Sunday, July 3, 2011

Duhai Pendampingku



Duhai Pendampingku


Dengan Nama Allah, Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah.

Assalamualaikum semua.







Sejak dua menjak ni aku memang selalu duk replay lagu-lagu nyanyian EdCoustic. Memang best dan sangat menyentuh perasaan. Well, aku kalau dengar lagu, biarlah liriknya menepati citarasa aku. Dengan kata lain, bila dengar lagu tu, membuat jiwa aku terusik dan insaf. Ewah, bukan main jiwang lagi kau ya Mira.

Okay, hari ni aku nak share sebuah lagu yang berjudul “Duhai Pendampingku” nyanyian EdCoustic. Mari kita hayati bait-bait liriknya


Di matamu tersimpan cinta yang suci
Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
Meski kau terbiasa hidup tanpa perih

Namun kau ikhlas hidup bersahaja
Namun bahagia

 
Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
Buat aku makin cinta
Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
Bahagia sampai ke surga

Maafkan aku jika tak bisa sempurna
Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
Ketulusan hatimu anugerah hidupku
Doakan langkah kita tak berpisah
Untuk selamanya

Sampai ke surga....


Aku dah highlight some verse yang aku rasa agak bermakna. Kalau kita lihat tajuk dia pun kita dah tahu kan, lagu ni pasal sepasang suami isteri. ‘Pendamping’ adalah peneman hidup kita. Means pasangan hidup kita. Aku tak nikah lagi, so aku tak ada pengalaman dengan pendamping ku. Hehe. Tapi berdasarkan pemerhatian dan pembacaan, aku dapat bayangkan suka dan duka hidup berumah tangga.

Sometimes, keretakkan rumah tangga selalu terjadi apabila perkahwinan yang berbeza derajat. Alah, macam cerita antara dua darjat tu. Orang cakap cinta itu buta. Seorang anak puteri raja sanggup menggahwini si kerani cabuk disebabkan cinta. Akan tetapi, bila dah nikah n kahwin lain pulak jadinya. Bila dah busan hari-hari makan nasik dengan ikan kering, si anak puteri raja sudah tidak tahan lagi, dan akhirnya mereka mengambil kata putus untuk bercerai. Ini bukanlah cerita dongeng semata, tetapi reality kehidupan.

Aku takmau jadi macam anak puteri raja tu. Walaupun aku ni bukanlah anak orang kayo, tapi aku tak kisah berkahwin dengan lelaki yang kaya. Eh, bukan. Aku tak kisah kalau jodoh aku tu lelaki biasa-biasa. Aku nak jadi seperti isteri dalam lagu ni. 

Meskipun kau terbiasa hidup tanpa perih, namun kau ikhlas hidup bersahaja, namun bahagia. Walaupun aku tak pernah hidup susah, aku mesti ikhlas hidup dengan bakal suami ku walaupun bakal suami aku tu bukan anak raja or anak dato’. Ya, aku patut terima segala kekurangan yang dia ada. Bila kita dah decide nak nikah dengan lelaki itu, kita kena terima dia dengan seadanya. Terima dia kerana Allah. Cinta dia kerana Allah. Kita kena yakin, Allah dah aturkan jodoh yang terbaik untuk kita =) Aku harap keikhlasan aku ni dapat membahagiakan hidup kami. Cewah. Hehe.

Lagi satu sebab kenapa keruntuhan rumah tangga boleh berlaku sebab akhlak seorang isteri juga. Bukan nak salahkan para isteri.  akhlakmu permata bagiku, buat aku makin cinta’. Betul, wanita memainkan peranan dalam sesebuah keluarga. Seorang isteri harus menjaga maruah suaminya dengan berakhlak mulia. Sebab akhlak seorang isteri adalah permata bagi suami. Bilamana isteri tidak menjaga maruah suami ketika ketiadaan suami seperti membuka aib suami dekat ahli keluaraga yang lain, menyebabkan kesucian sebuah rumah tangga itu tercemar. Bila rumah tangga dah tiada kebeberkatan, akhirnya berakhir dengan penceraian.

Aku harap aku dapat menjadi isteri yang berakhlak mulia. Mengembirakan suami ketika bersama dan menjaga maruah suami apabila dia pergi outstation. Aku ingin hidup kami diberkahi Allah. Ameen. 

Seterusnya, Maafkan aku jika tak bisa sempurna, Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga, Ketulusan hatimu anugerah hidupku. Bait-bait ini sangat menyentuh tangkai hatiku. Dalam lagu ni si suami minta maaf dekat isterinya sebab dia tak boleh jadi apa yang isterinya mahu sebab dia bukan lelaki yang turun dari syurga.

Manusia mana yang sempurna? Betul tak? Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Dalam hidup berpasangan mesti ada give and take. Terima segala kekurangannya. Kalau dia ada buat salah ke which something yang kita tak suka jangan mudah melenting. Perbetulkan keadaan dengan berbincang dan berkomunikasi. Seorang isteri memang akan bertindak mengikut emosi. 

Aku teringat pulak kisah suami isteri yang bercerai disebabkan ubat gigi. Si isteri memang pantang kalau guna ubat gigi picit merata. Sebab ada setengah orang picit ubat gigi dari bawah. Bila dah tak tahan dengan habit si suami, isteri minta cerai dan mereka bercerai. Lawak bukan?

Aku juga berharap dapat menjadi seorang isteri yang taat kepada suami. Aku terima apa pun kekurangan yang dia ada. Dan kelebihan yang ada padanya aku take as advantage. Aku tak kisah kalau bakal suami tak pandai masak. Aku betul-betul tak kisah kalau dia goreng donut pun hangit :p Tapi aku tak leh terima kalau dia tak pandai jerang air. Eh, cakap boleh terima semua? Hehe. Yelah, takkan jerang air pun tak pandai?

Pokok pangkalnya semua terserah kepada diri sendiri. Allah dah beri kita kebebasan untuk memilih. Cuma terserah kepada kita nak yang baik ataupun kurang baik. Sentiasalah berfikiran positif walau apa pun dugaan yang datang. Sebab semua yang datang dari Allah adalah baik-baik belaka. Sehingga berjumpa lagi.

Bahagia sampai ke syurga



Ps: Ada sesiapa yang mahu menjadi pendampingku tak? *rolling eye* heeh

Saturday, July 2, 2011

Bagai Aur DenganTebing


Dengan nama Allah, Yang Maha Penyayang, lagi Maha Pemurah.


Kuliyyah of Architechture and Environmental Design



Fitrah manusia itu sama. Bila saja kita dilahirkan, kita dalam keadaan fitrah. Fitrah kita iaitu suci. Sebab tu lah orang selalu cakap bayi itu umpama kain putih yang suci. Bayi juga suci dari segala dosa. Sebab tu jugak orang cakap bayi yang baru lahir kalo dia meninggal dunia selepas saja dilahirkan, dia akan terus masuk syurga sebab keadaannya yang suci dari dosa. Begitulah fitrah manusia.

Hari ni bukan aku nak cakap detail pasal fitrah. Sebenarnya tadi aku baru sahaja selesai menjawab soalan peperiksaan akhir untuk semester ini. (bagus tak bahasa melayu aku) hehe. Alhamdulillah. Tak mahu bercakap detail pasal peperiksaan ni, aku hanya mampu berdoa supaya lulus dengan jayanya. Ameen.

Erm, back to the topic. Eh terlepas omputih pulak, lepas saja keluar dari exam hall, aku bersama sahabat aku Nasuha dan Adibah bercadang untuk ke Kulliyah of Architecture and Environment Design which also known as KAED among the IIUM students.

Ni first time la aku ke sana memandangkan aku jakun dan tak pernah ke sana so, aku follow la depa. Luckly time tu memang ada exhibition dekat KAED Gallery. Exhibition apa, aku pun tak tahu sangat tapi berdasarkan pemerhatian, terdapat banyak lakaran berkenaan masjid. Masjid di Malaysia dan juga luar Malaysia. Untung jugak ek student KAED ni melancong sambil belajar di Indonesia, Iran dan juga Bangladesh. Kalau tak silap aku ada 4 buah replika masjid yang dipertonton umum.

Aku memerhati sekeliling lakaran tanpa jemu. Dalam hati aku berkata ‘masyaAllah, cantiknya lukisan dan lakaran yang depa buat’. Ya, aku amat takjub dan kagum dengan anugerah  yang Allah berikan kepada mereka yang cinta akan seni dan pandai melukis. Berbanding dengan diri aku yang memang takde darah seni langsung yang mengalir. Aku akui, aku memang tidak kreatif sejak di bangku sekolah lagi.

 Bila ada waktu matapelajaran seni, aku selalu saja tak buat homework yang cikgu bagi. Ada sekali tu aku kena denda berdiri di luar kelas sebab tak siap lukisan yang cikgu suruh siapkan. Kadang-kadang tu buat-buat telupa nak bawak bekas air dengan water colour. Bila cikgu nak check sapa yang tak bawak water colour, aku pi pinjam dua tiga warna dengan berus dekat member sebelah. Cover2. Takut kena marah dan didenda oleh guru seni. Hehe, leh tahan geliga jugak otak aku kan. Lawak pulak bila fikir waktu dulu. Aku memang budak perempuan comot. Hehe.

Alahai, dah lari tajuk ni. Okay, sebenarnya kalau kita lihat kekurangan yang kita ada dengan kelebihan yang ada pada orang lain itu tak sama. Dan mungkin juga ada yang sama tapi tak semua serupa. Betul tak? 

Aku bagi satu contoh la, kalau semua orang mahir dan minat benda yang sama, apa akan jadi dalam dunia ni? Semestinya tiada variasi dan tiada pembangunan dalam masyarkat. Contoh, seorang pereka, tak kisah la engineer atau seorang arkitek. Kerjanya asyik2 merekacipta. Kalau semua orang nak mencipta, siapa pulak yang nak bangunkan?

Aku teringat perbualan dengan member aku Diyana bersama kawannya yang mengambil jurusan Ukur bahan kat sini depa panggil QS(quantifying servey) kalau tak silap la. Aku tanya la dia antara architechture dengan QS yang mana lagi hebat?

Dan semestinya kalau kita dengar perkataan architechture, kita akan cakap “Wah, hebat”. Sebab kita anggap yang pekerjaan arkitek ni lebih professional berbanding juru ukur bahan. Then dia tak cakap pun mana-mana hebat. Dan soalan aku tu bukanlah nak merendahkan budak2 QS ni. Just curious. So, dia pun cakaplah, arkitek ke QS ke masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Kalau architect takda, QS takda kerja dan kalau QS takda architect punya kerja akan terbengkalai.

Maksudnya di sini, manusia ni saling memerlukan. Tak kira setinggi mana kau belajar, kau tetap memerlukan bantuan orang lain. Kita ni bagai aur dengan tebing. Jangan kita fikir kita ada PhD kita hebat. Sebenarnya yang hebat hanya ALLAH. Sebabnya Allah dah atur hidup manusia ni begitu cantik, indah dan teratur.




Allah yang menciptakan kita semua,dan Allah juga telah menetapkan takdir kita masing-masing. Allah juga yang mencorakkan kehidupan manusia dengan kepelbgaian kemampuan dan kemahiran manusia menggikut sunnatullah. Kalau kita lihat, bertapa cantiknya Allah susun kita punya minat. Tak semua mempunyai kemahiran yang sama. Dengan kemahiran yang kita ada, kita dapat memanfaatkan orang lain.

Teringat pulak, perbualan opah aku dengan abang beliau dalam sebuah kenduri. Opah aku punya ayat lebih kurang macam ni lah, “ Allah dah cipta semua cantik2, ada orang yang kerja buat rumah, ada yang minat berniaga, ada yang kerja kutip sampah, ada yang minat jadi dokter.” Ada betul jugak cakap opah aku tu, kalau semua nak jadik dokter, takdak sapa la yang nak kutip sampah, jadi tukang kebun, dan juga cleaner.

Kita jangan terlampau menghina, orang yang bekerja seperti yang aku senaraikan tadi. Sesungguhnya pekerjaan mereka begitu mulia. Pagi-pagi lagi aku melihat makcik2 yang bekerja keras membersihkan longkang2 yang kotor, sapu daun-daun kering, tanam pokok bunga. Kadang-kadang dala keadaan panas terik pun mereka masih membanting tulang. Aku selalu tersentuh apabila melihat mereka bekerja bermandikan peluh. Semua yang bekerja terdiri daripada warga emas. 

Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana kalau aku ditempat mereka. Mampukah aku? Sungguh mulia pekerjaan mereka berbanding pemimpin yang berpelajaran tinggi, hidup senang lenang bermandikan rasuah. Kedudukan mereka lagi tinggi dari seorang engineer yang mencipta invention yang merosakkan dunia. Semoga Allah membalas apa yang mereka lakukan di akhirat kelak.

 “Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, sedangkan Allah; Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu). Lagi Maha Terpuji. Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia akan membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk mrnggantikan kamu). Dan demikian itu tidak sukar bagi Allah.” (Al-Faatir: 15-17)

Rasanya dah almost two pages kot aku menaip. Eloklah aku berhenti di sini dulu. (macam karangan surat tak rasmi pulak). Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum


Ps: Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. 

Tuesday, June 21, 2011

Give and Take

Dengan Nama Allah, Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Assalamualaikum,

Apa khabar Iman anda? Masih sihat lagikah? Hopefully Iman kita dalam keadaan baik. Kalau tak okay tu, bawak-bwak lah berubat J Seperti yang aku janji dalam entri yang lepas, aku nak bercerita pengalaman aku naik keretapi. Yup Keretapi Tanah Melayu.

google

Ni bukanlah pertama kali aku naik ketapi tapi dah banyak kali. Sepanjang aku berada di tempat orang ni, sekali ja aku pernah naik bas dan keretapi menjadi keutamaan aku sebab murah dan selamat even it takes a long journey, Tapi aku tak kisah asal selamat je. Alhamdulillah, even train ni selalu delay, tapi aku sayang. Hehehe.

Ini kisah dua minggu lepas, aku balik sorang2 tanpa ditemani teman sekampung iaitu Maziah. Marilah ikuti kisah aku dalam train selama 6 jam yang tak seberapa ini. (mcm segmen dalam tv pulak)

KL Sentral – Parit Buntar
Rabu, ada kelas seperti biasa tapi kelas hari ni habis awal sikit. Before 11 am class dah dismissed. So, aku dengan nasuha bergerak ke cafe untuk discuss assignment yang Ummi Mazwati bagi. Bajet sungguh nak siapakn tapi, dua-dua tak ada idea nak start. So we all decide untuk buat di bilik je. Aku pun cakap kat Nasuha yang aku nak balik rumah. Habis je discussion tu aku call KTMB tanya sama ada tiket pukul 3.00 ptg ada lagi tak. Then akak yang call tu cakap,

" Ada, tiket ke Parit Buntar ada lagi 100"

Wahhhh, so aku rushing balik bilik, packing dan bertolak ke Putra tuk amik LRT ke KL sentral. Memandangkan bus rapid untuk short sem amat lah lambat aku amik je cab. Malang betul aku time tu, dapat driver teksi yang peramah sangat.Terpaksa melayan pak cik tu bercakap even dia cakap benda-benda yang bagi aku normal tapi cam kotor sikit. Tapi takyah la kot nak cerita perbualan aku dengan pak cik driver teksi tu. Malu! =.=’

Setibanya di Kl Sentral aku bergegas ke kaunter tiket dan terus beli. Nasib baik ada tiket ke Parit Buntar tu. Lepas je beli tiket aku ke McD beli lunch then terus ke surau untuk solat. Habis je semua aku pun naik atas cuci mata sat sementara tunggu train. Time tu dah nak dekat pkul 2.30 petang. Benda yang paling aku tak suka terjadi jugak. Train di jangka lewat 30 minit. Dah faham sangatlah. Nama pun keretapi Melayu. Memang janji melayu. Delay lagi. So, aku tunggu la sorang2 sambil melayan novel Hlovate.

Dalam train
Agak ramai la manusia di dalam train sebab time tu cuti sekolah. Masuk je dalam coach, penumpangnya majority Indian. Hehe. Boleh bayangkan bila depa dah bercakap sesama mereka. Riuh sekampung tau! Aku masuk then terus amik tempat duduk. Dalam hati, berdoa sangat2 sebelah aku perempuan.

Yes, finally yang duduk sebelah aku adalah seorang perempuan! Fuhhh, lega jugak tak payah nak cover2 kan. Hehe. Perempuan tu pun duduk di sebelah aku. Btw, perempuan tu naik bersama-sama suami dan tiga orang anak. Perempuan itu duduk dan menghulurkan salam. Aku sambut salam. So, aku meramahkan la diri bertanya nak kemana. Then mak cik tu pun menjawab,

“ Nak ke Taiping, nak ajar anak-anak naik train”

Mulanya aku ingat acik (mak cik tu bahasakan dirinya) ni nak balik kampung, tapi ternyata jangkaan aku salah. Acik sekeluarga nak ke rumah kawannya. So, berbual la sikit-sikit tanya duk mana, belajar mana semua. Stengah jam di dalam train Acik tu pun dah terlena. So, apa lagi aku pun ikut lena juga.
Aku memang kalau dalam train memang susah nak tidur. Okay, tipu aku memang suka tidur kat dalam kenderaan mana pun aku akan tidur. Hehe. Dah beberapa kali tidur dan terjaga, train sudah sampai di sungai siput. Train yang aku naik ni memang tak banyak berhenti.

Tiba-tiba ja, train tu berhenti kat satu tempat tapi bukan dekat stesen. Acik tu pun tanya aku kenapa train berhenti lama sangat. Aku pun cakap la, mayb depa isi minyak tak pun repair apa-apa yang patut. Semua itu aku punya assumption entah betoi ke tak. Aku pun tak tahu. Aku nampak Acik tu macam tak senang duduk je. Gelisah kot sebab tak sampai-sampai. Hehe

Lama jugak train tu berhenti kat situ. Aku nampak Acik tu tahan sejuk. Acik tu naik train pakai jubah kot. Memang kalau sejuk tak leh tahan sangat. Dia pun cakap kat aku dia sejuk. Aku tak tnya la pulak dia ada bawak selimut ke tak. Hehe. So, aku yang baik hati ni pun bagilah sweater aku yang dalam-bag-baru beli-banyak kali pakai-tak pernah basuh tu. Mula-mula segan nak bagi tapi kesian tengok Acik tu. Aku yelah, lemak tebal memang tahan sejuk. Aku bagi sweater aku tu. Mula-mula Acik tu cakap tak payah tapi aku cakap “Takpe,pakai je, sejuk sangat ni, sian Acik”. Anak dia kat depan dah toleh ke belakang. Aku segan gak la. Tapi aku takleh la tengok orang gigil2 kesejukkan.

Setiba di stesen Taiping, Acik dan anak-anak serta suami siap-siap nak turun. Sebelum turun aku salam peluk cium dulu macam dah kenal lama. Padahal baru je kenal. Sampai lupa nak tanya nama. Masa nak salam tu, Acikk hulurkan aku sepotong kertas yang tertulis;

Acik Sanipah
013XXXXXXX

Acik tu sempat lagi pesan, nanti senang2 datang lah rumah, kirim salam kat mak ayah then yang paling aku ingat acik tu suruh aku belajar rajin-rajin jangan main-main. Comel pulak aku tengok Acik cakap macam tu. Hehe. Agak terkejut la, tak sangka nak bagi number telefon. Sebelum ni ada jugak orang mintak no fon tapi tak lah tulih dalam kertas which buat aku rasa macam nak menangis time tu. Huhu

Dah lepas taiping tu aku duk sorang2. Dalam coach tu pun dah tak ramai orang. Ada ramai kanak-kanak arab dalam tu. Aku tak pasti depa tu dari mana, tapi depa cakap bahasa arab eventhough kulit depa gelap. Depa lalu lalang, comel plak aku tengok. So, aku bagi mereka gula-gula fruit plus yang ada dalam bag galas aku. Bila dah bagi satu tu, depa duk mai lagi. Depa tak mintak tau. Tapi aku paham la sebab depa duk ulang-alik sebelah aku. how sweet..

The main point yang aku nak cakap, tolong menolong tu amalan yang mulia. Hargailah setiap pertolongan yang orang lain beri kepda kita walaupun benda tu kecik je. Macam kisah aku ngan acik tu, walaupun aku rasa small matter je, tapi Acik hargai pertolongan aku yang tak seberapa tu. Pesan untuk semua, selalulah ringankan tulang menolong orang yang berada di dalam kesulitan walaupun benda tu kecik. Dan jangan lupa hargai pertolongan orang lain. Hidup ni kena selalu menerima dan memberi.Bak kata omputih, ‘’give and take’’. Tak boleh asyik nak menerima saja. Betul tak?

ps: Allah bersifat Al-wahhab yang bermaksud yang Maha memberi. Allah tak jemu memberi walaupun kita sering lupa kepada-NYA.

Monday, June 13, 2011

Hadiah dari pemberi misteri

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Sedar tak sedar lagi dua minggu sahaja sem pendek ini akan berakhir. Betul. memang pantas masa berlalu. Memang sepanjang short sem ni aku kerap balik. Bak kata senpai, "Kebarangkalian cik mira pulang ke rumah adalah 0.99." hampir satu kot. Tapi bukan la tiap2 minggu aku balik.

Aku balik pun sebenarnya bersebab. Sebab nak menghadiri walimah classmate aku semasa form 1 sampai lah form 4. Rapat jugak lah aku dengan Fazilah sebab masa aku form 4, aku duk sebaris dengan dia. Memandangkan beliau akan ke UK untuk ikut suaminya, so aku ambil kesempatan short sem ni untuk menghadiri kenduri ala-ala bollywood ni.=) Aku sangatlah happy dapat menghadiri majlis perkahwinan anak taukeh kedai nasi kandar.

Bercakap pasal HADIAH


Minggu lepas, aku dapat message dari Kak Ramlah (Aku punya Mentor untuk Halaqah) sem ni. Beliau cakap nak bagi something kat aku. Tapi aku tak sempat nak ambil sebab rushing nak kejar train pulang ke Parit Buntar. So, aku text cakap dekat kak Ramlah yang Isnin nanti aku ambil.


So, petang tadi ada halaqah bersama teman-teman yang lain. Seronok jugak dapat berhalaqah ni,saling ingat-mengingati sesama kita. Lepas tu time nak balik Kak Ramlah bagi aku....










Yeah, terjermahan Al-Hidayah. Kak Ramlah cakap, " Ini ada orang bagi, dia pesan hari-hari suruh amira baca ni." Aku tanya jugak siapa yang bagi. Tapi Kak Ramlah tak mau bagitau pulak. Aku pun duk main teka-teka la. But still Kak Ramlah takmau habaq. 


Sesiapa pun yang bagi aku terjemahan al-Quran ni, aku pasti dia berniat baik nak suruh aku baca dan memahami this "LOVE LETTER from ALLAH". Mungkin pemberi hadiah ni nak aku berubah, hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Sesiapa pun awak, saya nak ucapkan terima kasih kerana memberi ini. InsyaAllah saya akan baca hari-hari supaya awak dapat pahalanya. Terima Kasih untuk segalanya. 




Note 1 : Aku tau siapa yang bagi. harap2 tepat lah.


Note 2 : Yang lama punya terjemahan aku nak bagi dekat adikku.


Note 3: Banyak yang terjadi dalam hidup aku sejak kebelakangan ini. Hope dapat share untuk next       post


Assalamualiakum.^^





Tuesday, June 7, 2011

kemahuan vs Keperluan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih




" Terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu....."

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari tak ada kelas. Freeeeeeee la sangat. Hehe.. So, ambil masa ni untuk mengupdate rosak bm aku. Okay, aku nak bagi tau yang aku amat sukakan lagu baru hazama tu yang tajuk dia pokok tuh. Dalam sehari boleh dikatakan lebih dari sepuluh kali aku hit replay button kat youtube tu. Verse yang paling aku suka,

Terlalu Mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam





Aku 100% agree dengan kata-kata tu. Sometimes kita ni terlampau sangat ikut kemahuan kita sedangkan kita terlupa apa yang kita perlukan. Benda first sekali yang aku rasa dekat dengan diri ialah cara berpakaian. Disebabkan terlalu sangat nak ikutkan fesyen kita hampir terlupa dengan tuntutan menutup aurat. Kadang-kadang tu kita nak sangat up-to-date dengan fesyen terkini tapi kita terlupa nak menjaga aurat. Tengok sajalah fesyen sekarang, berpakaian tapi bertelanjang. Berhijab tapi at the same time berlegging. Haish. Aku sendiri pon tak faham. Mungkin depa ni kena brainwash sikit kot pasai aurat2 ni. Even kat kampus aku ni, walaupun nama ja International Islamic University tapi cara berpakaian tu depa tak jaga. Dah tegur, tapi diri sendiri tak sayangkan diri sendiri, nak buat macam mana. Allah bukan saja-saja perintah kan wanita menutup aurat tetapi ada hikmah tersembunyi, balik nanti gali dan kaji. Bila dah kaji cuba praktiskan.



Perkara kedua, kita rasa kita ni muda lagi. " Oh, aku muda lagi la, jiwa remaja bro, enjoy ar dulu.." Ni satu lagi perkara yang selalu aku pikiaq. Muda. Banyak masa. Hidup belum puas. Tapi tahukah awak dan awak yang mati tu tak kira  usia. Tak kira la kita ni dah puas hidup ke belum. Aku faham dengan kemahuan seorang remaja, sebab aku pun seorang remaja macam awak2 semua. Berapa ramai remaja di luar sana yang berpeleseran tak tahu arah hidup yang hanya inginkan keseronokkan di luar?Hidup di dunia ni hanya persinggahan, tak kekal pun. Carilah amalan untuk bekalan kita di akhirat kelak. InsyaAllah sama-sama kita usahakan. Apa yang aku nak tegaskan adalah keperluan kita mencari bekalan dan kurangkan keseronokkan walaupun itu kemahuan kita. Sebaik-baik manusia, adalah manusia yang mampu mengawal keinginannya (desire).




Akhir sekali, mengenai kemahuan kita terhadap new invention. In another word, new gadget macam iPad, iPhone dan macam2 lagi. Aku ada terbaca pasal kisah seorang remaja yang sanggup menjual kidney sendiri untuk beli iPad 2 kalau tak silap. Perlu ke sampai macam tu sekali? Bagi aku semua gadget2 tu tak beri manfaat pun. Tau la kita hidup di zaman teknologi yang canggih tetapi tak perlu la kita nak jadi seorang yang materialistic. Terlalu materialistic menyebabkan kita lupa kepada Sang Pencipta. Bila kita terlupa apa yang kita lakukan dilihat Allah, kita akan menjadi alpha. Sanggup melakukan maksiat, mencuri merompak dan lain-lain lagi. So, kepda sesiapa yang terlalu mahu dan mahu dengan iPad tu, bersabarlah, utamakan keperluan kita dulu. Keperluan menjadi hamba yang terbaik di sisi ALLAH. =)


ps: Tingkatkan Prestasi, kurangkan Kontroversi :)

Sunday, June 5, 2011

Short Update

In The Name of Allah The Beneficent The Merciful

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasih






               Selama tiga minggu cuti ni langsung tak berupdate. Sekarang dah masuk minggu ketiga untuk sem pendek dengan nama lain short sem. Berangan nak update tapi 2 minggu tu kejenye asik tidoq makan online. Takdak apa lagi yang menarik selain itu.   
  
               Memandangkan sem ni namanya sem pendek so memang tak banyak subject pun yang diambil. Satu subject. SATU sahaja. Memang boleh mati kebusanan. Tapi tak bosan la sangat, sebab subject yang aku ambil ni amatlah menarik walaupun ianya subject baca which is aku memang tak suka baca buku selain novel cintan cintun dan motivasi. Kelasnya pun not bad 3 jam sehari. Direct plak tu. Memang senanglah syaitan nak masukkan asyik duk menguap je.

               Subject yang aku amik ni tajuknya The Islamic Worldview. Code subject UNGS 2030. Dia ajar oleh Puan Wan Mazwati. Aku tak sure if she got salutation in front of her name. Tak kisah la kan title Prof ke Dr. Ke yang penting Ummi Mazwati memang baik. Beliau suka cerita pasai family dan pengalaman beliau. Bila dengar cerita membuatkan aku kagum dan banyak berfikir. Dan yang paling sweet, bila beliau suka cerita macam mana her son-in-law tackles her daughter dan untuk pengetahuan anda menantu beliau merupakan anak lelaki Dr. Redhuan Tee Abdullah. Enough said.

               Sepanjang short sem ni kan, memandangkan aku banyak waktu free so selalu lah pegi keluar dari Gombak. Bila keluar dari Gombak maknanya ke Kota Raya Kuala Lumpur la nampaknya. Hari sabtu hari tu aku pergi kenduri abang kepada member aku di Taman tasik titiwangsa dah alang2 keluar, kami pon singgah sekejap di Time Square untuk menjamu mata. Dah sampai tu, memang ramai lah manusia, sesak la jugak sebab hari sabtu kan. Solat zuhur jap pastu pergi la tengok apa-apa yang patut. Dah habis tawaf mall, kami pun pulang ke Gombak.

               On the way nak ke KL Central, dalam monorail tu ada lah segerombolan remaja, Nampak macam couple. Ada la dalam dua tiga bercouple yang bila cakap ber ‘I’ ‘U’. Depa sembang bukan main kuat lagi, tak dak lah memekak. Tapi kira macam satu gerabak boleh dengar.

Lelaki 1         : Japg singgah Kl sentral solat jap tau.
Perempuan 1: Eh, sejak bile korang solat, tadi kat TS zuhur ke?
Lelaki 1        : Alorh, mestilah, kitorang solat ape tadi. Lelaki level 8. Pompuannye level 7. Kau tak solat ke?
Perempuan 1: (Wat muka pelik) Ye ke korang solat?
Lelaki        1: Ye lah. Nape kau tak solat ke?
Perempuan 1: Aku tak solat, die je yang solat (sambil menunjuk kat si pakwe)
Takpelah japg balik aku Qada’ la kat rumah.


Aku yang dengar nak tergelak pun ada tapi pada masa yang sama aku geleng kepala. Kesian dan sedih ada jugak. Selamba dan dengan bangga dia cakap dalam satu train yang dia tak solat. Ni lain ye dengan case Si gadis yang ngaku takde dara. Kalau ampa semua malu tak nak ngaku yang ampa tak solat? Bagi aku, aku malu. Malu dengan orang, dan aku lagi la malu dengan Allah SWT sebab tak jadi hamba yang taat dengan perintahNYA. Tulah, bila tengok remaja2 sekarang, aku rasa kesian sebab depa tak tau apa tujuan hidup. Ke aku yang terlampau judgemental?



ps: Terlalu mahu dan mahu, Terlupa apa yang perlu. Kemahuan tak sama dengan Keperluan

Monday, April 18, 2011

Hantu Kak Limah Punya Pasai

Assalamualaikum.Salam Sejahtera untuk ada semua.


Alhamdulillah, final exam dah habis, so sekarang tengah cuti sem 3 minggu dan ahad pagi baru sampai rumah. Apa plan cuti nih? Bagi aku cuti sem ni sangat singkat, so kena lah menghabiskan sebaik mungkin. Habih exam je hari tu terdengar lah suara-suara sumbang dari senior bilik aku yang cerita, katanya member2 depa pi buat maraton 3 movie dekat GSC sana. Bagi aku yang bukan lah peminat movie ni, rasa cam membazir je. haha. tapi lain orang lain pandang lah.

Aku akui memang aku jarang sangat-sangat tengok movie or filem. Kalau duk rumah pun aku selalu layan channel Hallmark@Diva ja. Sebab movie2 kat sana, lebih kpada kehidupan. Sangat berisi dan bermotivasi compare to drama2 swasta Malaysia. Aku nak cakap pasal drama swasta, tapi aku nak cakap pasal Filem " Hantu Kak Limah balik rumah". Sorry aku memang agak ketinggalan, berbulan-bulan jugak movie ni ada dalam drive aku tapi tak tertengok pun. Fenomena HKLBR ni memang dasyat kan sampai dekat FB pun berjangkit-jangkit. Aku pun naik heran awat orang suka sangat. Yang Along aku pon dok cakap yang dia dah tgk ulang sampai 8 kali. Wah, apa yang best sangat tu? SO, semalam adik aku ajak tengok la.


Pastu aku pon tengok lah, sampai tertidur aku dibuatnya. Bukan cerita ni tak best. Tapi entah la apa yang seronok sangat aku pon tak tau. Apa yang aku nak highlight kat sini pengajaran yang akudapat dalam cerita ni. Firstly, kita sebagai manusia, lagi2 sebagai seorang muslim, kenalah amik taw hal2 jiran tertangga. Bukan nak jaga tepi kain orang, tapi ambil berat lah sesama jirann kita. Secondly, jangan percaya hantu! Nilah dia kan orang kita, sikit2 hantu. Percaya benda-benda tahyul lagi karut. Percaya hantu sampai kita lupa yang Allah bersama kita. Aku jugak heran kenapa filem kita banyak cerita hantu. Adakah dengan cerita hantu boleh buat masyarakat maju ataupun boleh bagi kita insaf?? Makin tak faham. ahaih. Cuba fikir, adik2 kita yang kecik tu takut nak pi toilet sebab takut hantu. Kecik2 lagi fikiran dah di cemar.

Aku berharap sangat kalau lah ada producer filem yang boleh kluarkan filem yang bermoral sikit dari hantu. Cerita hantu kak limah ni bukan tak bermoral. Ada moralnya. Tapi kalau iman kita kuat,kita dapat lihat dari segi persektif yang berbeza. Bukanlah dialog-dialog yang ' best' tu menjadi ikutan. Tapi nilai-nilai yang cuba disampaikan oleh script writer mesti tersemat di minda kita. Gelak bagai nak rak, tapi satu benda pon tak dapat tak cukup berfaedah la. Sambil2 berhibur, pastikan something beneficial yang kita dapat.



ps: Menonton dengan minda yang terbuka