BM)

Cuba fikir balik lapisan umur mana yang duk dengaq lagu ni??
Just imagine budak umo 3 or 4 tahun pon dah pandai nyanyi lagu tuh. disebabkan muziknye yang catchy..
Aku bukan la sorang insan seni yang pandai nak komen hal2 berkaitan dgn seni..
Aku orang biasa je, takda ilmu tentang tu pon..
Cuma bila dengar sekali memang tak sedap la telinga den ni dongar..
Perkataan boleh mempengaruhi perlakuan seseorang..
Imagine la tiap2 hari dok cakap jahat2..
Esok besaq jadi macam tu tak tau la kan..Wallahu'alam..

Word can affect our body kalo you all nak tau..
Our body kan 65-90% made up of water...Kalo nk explain secara scientific aku tak pandai la
sebab bukan bidang aku pon..Just general knowledge..
Water molecule boleh berubah mengikut environment..Benda ni aku dengar time Statistic pnya lecture..

WATER CRYSTAL
Time mase kat foundation dulu la Madam Rahimah selalu cerita pasal water molucule 
yang boleh berbentuk seperti crystal yang cantik..Mesti semua pernah dengarkan?
Saintis membuat kajian mengenai molucule water ..

     
a water crystal formed by saying a prayer of gratitude to the water.                   
water crystal that hears someone say Hitler to it.                
water structure formed amid heavy metal music                 
Ni la antara hasil kajian saintis yang bernama Dr Masaru Emoto...
Cuba bayangkan macm mana molecule water  boleh berubahh..
Sekarang ni aku duk bayang water structure dalam badan aku bila dengar lagu heavy metal..haha
dan satu perkara lagi yang Madam Rahimah cakap yang aku ingat.." jangan terkejut la bila air laut pun boleh marah sebab manusia"..huhu
Mana taknya hari2 duk tgk uda dan dara berasmaradana...
Fikir-Fikirkanlah...


p/s: bilamana Tsunami melanda ingat2 la post ni..Fikir dalam2..Wsalam

Sunday, October 3, 2010

Baru Ku Sedar

Salam...
Macam dah bersawang plak blog ni...
Busy sangat dengan exam plus raya..nak update pun malas..
Sudah beberapa hari berada di rumah..Cuti dah la dua bulan..Lama jugak tu kan..
Tak tau nak buat apa..So duk rumah jela...


Macam dah lama tak balik rumah.. Raya hari tu balik jugak tapi tak lama, tak sempat nak gi melawat member2 lama..
Petang semalam dapat call dari jiran sebelah rumah lama..Cik Ani namanya..
Anak beliau tu best friend aku..dah lame gak tak jumpa...
Okay, back to cerita Cik Ani..Cik Ani call sebab nak bagitau yang jiran kami Cik Ida dah tenat..
So, aku yang dah lama tak balik rumah terkejut jugak..Macam terbayang-bayang je wajah mak cik tu dengan uniform nurse dia.. Dulu2 masa kecik2 selalu jugak pi main kat rumah dia dengan anak2 dia.. Tu cerita enam tahun dulu.

Lepas dapat call tu terus aku bagitau Mama and Abah.. 
Memandangkan petang ni nak pegi beraya kat rumah sepupu... We all pegi hospital nak melawat Cik Ida..
Mase sampai kat kawasan hospital terkejut jugak sebab ramai sangat..
Ramai orang yang datang melawat maybe sebab weekend kot..
Masuk je wad perempuan memang ramai yang sakit..
Bila aku tengok Cik Ida sedang menderita terlentar di atas katil...
Baru aku sedar yang bila-bila masa je Allah boleh cabut nyawa kita..
Tak kira la kita ni muda ke tua, even kita sihat sekalipun..

Bila da melawat org sakit ni, sedikit sebanyak dapat beri keinsafan kepda kita yang sedang sihat..
Kepada Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali..


Friday, September 17, 2010

Update Raya~

Assalamualaikum...
Macam da lame tak update...
Memandangkan baru seminggu raya masih tak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Okay,
 entry kali ni bukan nak cakap pasal how i spent my raya or what..
Tapi kan aku ade something la nak luahkan denga apa yang aku tengok dan lihat..Lihat dan tengok bagaimana tu???? Mestilah dengan menggunakan kedua pancaindera anugerah Illahi..Cewah..

Raya tahun ni agak meriah la sebab semua saudara mara berkumpul.. Penuh jugak la rumah aku bila semua family dah berkumpul.. Dari yang veteran sampailah yang era cicit2 berkumpul.. Aku tak nak la cerita pasal veteran2..Tapi yang menarik perhatian aku ialah kanak2..adik2 yang kecil2 ni..

Bila aku tengok budak-budak, aku teringat zaman kanak-kanak aku..tapi aku takde la ingat semua benda..
Bila aku tengok budak-budak ni bukan main buas(nakal)..
Aku mule fikir, "macam tu ke aku muda2 dulu??"..
Setahu aku, xdela buas macam budak2 sekarang..
Kalo dulu, main diam2, bila pergi rumah orang mak suruh duduk diam2..
Tapi, budak2 sekarang aku sendiri tak paham..mak bapak sekarang macam tak pandai nak control anak..
Hyperactive sangat..nak marah takut parents dorang terasa..so, simpan jelah kn..

Aku suke budak2 tapi bile budak tu duk diam2 je..bile dah nakal rase nak cubit2 je.hehe..
tapi anak2 org,xkan nak kutei kalo anak sendiri lain la kan...
Point kat sini, aku nak cakap aku BAIK!!hehe..xdelah..
Point aku kat sini aku nak cakap yang, sebagai parents, kita mestilah didik anak2 kita dari dorang budak2 lagi..bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...
budak2 ni kalo kita cakap elok2 senang je dorang nak follow..
Masalah sekarang ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak-anak..
biaq ja apa anak depa nak buat...

So, konklusinya di sini...Every parents should be well prepared if they wanna be a good parents..Teringat aku tentang hadis Jibril a.s bila si pemuda bertanya kepada Rasulullah "Khabarkan kepadaku tanda-tanda hari kiamat", dan kemudian Rasulullah pun menjawab "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri........." and it was true. Kalau kita tengok sekarang pon ramai anak-anak durhaka sekarang ni..Lupa asal-usul, tak hormat parents dan sebagainya..Kat sini aku nak menyeru diri aku sendiri dan rakan-rakan supaya menjadi anak soleh dan solehah,,,,InsyaAllah...






p/s: "Apabila anak adam meninggal dunia maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh"